ETS, Lang Tengah & Cameron

Thursday, June 21, 2012
Hari tu sibuk je cite saya sekeluarga gi makan angin sana sini.  Meh saya share pic cket kat sini.  Kalau sapa-sapa nak try pegi kat tempat-tempat ni pun boleh.. syiok wehh!!  Tapi ni cerita kisah Perak je dulu.. trip ke Ganu next entry la plak keh.

Memula kita layan ETS.  Haaa.. saya ni sedikit jakun sebab tak tau pon kewujudan keretapi letrik ke Ipoh ni.  Bila dapat tau, terus ajak my laling² semua naik ETS ke Ipoh (kan kete tersadai kat Kuala Kangsar).  Jadi habis sekeluarga turun Kuala nak jemput Camry yg baru keluar hospital.

Cite sikit sal ETS ni, bagi saya memang berbaloi-baloi.  ETS ni memang laju.. ada ketika hampir cecah 150km/j.  Rate dia plak ada 3, yg RM45 (platinum), RM35 (Gold) & RM25.  Apa yg beza antara tiga kadar ni.  Meh saya story sikit ye sbb saya pun kompius masa mula-mula tu.
  • PLATINUM RM45 - Direct ke Ipoh tanpa henti & breakfast disediakan. Journey less than 2 hours dari KL ke Ipoh. Tapi ada 1 train je utk platinum ni, yakni jam 8.00 pagi 
  • GOLD RM35 - Berhenti 6 stesen je, no complimentary food or drink.  Ada 3 perjalanan je sehari.  Ambik masa less than 3 hours 
  • SILVER RM25 - Yg ni berhenti semua stesen & boleh naik dari Seremban (RM31).  I guess ambik masa less than 4 hours la kan.. tapi mesti boring tahap gaban le sbb byk sgt tempat berentinya.
Kami naik yg Gold.  Teringin nak naik yg platinum tapi ada pukul 8.00 pagi aje.  Alamatnya kena berebut kat LRT le kalau nak ada kat KL Sentral by that time.  Dengan baby & anak-anak lagi.  Rasanya takyah ambil risk la kan.  Saya sendiri pernah alami pengalaman buruk masa naik LRT waktu pagi ni.  Pendek kata, almost hilang sebelah kaki !!  Kena push dgn passenger sampai sebelah kaki jatuh dlm gap antara train & platform.  Puas saya jerit stop pushing tapi takde yg peduli. Nak tarik kaki, sandal tersangkut pula.  Last-last saya luruskan kaki & lepaskan sandal.  Baru kaki boleh keluar. Dahla nak kejar bas ke airport, berlari-lari saya cari kedai kasut dlm KL Sentral dgn berkaki ayam.  

Since that saya memang akan elak naik train time peak hours mostly 7.00 to 8.00.  Biasanya utk ke office saya ambik train 8.20-8.30.  Stesen dah mula kurang sesak tapi org yg berasak-asak tetap ada.  Spesis tak reti sabar & tunggu turn.  Geram betulkan tengok org macam ni.  Orang buta ke, cacat ke, ngandung, langsung tak dikisah.  Janji dia je.. Eeeiii!!!

Okay, sambung pasal ETS balik.. hehehe.. Kat dalam ni adalah staff dtg offer air tin & sandwich.  Harga sandwich RM3.  Tapi tu je la makanan yg ada pun.  Kalu nak makan sedap² dok kat umah & masak sendiri le.. hehehe.  Saya tak nak ambik risk, so dah beli makanan siap-siap. 

Oh ye, kanak-kanak bawah 4 tahun free aje.  Time saya naik ni train hampir penuh tapi still enjoy untuk bersantai-santai dalam ni.  Ada tv & toilet.  Mmang agak selesa train ni berbanding train pesen lama tu.  Kalau tren pesen lama ambik masa 5 jam tau nak sampai Kuala Kangsar (sygnya ETS baru sampai Ipoh). 


Muka best sbb dah lama tak naik public transport pegi jalan tempat jauh

Aikk.. tak nampak plak stesennya.. penat je fokus dlm ketapi laju ni 

Boleh pindah seat sana sini sbb gerabak belakang ni tak ramai org

Biasanya jadi driver, tu yg syok dpt jadi passenger lak


Termangu-mangu kat Stesen KTM Ipoh.  
Kami naik train 10.45 pagi & tiba jam 1.10 tgh. Sampai kat Ipoh dah ada supir menanti (adik ipar).  Dah tu siap bawak pegi lunch lagi.. makan free, layan ajelah!!

Lepas ke Kuala Kangsar, ambik kereta terus ke Tasik Lang Tengah.  Ala.. tasik ni tepi jalan nak ke Ipoh je.  Kalau dari bandar Ipoh, ambik jalan nak ke highway, sebelum MCDonald (sebelah kiri) ada simpang ke kanan boleh nampak signboard tasik ni.  Ada sebuah bukit & temple lama kat tepi simpang tu.. masuk aje kat situ akantibalah kat tempat rekreasi ni..

Tasik ni kecik aje, tapi wow!! Agak indah & terjaga.  Boleh puji tahap kebersihan kawasan ni.  Bot nak ke seberang sana pun murah je RM3 for adult, kanak-kanak RM2.  Ikut waktu buka, sampai pukul 7.00p.m. tapi masa saya dtg ni pukul 6.00p.m. je last bot (maybe sbb takde org dah).  






Ikan besar² & banyak gila (x nampakle dlm gambar ni).  Boleh beli makanan ikan RM1 kat kaunter tiket



 Bawah ni gambar pemandangan di seberang tasik.  Kat sini ala-ala park, ada sedikit binatang, menara tinjau, playground & kawasan joging / piknik.  Memang cantik sangat & sesuai untuk bawa keluarga beriadah atau berkelah.  Cuma time saya datang ni, rasa agak panas sebab langsung takde angin bertiup.  Lepas puas bersiar-siar kat sini boleh lah tunggu bot untuk ke jeti semula.  Tiket tu utk pergi balik tau.  Salute untuk Majlis Bandaran Ipoh sbb jaga tasik ni dengan baik!!


Sapa lah yg tak bertanggungjawab buang pampers anak kat tempat yg bersih macam ni.  Sedih lah tgk org² yg tak menghargai kebersihan alam sekitar.. really..



Ieqa baru excited, masa ke seberang tadi, kaku takut nak bergerak (plus still terkejut sebab Mama menjerit time dia  masukkan makanan ikan dlm mulut!!!). 
Lepas bergerak dari tasik, suami ajak ke Cameron pula.  Sebenarnya saya dulu yg mencetus idea ni (tanpa dia sedar..hehehe).. sbb saya tau, dia mmg alah dengan tempat-tempat sejuk.  Walhal dah agak lewat utk ke sana.  Tapi, org dah ajak.. boleh saja!!

Sampai di Cameron hari hampir gelap.  Ada pasar malam kat Brinchang.  Tapi biasalah.. kami memang kurg suka tempat² sibuk ni.. lagi sunyi tempat tu, lagilah kami suka.  So sekadar pusing² & pergi dinner.  Dinner kat area Tanah Rata aje... makan satay & baki makanan yg saya beli sebelumnya (bekalan dlm ETS.. hehehe).. Lepas makan, masuk Starbucks tapau coffee & cakes.. then melepak sambil menghirup coffee.. Mmmm nyaman sungguh!! 

Si Tiha dengan telinga Mickey.. dah macam anak Singh jadiknya.. pepandai je ubahsuai sepit rambut dia

Dah puas lepak-lepak, bertolak ke KL pula.  Lagipun bukan ada aktiviti or port lepak kat Cameron memalam ni.  Sampai di KL sekitar 2.00 pagi.. sambung layan movie pulak.. hehehe.. Nasib baik anak² sporting, diorg akan tido without ganggu Baba & Mama.  Cayang anak-anak Mama!! 

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: June 21, 2012 at 8:48 AM said...

lawanya pemandangan alam di Tasik Lang Tengah tu, nak kena pergi juga kat sana tu....cam best n tenang je..

{ Kina } at: June 21, 2012 at 2:00 PM said...

A'ah, agak cantik tasik ni.. plus senang sgt nak reach, ada gerai-gerai mknn (harga pun ok), tambang bot pun murah. Memang berbaloi...

Post a Comment