PIZZA

Tuesday, July 1, 2014
Salam Ramadhan... Entry kali ni bukan fasal Ramadhan pun, kisah sebelumnya.  Hari pertama puasa saya berbuka di Jengka.  2nd day barulah di KL.  As usual saya berbuka dengan menu yg amat simple, macam menu harian aje.  Tapi kalau sapa² ada teringin nak makan apa² saya cuba masakkan.. Mostly Tiha yang berpuasa tu.  Kesian la kalau berbuka dengan menu yang dia tak makan. 

Last week bila my hubby mention nak mkn pizza.. Laju je saya setuju.  Entah kenapa.. Saya suka sangat buat pizza walaupun saya bukanle hantu pizza. Lagipun memang mudah kerja saya kerana tugas mendeko & sediakan topping sy serahkan sepenuhnya pada Tiha & Ieqa
  Bukan main suka diorg dpt potong & tabur bhn sendiri.  

Doh dah naik.. Saya buat wholewheat pizza guna resepi lama juga...

Pizza saiz 13" ni utk Tiha & Ieqa tabur apa saja bhn yg diorg suka

Tengah tekun menjalankan tugasan.  Memotong pun saya bagi pada Tiha... 

Ni pizza Garlic Parmesan Mama & Baba.. saya sapukan butter yg digaul garlic then taburkan sebanyak mana cheese yang ada.  Saya suka campurkan pelbagai jenis cheese atas ni...

Ehh.. dah siap Pizza budak² ni... Bolehlah dikata seafood pizza sebab hanya ada udang & ketam imitiation.. hehehe... Toppingnya saya sapu sos spaghetti Prego original tu aje... 

Haa.. ni part diorang paling suka.. Tabur Cheese!!  Saya allocate siap² dlm bekas, kalau tak habis 1/2 kilo cheese tu diorang kerjakan!  Saya campurkan mozarella & cheddar aje ni.  So bolehlah bakar pada suhu 180c untuk 20-25 minit.

Ni pizza Garlic tadi...

NI pizza seafood juga (sebetulnya kami guna apa bahan yang ada kat rumah aje... hotdog, salami dll semua tu takde...).  Kali ni saya gunakan sapukan Tuna, picitkan mayonis & ditambah crabstick & fresh prawn, olive & mushroom... Then tabur cheese... 
Maka siaplah 3 jenis pizza, 1 bersaiz large & dua lagi regular.  Hampir habis dimakan untuk lunch & dinner malam tu... Esoknya Tiha sambung makan sampai habis semuanya!
Tengok.. sekali makan dah habis separuh pizza saiz 13" ni.  Puashati kan??
Okaylah.. saya nak sambung fikir menu apa untuk berbuka pula ni...

2 comments:

{ Unknown } at: July 1, 2014 at 11:53 PM said...

Tumpang terliur pulak K.Sham.. dah tentu versi ni takda jual di pasaran.

{ Kina } at: July 12, 2014 at 1:31 AM said...

Memang takde Kak Sham... Versi hentam sajalah namanya... hehehe..

Post a Comment