You all jangan takut tau kalau nak buat roti guna wholewheat ni. Boleh aje nak guna mana-mana resepi. Korang just campurkan aje tepung tu. Tak kisahlah ratio dia macam mana. Tepung wholewheat kurang ke, sama banyak ke atau lebih banyak. Contohnya kalau resepi pakai 500gm tepung, boleh aje nak letak 250gm wholewheat, 250gm high protein ke. Macam doh pizza saya suka guna ratio 1 : 1. Untuk loaf ni, saya lebihan wholewheat macam resepi asal. Tekstur dia? Best sangat! Kalah white bread tau... dia tak chewy dan tak jugak kering... just nice.
Doh guna banyak wholewheat ni lebih mudah koyak (reput), dia tak elastik macam doh roti biasa tu. Nanti dah buat korang akan faham apa maksud saya. Roti juga sedikit berat dengan kehadiran whowheat ni, jadi kekembangan tu taklah sehebat 100% high protein. Dari segi tekstur tetap gebu..
Ini resepi yang saya dah olah. Saya gunakan cawan metrik ye.. Saya tidak terikat dengan resepi, jadi biasanya sukatan saya lebih kepada agak-agak dan kenalpasti doh tu semasa diuli...
Bahan-bahan
270ml air
1 sk garam
1/4 cawan madu (boleh ganti dengan gula)
1 1/2 cawan tepung roti
2 cawan wholewheat
3/4 sb yis
1 sb butter (rumbu)
* roti ni consider healthy sebab tak menggunakan gula, susu dan juga tinggi serat. Kalau nak kurangkan lagi lemak, boleh gantikan butter dengan live oil or coconut oil ye. Tapi teksturnya akan sedikit kasar. Saya biasa buat doh pizza pakai olive oil, resepi hampir sama cumanya doh pizza lebih lembik.
Saya tak gunakan air sejuk sebab nak buat ulian sekali sahaja. Set BM pada setting dough, biarkan bm menguli dan naikkan doh. Dah cukup 1 jam 30 minit tu, keluarkan doh... tumbuk2 keluarkan angin
Doh terlembut sbb saya gatal tambah air masa ulian. Saya rasa 270ml tu dah ngam... Doh wholewheat nni mmg rasa agak keras awalnya., biarkan bm tu uli lama sikit baru cek semula keadaan doh ye.. |
saya bahagikan doh (seeloknya timbang supaya sama saiz). Leperkan doh dan gulung. Buat dekat doh satu lagi step yang sama tu ye |
Kemudian saya lenyek lagi sekali dan gulung. Kali ni dapatlah gulungan yang pendek dan gemuk. Ulang step ni untuk doh satu lagi ye... |
Susun dalam loyang... |
Ni dah nak naik sekali ganda.. tunggu lagi sampai doh naik lagi sekali ganda ok... (kira-kira 3/4loyang) |
Saya bakar pada suhu 180c selama 40 minit.. Ikut oven masing-masing.. |
Haa.. Ada lagi satu benda pelik dan ajaib saya nak bgtau. Kalau bakar loaf, sy x preheat oven. Sy set suhu dan masa n terus masukkan roti. Nak tau kenapa? Adehh.. Panjang mau story, kalau bran.. Try le. Tp kalau roti biasa sy preheat oven mcm biasa. Kalau loaf aje sy bakar mcm ni. Boleh google jugak untuk tau jawapannya.. 😝😝
Dah siap...
Cara saya nak potong roti loaf ni, saya suka iringkan dia. Kalau potong dari atas, bimbang terpenyek atau kena tekan loaf tu. Saya akan potong kesemua bahagian dan simpan dalam plastik/bekas. Kalau nak simpan lama, saya masukkan dalam freezer. Buat macam ni senang anak-anak nak berdikari... hehehehe. Bangun pagi diorang boleh ambil sekeping dan toast. Anak-anak saya ni makan dgn macam-macam benda - butter gula, butter susu, butter kaya, butter chocolate syrup, butter honey, nutella, butter kosong, mayo & chic floss, picit kastad dll.. Bab-bab penyediaan tu saya tak bimbang. Dalam rumah ni ramai mini chef yg kreatif.. :)
Ok.. simple aje kan.. Jom buat!!
0 comments:
Post a Comment