Ini resepi doh yang saya guna. Bahannya berlainan sikit dari doh biasa... memang rangup hasilnya. Jom kita belek bahannya...
By: AlongRoz@HomeKreation
Source: MyStyleMyWay (Original by: here)
Resepi di bawah ni, Along dah separuhkan drpd resepi asal & di taip semula ikut cara2 yg Along buat.
Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
Masa buat karipap ni si Misha tengah tido. Fuuhh.. aman lah sikit. Cuma melayan si Ieqa yang banyak cerita tu. Dia sibuk nak tolong, jadi saya tugaskan dia bulatkan doh. Tapi sambil dok bulat doh dia sibuk pula nak tolong lenyekkan doh tu. Adeehh.. budak ni memang, lain yang di suruh lain yang dia nak buat. Last² saya bagi sikit doh & suruh dia main jauh².. tak kose nak melayan. Lagipun Baba pon ada, Mama mintak tolong Baba timbang & bulatkan doh. Mama cuma lenyek & bentukkan aje. Terpaksa guna assistant sbb skil buat karipap masih fail.
Akhirnya selepas bertungkus lumus, berjaya jugalah buat karipap. Better dari hasil last time, tapi masih banyak nak kena improve....
Tengok tu, masih banyak yang terkucil. Ni pon kira batch yg agak menjadi.. heheheh... |
Sebelah pizza Baba, yang mulut bengkak tu Pizza Ieqa... |
Baki doh dicanai, letak dalam pinggan. Saya pecahkan telur, tambah crabstick, cheese , pepper & garam. Bungkus dan goreng! |
Bukan main berebut diorang makan karipap gergasi ni. Tapi agak mencabar juga masa membungkusnya. Bahan kat dalam tu boleh dipelbagaikan... Tapi telur tu wajib sebab favourite anak²... :). Dah siap goreng potong² supaya senang dimakan. Baba pon over tumpang teringin sama... Benda sikit, memanglah korang suka kan? Kang Mama buat belambak, seme cuit² je... Grrrr...!!!
0 comments:
Post a Comment