NASI KABSAH

Wednesday, July 2, 2014
Menu semalam... update terus sebab Adik mintak resepinya.  Malas nak menyalin banyak kali, saya letak dekat blog aje la.  Resepi ni saya ambil dari Youtube, Resepi dari Saudi.  Saya try buat sebab tengok kombinasi rempah ratusnya yang betul² berbau Arab (berdasarkan makanan Arab yg saya pernah makan)... Then nampak nasinya terlerai cantik.  Resepi ni banyak yg takde sukatan, jadi saya anggar lebih kurang aje...

Boleh rujuk video nya ni :



BAHAN-BAHAN :

1 cawan besar beras Basmathi (saya letak 2 1/2 cawan rice cooker yg kecik tu) - direndam 10-20 minit
1 1/2 pound ayam (agak² la ye.. lagi banyak lagi terasa ayamnya)...
1 biji bawang besar
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili hijau (saya tak letak)
Air (saya letak 4 cawan)



Bahan rempah :

1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar black pepper (saya grind direct dalam air didihan)
1 sudu besar buah pelaga
Sedikit kayu manis (saya gunakan 2 serpihan kecil)
1 sudu kecil cengkih
2 bay leave (daun salam)
1 sudu kecil jintan putih
Garam

Cara²nya :

Tumis bawang hingga naik bau (saya gunakan minyak zaitun), masukkan halia & bawang putih.  Goreng sekejap, masukkan tomato dan semua rempah ratus.  Tumis hingga wangi.

Kemudian masukkan ayam.  Goreng ayam selama 3-4 minit atau lama sikit jika ayam bersaiz besar.
Masukkan air & tutup periuk dan rebus ayam 15 minit (saya lebihkan masa rebusan).

Keluarkan ayam, masukkan beras, didihkan selama 10 minit

Perlahankan api, tutup penutup dengan foil (untuk steaming effect - saya tak buat) & tutup periuk 2 minit.

Ready di mamam!!

Tengah didihkan nasi (dah kering pun airnya...) 

Saya susun semula ayam atas nasi sebelum tutup periuk.  Ayam ni boleh juga dibakar atau digoreng/grill jika anda mahu garing)..   

Nasi Kabsah.. (ni bakinya.. ), anak² suka. Tiha aje komplen banyak spice (dia tak berapa makan sebab sibuk asingkan bawang, halia etc...)
Nasi ni mudah dibuat.  Kalau nak guna rice cooker pun boleh... masak macam nasi briyani tu aje.  Beras Basmathi jangan direndam lama nanti nasi mudah lembik, tapi jangan tak rendam pula sebab nasi berasnya tak memanjang dengan cantik).  Sukatan airnya yang biasa saya guna 1 beras : 1 1/4 air.  Selamat mencuba...



0 comments:

Post a Comment