ROTI PITA WHOLEWHEAT

Wednesday, November 29, 2017


Malam ni dinner dengan Roti Pita aje.  Pita bread ni rasanya plain aje dan tidak gebu sebagaimana roti pita komersial.  Ini tekstur yang saya suka.  Kalau yg kita beli tu rasanya dah gebu dan ada manis-manis gitu.  Saya suka kekalkan originality sesuatu masakan tu.

So jangan hairan jika roti pita tidak menggunakan susu mahupun gula.  Pita bread ni boleh dikatogerikan healty sebab tak bergula, tidak menggunakan butter (guna olive oil) dan ada campuran wholewheat.  Fillingnya boleh dipelbagaikan... Amat mudah kan..

Yang Mama & Baba memang meriah.  Paling penting sayur kena letak banyak-banyak.  Fillingnya tu - DAging blackpepper, scramble eggs, tomato, salad dan sedikit mayo.

Yang anak-anak, memang plain aje... Ieqa nak scramble eggs aje.  Yang lain-lain gabung tapi scramble eggs tu tertutup dgn daging.  Tiha yang tukang letak filling.  Mama tengah asyik membakar roti pita.. hehehe.. 
Sumber asal resepi dari sini .  Memang lama proses pembuatannya, tapi saya ringkaskan sebab nak makan cepat.. hehehe... Saya translate dan ubahsuai sikit kaedah pembuatannya tu.. Kalau nak lagi detail, boleh klik ke link atas tadi tu ye.

Bahan Bahan (gunakan sukatan metrik ye)

*2 sk yis
*½ sk gula (boleh abaikan)
*35 grams tepung whole-wheat flour (1/4 cup)
*310 grams unbleached all-purposed flour (tepung gandum atau tepung roti) (2 1/2 cups)
1sk garam
2 sb olive oil
*1 cup air suam

Gabungkan bahan bertanda * kecuali tepung gandum letak 1/4 bahagian aje.  Biarkan ianya spoof dalam tempoh lebih kurang 15minit (berbuih-buih). Saya spoof kan dalam BM.


Bila yis tadi dah mula aktif, masukkan garam, 2 cups tepung dan 2sb olive oil.  Biarkan BM menguli seketika, cukup sekadar semua bahan bergabung elok.  Kalau nak ulian tangan pun boleh tapi a bit messy sbb doh ni memang sticky dan lembut.  Boleh gaul dgn senduk supaya lebih mudah.

Saya uli tak sampai 10 minit, off BM dan naikkan doh selama sejam. (Resepi asal naikkan doh selama 12 jam dalam peti ais). 

Selepas sejam, saya taburkan tepung, dan keluarkan doh.  Taburkan tepung dan agihkan doh kepada 8 bahagian.  Rounding lawa-lawa dan rehatkan 30minit.


Agihkan dan rounding.  Handle doh dengan bantuan tepung tau
Selepas doh direhatkan, bolehlah leperkan ia.  Saya rehatkan doh tadi dalam bekas bertutup sambil siapkan daging blackpepper.  Sementara leperkan doh, boleh panaskan oven 250c.  Saya guna setting grill api atas bawah aje tadi.  Kalau microwave convection oven saya memang setting grill tu suhunya 250c.
Tak perlu leperkan semua.. sambil tunggu doh masak, sambil lperkan.  Masa masak roti, jengok2 ke oven, doh menggelembung dah boleh alihkan.  
Make sure kesemua bahagian menggelembung sebelum alihkan ia.  Saya alihkan dengan sudip

Haaa.. dah masak.. Tak lama sangat prosesnya.  Tapi kena masak sebiji demi sebiji.. hehehe.. Kalau oven besar boleh cuba letak 2 biji ke.  Seeloknya test dulu 1 ye
Roti pita jangan dimasak lama, nanti dalamnya kering.  Bila keluarkan dari oven, saya tutup dengan kain (dengan alumunium foil pun boleh).  Dan sambung membakar lagi.. 

Sedikit tips - roti ni menggelembung sbb suhu yg panas.  Jd jgn masukkan byk biji sekaligus.  Semasa dibakar, saya set suhu 250c dan masa 60mins, bila pita dah mengelembung saya terbalikkan skjp dan keluarkan tanpa off kan oven.  Saya tutup pintu oven, dan ambil doh terus masukkan sbb kita tak mahu suhu turun. 

  • Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment