Assalamualaikum... Malam ni bersiaran sekejap selepas bersauna di dapur. Roti ni saya buat untuk parti kelas Tiha esok. Saya timbang doh 30gm aje supaya roti takla besar sangat. Asalnya saya nak dendan comel-comel, macam roti golok orang biasa buat tu kann. Tapi doh yang kecik & tangan yang tak berapa nak kayu.. Saya gagal buat tocang... huhuhu..
Mama buat 21 biji |
Tiha sempat buat 6 biji aje |
Yg first batch.. banyak yg senget benget lagi |
As usual, resepi saya campak2 aje. Macam ni lebih kurang sukatannya
Air sejuk 225ml
Telur A sebiji
Garam 3/4 sk
Gula 8 sb
Susu tepung 3 sb
Tpung gandum 1/2 cawan metrik
Tpung high protein 3 cawan metrik
Yis 3/4 sb
Butter 1/4 bahagian
Saya masukkan semua bahan kecuali butter. Semua bahan adalah dalam keadaan sejuk ye. Dah teradun semua, saya masukkan butter yang dipotong kecil. Saya uli 2x atau sehingga doh elastik.
Dah siap, keluarkan doh dan rounding 30gm. Leperkan dan potong doh kepada 3 dan tocangkan. Untuk doh satu lagi saya gelekkan doh menjadi panjang dan buat lilitan ke kanan 2x (lekatkan dibawah doh) dan lilitan ke kiri sekali. Kelim kemas..
Saya bakar dlm oven pada suhu 180c selama 20 minit.
0 comments:
Post a Comment