MISSION PERABIS STOK

Tuesday, July 8, 2014 0 comments
Missi menghabiskan stok dalam freezer masih lagi menjadi keutamaan.  Inti karipap sudah langsai dikaripapkan, sekarang ni turn inti kacang merah pula.  Since Tiha tak suka any kind of beans (kecuali Mr Bean... hehehe)... Jadi saya minta dia bungkuskan crabstick.  Ni makanan favourite dia... Kulit popia digulung dengan crabstick.  Dari kindergarten lagi dia dah pandai bungkus crabstick ni.  

Biasala budak²... memang diorang extra happy dapat makan benda yang dibuat sendiri.  Sebungkus crabstick tu pon boleh tak cukup jika dibiarkan... :)

Crabstick yang dibungkus dengan kulit popia.  Ingatkan nak perabis stok kulit popia yang dah lama bertapa dalam peti tu.. rupanya tak habis jugak.. 
 Inti kacang merah tu saya just kasturikan.  Kuih kasturi ni biasanya berintikan kacang hijau, tapi kita habiskan apa yang ada kat rumah aje.  Malangnya, kuih ni tak dapat sambutan... Malah inti red bean masih berbaki 2 bekas lagi!  Aduhhh... apa lagi saya nak buat dengan inti yg banyak ni... :(
Nampaknya saya & suami lagi suka Kuih kasturi berintikan kacang hijau... Jadi kuih kasturi kali ni x laku... Anak² pula sibuk makan popia crab (kecuali Misha yang pulun perabis stok kurma).  



KARIPAP RAPUH

Friday, July 4, 2014 0 comments
Ini kali kedua saya buat karipap guna resepi kulit rapuh ni.  Kali kedua juga saya klim karipap guna tangan... hehehe.. Seronok sangat sebab makin berjaya menghasilkan karipap secara manual. Dulu masa zaman sekolah saya biasa berniaga karipap.  Tapi saya gunakan mesin pasta & acuan.  Bila saya tengok ramai orang buat karipap pakai tangan aje, memang jelous sangat.  Berkali² saya cuba, tak pernah berjaya.

Ini resepi doh yang saya guna.  Bahannya berlainan sikit dari doh biasa... memang rangup hasilnya.  Jom kita belek bahannya...

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: MyStyleMyWay (Original by: here)

Resepi di bawah ni, Along dah separuhkan drpd resepi asal & di taip semula ikut cara2 yg Along buat.

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air

CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.

3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

Masa buat karipap ni si Misha tengah tido.  Fuuhh.. aman lah sikit.  Cuma melayan si Ieqa yang banyak cerita tu.  Dia sibuk nak tolong, jadi saya tugaskan dia bulatkan doh.  Tapi sambil dok bulat doh dia sibuk pula nak tolong lenyekkan doh tu.  Adeehh.. budak ni memang, lain yang di suruh lain yang dia nak buat.  Last² saya bagi sikit doh & suruh dia main jauh².. tak kose nak melayan.  Lagipun Baba pon ada, Mama mintak tolong Baba timbang & bulatkan doh.  Mama cuma lenyek & bentukkan aje.  Terpaksa guna assistant sbb skil buat karipap masih fail.  

Akhirnya selepas bertungkus lumus, berjaya jugalah buat karipap.  Better dari hasil last time, tapi masih banyak nak kena improve.... 


Tengok tu, masih banyak yang terkucil.  Ni pon kira batch yg agak menjadi.. heheheh... 
 Mama sibuk buat karipap, Ieqa sibuk buat piza.  Dia cakap nak buat pizza muka orang..
Sebelah pizza Baba, yang mulut bengkak tu Pizza Ieqa... 
 Kali ni banyak kemain saya sumbat inti.  Jadi dohnya ada lebihan sikit.  Teringatkan Tiha yang tak nak makan karipap (padahal ni favourite dia masa kecik)... Saya buat karipap besar gedabak ni...
Baki doh dicanai, letak dalam pinggan.  Saya pecahkan telur, tambah crabstick, cheese , pepper & garam.  Bungkus dan goreng!
Bukan main berebut diorang makan karipap gergasi ni.  Tapi agak mencabar juga masa membungkusnya.  Bahan kat dalam tu boleh dipelbagaikan... Tapi telur tu wajib sebab favourite anak²... :).  Dah siap goreng potong² supaya senang dimakan.  Baba pon over tumpang teringin sama... Benda sikit, memanglah korang suka kan?  Kang Mama buat belambak, seme cuit² je... Grrrr...!!!





MAKANAN

Thursday, July 3, 2014 0 comments
Sepanjang puasa biasanya saya sediakan satu jenis kuih.  Kadang² jadi dua jenis kalau kuih tu Tiha tak makan.  Tiha ni jenis susah mencuba makanan walaupun dia jenis kuat makan.  Since dia puasa, saya pun akan make sure ada makanan yang dia boleh makan juga.  Kat bawah ni antara kuih saya buat untuk 3 hari lepas...

Kuih sagu/bronok.. senang aje kan nak buatnya.  Ni sebelum saya steam... Saya masak 1 cawan sagu aje.. Hari kedua baru habis licin semuanya...

Hari kedua saya buat cocktail pudding... Since Tiha mungkin takkan makan pudding ni, jadi kuih sagu semalam backup & jadi menu ulangan Tiha.  Dia memang tak kisah ulang tayang & telan menu yang sama hari²... tu sama tak bimbang sangat.
Tapi masa buat puding ni terjadi tragedi sikit... hehehe... Saya tersilap tepung!  Patutnya saya gunakan tepung kastad, atas sebab tertentu saya terguna tepung jagung!  Uwwaaaa... putih melepak le rupa puding ni jadi saya tambah coloring... Rasanya memangla lari jauh.. Kesian my husband, punyala lama dia teringin makan, bila buat... boleh tersilap bahan pula.  Masih ada 7 bekas dalam peti... Tak tau le akan jadi mangsa tong sam ke tak... 

Ini bukanle menu berbuka.. Lasagna saya buat untuk budak² ni sebelum balik ke Jengka aritu.  Masih berbaki setengah loyang, saya bekukan.  Hari kedua & ketiga puasa, Tiha makan lasagna aje sebagai sahur.  Dia memang tak suka nasi kalau bersahur.  Jadi lasagna ni memang penyelamat sebab Mama xyah pening fikir menu sahur Tiha! 

Ni pula Buah Melaka semalam.  Kuih mudah juga, tapi kena tunggu mood rajin & masa lebih sikit sebab memakan masa nak menggetelnya.. hehehe... Saya buat banyak, hampir sebungkus tepung pulut!  Biasa kalau buat kuih ni, laju je habis sampai tak puas makan.  Tapi kali ni budak² tak makan sangatla plak.  Masih ada baki sebekas, tapi saya confident, malam ni gerenti habis! 
Itu aje kuih yang saya buat sepanjang 3 hari ni.  Hari ni mungkin buat kuih yang masin pulak kot, bosan la pula asyik makan kuih manis.  Tapi idea pun belum ada ni.. :( .  Puasa ni takde pula stok kuih beku, cuma banyak stok inti beku aje.  Jadi saya nak perabis inti karipap, kacang merah & kelapa dalam peti tu dulu kalau tak nak freezer tepu dengan makanan... hehehe...

NASI KABSAH

Wednesday, July 2, 2014 0 comments
Menu semalam... update terus sebab Adik mintak resepinya.  Malas nak menyalin banyak kali, saya letak dekat blog aje la.  Resepi ni saya ambil dari Youtube, Resepi dari Saudi.  Saya try buat sebab tengok kombinasi rempah ratusnya yang betul² berbau Arab (berdasarkan makanan Arab yg saya pernah makan)... Then nampak nasinya terlerai cantik.  Resepi ni banyak yg takde sukatan, jadi saya anggar lebih kurang aje...

Boleh rujuk video nya ni :



BAHAN-BAHAN :

1 cawan besar beras Basmathi (saya letak 2 1/2 cawan rice cooker yg kecik tu) - direndam 10-20 minit
1 1/2 pound ayam (agak² la ye.. lagi banyak lagi terasa ayamnya)...
1 biji bawang besar
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili hijau (saya tak letak)
Air (saya letak 4 cawan)



Bahan rempah :

1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar black pepper (saya grind direct dalam air didihan)
1 sudu besar buah pelaga
Sedikit kayu manis (saya gunakan 2 serpihan kecil)
1 sudu kecil cengkih
2 bay leave (daun salam)
1 sudu kecil jintan putih
Garam

Cara²nya :

Tumis bawang hingga naik bau (saya gunakan minyak zaitun), masukkan halia & bawang putih.  Goreng sekejap, masukkan tomato dan semua rempah ratus.  Tumis hingga wangi.

Kemudian masukkan ayam.  Goreng ayam selama 3-4 minit atau lama sikit jika ayam bersaiz besar.
Masukkan air & tutup periuk dan rebus ayam 15 minit (saya lebihkan masa rebusan).

Keluarkan ayam, masukkan beras, didihkan selama 10 minit

Perlahankan api, tutup penutup dengan foil (untuk steaming effect - saya tak buat) & tutup periuk 2 minit.

Ready di mamam!!

Tengah didihkan nasi (dah kering pun airnya...) 

Saya susun semula ayam atas nasi sebelum tutup periuk.  Ayam ni boleh juga dibakar atau digoreng/grill jika anda mahu garing)..   

Nasi Kabsah.. (ni bakinya.. ), anak² suka. Tiha aje komplen banyak spice (dia tak berapa makan sebab sibuk asingkan bawang, halia etc...)
Nasi ni mudah dibuat.  Kalau nak guna rice cooker pun boleh... masak macam nasi briyani tu aje.  Beras Basmathi jangan direndam lama nanti nasi mudah lembik, tapi jangan tak rendam pula sebab nasi berasnya tak memanjang dengan cantik).  Sukatan airnya yang biasa saya guna 1 beras : 1 1/4 air.  Selamat mencuba...



PIZZA

Tuesday, July 1, 2014 2 comments
Salam Ramadhan... Entry kali ni bukan fasal Ramadhan pun, kisah sebelumnya.  Hari pertama puasa saya berbuka di Jengka.  2nd day barulah di KL.  As usual saya berbuka dengan menu yg amat simple, macam menu harian aje.  Tapi kalau sapa² ada teringin nak makan apa² saya cuba masakkan.. Mostly Tiha yang berpuasa tu.  Kesian la kalau berbuka dengan menu yang dia tak makan. 

Last week bila my hubby mention nak mkn pizza.. Laju je saya setuju.  Entah kenapa.. Saya suka sangat buat pizza walaupun saya bukanle hantu pizza. Lagipun memang mudah kerja saya kerana tugas mendeko & sediakan topping sy serahkan sepenuhnya pada Tiha & Ieqa
  Bukan main suka diorg dpt potong & tabur bhn sendiri.  

Doh dah naik.. Saya buat wholewheat pizza guna resepi lama juga...

Pizza saiz 13" ni utk Tiha & Ieqa tabur apa saja bhn yg diorg suka

Tengah tekun menjalankan tugasan.  Memotong pun saya bagi pada Tiha... 

Ni pizza Garlic Parmesan Mama & Baba.. saya sapukan butter yg digaul garlic then taburkan sebanyak mana cheese yang ada.  Saya suka campurkan pelbagai jenis cheese atas ni...

Ehh.. dah siap Pizza budak² ni... Bolehlah dikata seafood pizza sebab hanya ada udang & ketam imitiation.. hehehe... Toppingnya saya sapu sos spaghetti Prego original tu aje... 

Haa.. ni part diorang paling suka.. Tabur Cheese!!  Saya allocate siap² dlm bekas, kalau tak habis 1/2 kilo cheese tu diorang kerjakan!  Saya campurkan mozarella & cheddar aje ni.  So bolehlah bakar pada suhu 180c untuk 20-25 minit.

Ni pizza Garlic tadi...

NI pizza seafood juga (sebetulnya kami guna apa bahan yang ada kat rumah aje... hotdog, salami dll semua tu takde...).  Kali ni saya gunakan sapukan Tuna, picitkan mayonis & ditambah crabstick & fresh prawn, olive & mushroom... Then tabur cheese... 
Maka siaplah 3 jenis pizza, 1 bersaiz large & dua lagi regular.  Hampir habis dimakan untuk lunch & dinner malam tu... Esoknya Tiha sambung makan sampai habis semuanya!
Tengok.. sekali makan dah habis separuh pizza saiz 13" ni.  Puashati kan??
Okaylah.. saya nak sambung fikir menu apa untuk berbuka pula ni...