Tip-tip Berkaitan Roti

Tuesday, November 6, 2012
Kebelakangan ni makin banyak makanan yang meggunakan yis yang saya cuba.  Setiap hari, gatal je tangan ni nak menguli roti.  Mula lah start membelek resepi sana-sini.  Tapi, time tengah rajin tu, tak jumpa pula resepi yang saya berkenan.  Apepon, sejak berkenalan dengan roti kentang (roti pertamaku), rasanya dah berpuluh-puluh kali saya membakar pizza, roti, rolls dll.  Dalam masa mencari resepi, banyak juga tips yang saya jadikan panduan.  Makin lama saya makin mahir & faham cara-cara 'meroti' yang betul.  Antara yang saya rasa amat berguna...
  • Doh boleh disimpan di peti sejuk atau dibekukan!
Jangan bimbang untuk menyimpan doh dalam fridge coz memang very recommended untuk kita menaikkan doh secara perlahan di dalam peti.  Doh boleh disimpan di dalam peti up to 36 hours tau.  Jadi bolehlah uli malamnya & simpan di peti sebelum dibakar esoknya.  

Selain tu, boleh juga dibekukan.  Boleh simpan 3-6 months.  Boleh bekukan dengan pelbagai cara, dalam bentuk bebola, dah siap bentuk, belum naik or sebagainya.  Apapun bergantung kepada ruang freezer kita le.  Cara paling praktikal untuk defrost/thawing dengan mengeluarkan dari peti beku & biarkan di peti biasa semalaman.  Bolehlah dibakar esoknya.  Kalau nak cepat, defrost ajelah macam biasa, tapi bagi la sikit masa untuk doh betul-betul ke suhu bilik.  Hasil roti tetap gebu macam roti yang baru diuli.
  • Dua kali naik?
Ye, dua kali.  Mula-mula doh diuli sehingga kenyal (doh nampak cantik & licin) atau digaul dengan wooden spoon or spatula jika doh adalah lembik.  Kemudian naikkan doh sehingga dua kali ganda. Selepas itu tumbuk / uli seketika untuk keluarkan angin.  Masa ni doh bolehlah dibentuk & amatlah senang bekerjasama.   Dah siap dibentuk, rehatkan lagi.  Masa untuk doh ripe (betul² naik) kali pertama sekitar 45 minit - 1 jam (lagi panas cuaca, lagi cepat dia naik).  Selepas dibentukkan, naikkan sekali lagi & biasanya masa yg diambil setengah daripada kali pertama tadi.
  • Doh dah ready ke belum?
Timing tak menentukan doh tu betul-betul ready.  Yis cepat aktif di dalam suasana suam, jadi kalau cuaca panas, makin cepatle naiknya.  Nak pastikan doh tu betul-betul naik, tekankan 2 jari sehingga takuk yang pertama.  Jika kesan jari kekal berbekas atau doh tidak kembali ke bentuk asal, means doh sudah ready untuk dibentuk. Kalau dinaikkan dalam peti sejuk, masa yang diambil lebih lama, tapi naiknya lebih cantik.  Memang gebus habislah roti tu nanti.  Nak cek doh dalam peti tu dah ready ke tak, boleh tengok jika doh sudah kembang 2x ganda bolehlah keluarkan.  
  • Doh degil
Macam saya pernah kena masa nak buat cinnamon pull apart hari tu.. hehehe.. Awal-awal dulu saya kurang faham sbb ada sesetengah resepi cakap rehatkan seketika, sesetengah pula kata naikkan 2x ganda or satu jam.  Jadi dengan sengalnya saya rehatkan 10 minit aje lepas diuli (rupanya ini kes utk orang guna Bread Maker sahaja).  Kalau uli tangan, tetap tunggu doh naik 2x ganda dulu.. (jangan perasan ye..).  

Biasanya doh degil kita atasi dengan rehatkan semula doh terbabit 10-20 minit.  Ini kerana doh mungkin belum cukup naik & beri masa untuk gluten terbentuk.  Kalau nak teruskan mencanai atau membentuk, boleh juga, cuma berpeluh ketiak la sikit.. hehehe.
  • Yis self intant (segera) & yis kering
Namanya pun yis segera, means kita tak perlu tunggu yis betul-betul aktif sebelum diguna.  Biasanya resepi yang guna yis kering biasa, perlu gunakan air suam & biarkan 15-20 minit utk aktifkan yis sebelum dicampur bahan lain.  Tapi kat Malaysia ni biasanya yang dijual tu Self Instant, by rite boleh gaul aje terus.  Tapi kadang-kadang saya buat jugak, saja suka-suki.. hehehe..
  • Gula & Garam
Yis ni makanannya gula, jadi bolehlah sesuka ati nak adjust ikut kesukaan pemakannya.  Tapi garam pula boleh membantatkan doh kalau over letak tau.  So ikut ajelah resepi tu ye.. mampat roti tu kang
  • Roti yang moist
Tutupkan bekas doh dengan wrapping cling / plastik atau kain lembab.  Tapi saya sayanglah nak pakai wrapping cling banyak-banyak.  Biasa saya tutupkan dengan kain biasa aje ataupun saya simpan dalam microwave oven & tutupkan pintunya.  Nak simpan dalam peti lagilah kena balut cukup², sbb senang kering & mungkin akan memerangkap bau-bauan dalam tu.  Make sure bekas tu cukup besar untuk doh naik 2x ganda eekk.
  • Nak bagi doh naik cepat & moist
Letakkan 1 mug air panas dalam oven & letakkan bekas doh kat dalam oven tu jugak.  Kalau oven tu 2 tingkat, boleh juga letak air panas di bahagian bawahnya.  
  • Doh melekit
Memang susah menguli jika doh terlalu melekit.  Jika tiada arahan supaya doh tersebut diuli, gunakan spatula atau senduk kayu untuk membancuh.  Kalau perlu diuli, tambah sedikit tepung & mula menguli.  Saya suka menguli dalam bekas stainless steel aje.  Tak suka uli atas kaunter coz doh yg melekit akan melekat di kaunter & memerlukan banyak tepung tambahan.  Kalau uli dalam bekas, ruangnya kecik aje, jadi melekat sekitar bekas je.  Tak perlulah tambah tepung.  Jika melekat sikit-sikit kat tangan tu, biasalah.  Tapi masa menguli tu jangan kena bahagian jari supaya doh tak melekat teruk.  Gunakan tapak tangan dan ke atas.  
  • Cara menguli 
Selepas doh digaul rata, mulalah menguli dengan menekan doh ke depan & melipat balik ke belakang.  Ulang berkali-kali tekan, lipat, tekan lipat sehingga kesemua bahagian doh siap diuli.  Uli lah selama 10-15 minit (lagi diuli lagi cantik hasilnya).  Tapi kalau guna mesin, tak boleh terlebih uli, cukup sekadar doh betul-betul terbentuk.  

Nak tau doh dah ready ke belum, tengok kepada kekenyalannya.  Doh juga menjadi lebih elastik (jika ditarik boleh ditembusi cahaya) atau permukaan doh menjadi semakin licin & membentuk bentuk bulat. Semasa menguli kita akan dapat merasai sendiri perbezaan semasa baru diuli & selepas doh mulai kenyal.  Jadi teruskan menguli hinggalah rasa 'kelainan' pada doh terbabit.  Boleh rujuk video 


Ini le antara tips yang saya dapat sharekan buat masa ni.  Next time kalau saya dapat tips baru, saya tambah entry lagi.  Tip-tip ni saya dapat pun dari pembacaan, pemerhatian & juga pengalaman saya berkenalan dengan roti dalam tempoh yang singkat ni.  Jika terdapat sebarang tambahan atau kesilapan fakta, betulkan saya ok!

68 comments:

{ Unknown } at: November 25, 2012 at 9:04 PM said...

Salam Kina,
Minta izin copy tips roti ni dalam blog saya boleh ke? -ItaComey- http://dcomey.blogspot.com

{ Kina } at: November 26, 2012 at 9:08 PM said...

Salam.. boleh.. silakan..silakan..

{ Unknown } at: December 1, 2012 at 4:27 PM said...

tima kasih ya (^_^)

{ Kina } at: December 3, 2012 at 1:55 AM said...

no problem.. :)

{ Unknown } at: February 11, 2014 at 3:19 PM said...

Tips yang sangat berguna

{ Kina } at: February 11, 2014 at 5:32 PM said...

Thanks

{ myzun } at: April 23, 2014 at 3:56 PM said...

as salam..untuk menyimpan roti dalam fridge tu.doh tu kena tunggu naik ke or lepas uli terus masukkan dlm bekas dan masukkan kedlm fridge? Then esoknya kita keluarkan, bentukkan, tunggu naik dan bakar...betul ke cara ini?

{ myzun } at: April 23, 2014 at 3:59 PM said...

As salam...saya kurang jelas penerangan di atas...ok untuk menyimpan doh didalam fridge adakah kita perlu tunggu adunan tu naik baru masukkan kedalam fridge atau lepas uli terus masukkan kedalam fridge...dan esoknya keluarkan, bentuk, tunggu naik dan bakar betul ke cara ni?

{ Kina } at: April 23, 2014 at 7:41 PM said...

W'salam...

Doh roti boleh disimpan sebelum atau selepas naik. Ni caranya :

1. Simpan di dlm peti sebaik diuli - Jika disimpan sebelum doh naik, doh akan naik dengan perlahan di dalam peti. Jika masa kita keluarkan tu doh dah naik 2x ganda (double) bolehlah uli & bentukkan serta naikkan macam biasa sebelum dibakar

2. Doh dah dinaikkan kali pertama& dibentuk - Boleh dibakar terus sebaik keluar dari peti, cuma perlu tambah sedikit masa pembakaran 5-10 minit.

Pendek cite, kita simpan di dalam peti supaya doh tu tidur/naik dengan amat perlahan. Kiranya kita tangguhkan proses kenaikan tu (kalau letak di luar, doh akan jatuh semula jika terlalu lama). Ni cara mudah kalau kita nak makan roti panas² semasa sarapan atau bila dah uli roti & terpaksa keluar ke, jadi masukkan dulu dalam peti & sambung proses seterusnya macam biasa.

Diharap penjelasan ni dapat membantu ye...

Anonymous at: November 23, 2014 at 7:47 PM said...

Salam sis, nak tanye skit..saya dah goreng doh donut..menjadi, gebu..tapi x abis..buat byk..mkn 2 org je..hehe...
Boleh x kita simpan smlman dlm peti ais? Atau simpan kt luar? Tq

{ Kina } at: November 24, 2014 at 11:42 AM said...

Sorry lambat reply.. Doh boleh simpan dalam peti ais dan boleh guna utk 3 hari atau peti beku 3 bulan.. Kalau di peti beku kena nyahbeku dulu ye..

{ Eyda Sukiman } at: January 17, 2015 at 3:42 AM said...

Malam ni terbuat donut 1kg..Gorengnya berapa ketoi je..doh dah kembang semangkuk .Terbaca blog awak,tapi Eyda kurang paham.Eyda just simpan doh falam belas tertutup kemas then biarkan macamtu.okeykw?ke nak kena simpan dalam fridge?Maaf ni 1st time hehe

{ Kina } at: January 17, 2015 at 9:05 PM said...

Banyak tu 1 kg.. Memang tak termakan la. Tak boleh tu Eyda, kalau nak simpan kena masuk peti atau bekukan. Kalau dalam peti thn 3hari, bekukan thn 3bln. Kalau simpan kat luar semua yis akan mati, keras lah jadinya donut tu... Xpe.. Saya pun dah byk kali buat baru fhm..

Anonymous at: February 17, 2015 at 10:29 AM said...

Salam sis.. sya nak brtanya.. mlam tdi sya ad membuat bancuhan roti. Sementara tggu doh naik sya tertidur. Keesokan pgi sya tgok doh sya naik berkali2.. sya xsimpan dlm peti sejuk juz simpan dlm microwave jew.. saya uli smula doh tue dan rsa doh tue agak sticky n ad bauan yis agak kuat.. bolehkah doh tue dguna?? Adkah doh tue dah basi??

{ Kina } at: February 17, 2015 at 5:46 PM said...

Salam.. Saya pun pernah alami benda2 mcm ni, uli roti then terlupa. Utk.kes mcm ni, biasanya tis tu dah mati. Lama sgt kan.. maaih boleh dibakar kalau syg doh tu, rasanya ok cuma rotinya akan penyek dan mampat.. Kalau terlupa sekejap aje.. Boleh try tambah apa2 minyak dan uli sanpai rata sebelum naikkan semula. Kalau masih ada yis yg hodup, insyaAllah roti akan naik semula..

Anonymous at: May 23, 2015 at 1:19 PM said...

salam,tumpang tanye,kalau xde peti sejuk,yis yg dh buka boleh simpan kat luar x?

{ Kina } at: May 23, 2015 at 6:49 PM said...

Salam... Boleh tapi yis tu cepat rosak. Kalau nak lama sikit (sebulan ke) boleh masuk.peti ais, kalau peti beku tahan beberapa bulan. Kalau yis rosak, roti tak naik nanti...

{ Unknown } at: July 13, 2015 at 10:54 AM said...

Assalamualaikum, saya ada buat roti (3 kali) ketiga2 nya mcm tak jadi.sbb nya ada bau yis yg kuat pada doh dan juga selepas siap bakar. Dah ikut resepi. Guna instant yis 11 g. Rehatkan sehingga dua kali ganda. Cuma nya tak rendamkan yis dlm air suam, sbb tips resepi tersebut kata tak perlu... leh bagi pendapat macam mana???

{ Kina } at: July 13, 2015 at 5:26 PM said...

Waalaikumsalam.. Kesiannya roto tak jadi. Mesti frustkan.. Tapi jgn putus asa ye.. Boleh cuba resepi lain pula. Saya tak pasti apa punca sebenarnya tu. Tapi biasanya kalau bau yis yang kuat bimbang yis tu dah mati sebab overise.. Mungkin tak roti tu dinaikkan lama sangat? Masa naikkan roti kali pertama ialah 45m hingga 1 jam, kenaikan kedua pula separuh dr masa pertama (30minit).. Kadang2 yis tu dah mati sebelum diguna sbb yis tak tahan lama kalau dah dibuka dari bungkusan. Biasa saya simpan dlm freezer utk thn lama atau beli yg paket kecik tu aje. Kita boleh tau yis tu mati bila roti tak naik masa dibakar atau renyuk apabila kena haba.. Bila dah masak pula, bau yisnya kuat dan bhgnnya macam x berapa masak sebab mampat... Jd cuba cari punca kenapa yis tu mati ye... Harap2 jawapan saya dapat membabtu sis ye..

{ Unknown } at: August 1, 2015 at 8:46 PM said...

Salam sis.. sy ade msalah doh x naik.. ptama kali sy buat jadi..gebu je.. tp utk kali ke 2 dan ke 3..doh x naik pulak.. sy ingat mgkin yis dh nak expired..mlm ni sy cb lg dgn yis yg bru..tp ttp x naik..baru sy tau yg garam mematikan yis..sbb sy masukkan garam dulu sbelum tepung..boleh tak kalau sy tmbah yis yg baru?

{ Kina } at: August 3, 2015 at 7:07 PM said...

salam..saya pernah cuba tambahkan yis kemudian sebab terlupa masukkan yis sehinggalah roti diadun oleh BM.. (hehehe..)... jadi saya set semula BM tu untuk ulian semula... Alhamdulillah doh naik, cuma prosesnya lambat lah. Kalau sayangkan doh tu, bolehlah cuba... Ulikan semula doh tu bersama dengan yis. InsyaAllah.. roti naik walaupun mengambil sedikit masa.... Jangan putus asa ye...

{ Unknown } at: September 3, 2015 at 8:47 PM said...

Saya juga pernah mengalami terlupa masukkan yis, tanpa buang masa saya tambahkan 1 sachet yis dan masukkan sedikit saja air, kerana ia perlukan air utk serakkan yis ke dalam adunan yg dah tergaul tu,dan uli semula, alhamdulillah..ok mcm biasa proses pengembangannya..

{ Kina } at: September 3, 2015 at 11:59 PM said...

Thx for the info... Lepas ni kalau terlupa yis, takde lah bimbang lagi kan... :)

{ Ummu Muzaffar } at: September 21, 2015 at 12:04 PM said...

Maksudnya... Kalo dah over rise yis tu mati yer? Roti sy lembut lps bakar... Tp lps sejuk jd mampat. Huhu

{ Ummu Muzaffar } at: September 21, 2015 at 12:17 PM said...

Ni first time sy baca blog Kina... And terus terpikat! Very informative, prompt reply & helpful suggestions.
Thank you sharing, byk pahala Kina InshaaAllah ... Semoga roti sy naik gebu lps ni hehe

Ps: have to try your cafe next time! ;)

{ Kina } at: September 21, 2015 at 2:21 PM said...

Thx for the compliment sis... Blushing kejap. Sy x terror mana, share apa yg sy tahu aje. Semoga sis bjaya buat roti yg gebu ye... Jemputlah dtg ke cafe. By nov we all kena moving out, nanti dah confirm lokasi baru, sy maklumkan dkt blog ye. Sedihnya bangunan tu nak diruntuhkan... Sob..sob...

{ Kina } at: September 21, 2015 at 2:23 PM said...

Yer sis... Kalau overise yis mati sbbnya yis tu dah xde makanan lg dah. Tu yg berbau masam. Sy tak pasti pula kenapa roti tu mampat bila sejuk sbb x pernah alami lagi. Cuba lg ye... Maybe next time menjadi ke. Try guna yis yg baru beli pula ye...

{ Kina } at: September 21, 2015 at 2:51 PM said...

Yer sis... Kalau overise yis mati sbbnya yis tu dah xde makanan lg dah. Tu yg berbau masam. Sy tak pasti pula kenapa roti tu mampat bila sejuk sbb x pernah alami lagi. Cuba lg ye... Maybe next time menjadi ke. Try guna yis yg baru beli pula ye...

{ Fatma } at: December 17, 2015 at 7:25 PM said...

Salam'alaik kak kina. Doh roti sy melekit, roti dah naik 2x ganda, tapi still lagi melekit walaupun dah tambah tepung gandum. Sy try sapu minyak masak kt tangan masa menguli, x melekit & cuba goreng, tapi tekstur roti x gebu. Ada tips x kak?

{ Kina } at: December 20, 2015 at 12:22 PM said...

Waalaikumsalam... Mungkin tak roti dah terlebih naik? Biasanya kenaikan kali kedua ialah separuh dari masa kenaikan yang pertama. Cth.. kanikan kali pertama 1 jam, naik kali kedua hanya 1/2 jam aje. Kalau roti bersaiz kecil/donut, 15-20minit pun dah ok. Kalau terlalu lama bimbang yis tu dah terlalu naik dan colapse (yis mati)... Biasa kalau doh melekit mmeang susah nak handle... kalau roti tu melekit sebab doh dah turun semula, memang dah tak gebu... Tapi kalau sebab doh terlebih air/lembik biasanya doh tetap gebu, cuma bentuknya hodoh sbb susah dibentuk.. Wallahualam...

Anonymous at: January 12, 2016 at 12:50 AM said...

Assalamualaikum Kak Kina ..
apa yg jadi ekk kalau lps uli je doh tu trus msukkan kt dlm ketuhar pns ?

{ Kina } at: January 13, 2016 at 6:45 PM said...

Wsalam.. Doh tu tak naik dik. Yis ni ambil masa utk makan tepung tu dan membiak.. Sbb tu kalau lama sgt, yis tu dah tlebih membiak, doh akan turun semula sbb yis tu mati kehabisan makanan.. Eerr.. Itu ikut kefahaman saya lah.. :)

{ Kina } at: January 13, 2016 at 6:45 PM said...

Wsalam.. Doh tu tak naik dik. Yis ni ambil masa utk makan tepung tu dan membiak.. Sbb tu kalau lama sgt, yis tu dah tlebih membiak, doh akan turun semula sbb yis tu mati kehabisan makanan.. Eerr.. Itu ikut kefahaman saya lah.. :)

{ LindahMy } at: March 31, 2016 at 3:10 PM said...

nak tanya...kalu kita dh siap rounding roti...roti tu still blh kembang setaman lg yerrr????

{ Kina } at: March 31, 2016 at 10:22 PM said...

Sorry sis... saya tak faham maksud rounding tu... Saya bukan terror sangat, saja share tips² yang saya terbaca or testing sendiri.. hehehe..

{ Unknown } at: May 22, 2016 at 8:52 AM said...

Nk tau suhu oven sbenar bakar roti bp ya? Sy gn oven brand khind je..ada ms roti or donut sy mnjadi kdg2 keras..yg sy prasan bila sy guna bhn yg btul2 asas elok je (xletak mntega+shrtening) lembut lg..bila cuba ltk 2 bhn tu slalu xmnjadi..sbb apa ya? Sbb sy nk dptkn roti lmbut cam kt kdai tu (berangan+perasan) hahaha

{ Kina } at: June 9, 2016 at 11:40 PM said...

Biasa bakar roti suhunya 180c tapi untuk benggali ni saya guna 160c sebab rotinya tinggi sangat & senang hangus kat atas tapi dalamnya belum masak. Kalau saiz ovennya bersesuaian, suhu 180c dah cukup ideal.

Oh.. saya pun kurang pasti kenapa jadi macam tu. Mungkin shortening tu tak teradun rata kot? Biasanya shortening & marjerin ni kita letak last sekali, selepas semua bahan dah teradun elok.

Haha.. nak lembut macam kedai memanglah impian semua bakers kan. Saya pon tak menentu hasil nya.. tambah² suka sangat test resepi baru. Tapi biasanya bakeri pakai yis yang banyak & letak bread softener & improver untk extra lembut. Seeloknya risik² la kat mana² bakers yang sudi berkosngsi. Saya ni main ikut resepi kat internet aje..

{ fieya } at: July 29, 2016 at 11:11 PM said...

kak..nak tanya..boleh ke sy nak buat pizza.then doh tu sy bg kembang n dah bakar base dia..kmudian sy simpan dlm peti ais yg bwh bukan beku punya? kire nya esoknya sy tggal letak topping n bakar..

{ Kina } at: August 29, 2016 at 12:07 AM said...

Sorry lambat balas. Boleh.. Lg senang macam tu..

{ azura adila } at: November 11, 2016 at 11:06 PM said...

Maafkan saya bertanya,mengenai doh yg masuk dlm peti tu..adakah doh tu yg kita da siap uli sementara nk bg ia kembang kita masukkn dlm peti..maksudnya malam kita buat masuk peti doh, esoknya keluarkan pastu terus bentukn dn bole terus goreng kan..ataupn klu kita da siap bentukn doh jadi donut..pastu masukkn dlm peti esoknya bole terus goreng ke.xperlu nk goreng sekejap mcm nk buat frozen..

{ Kina } at: November 14, 2016 at 11:03 PM said...

Mana² pun boleh. Nak masukkan masa naik kali pertama atau kali kedua. Cuma bila dah bentukkan nanti takut tak muat peti la pulak... hehe... Kalau roti saya susun dalam loyang & wrap dalam wrapping cling, pagi esok saya bakar je. Sepanjang malam tu doh akan naik dengan kadar perlahan dalam peti. Kalau tak simpan peti, memang meninggal habis la yis² tu semua.. hehe... Roti kita pun meninggal sekali le jawabnya.. :P

{ hairul8364 } at: December 11, 2016 at 10:35 PM said...

Terima kasih.. suka sangat baca info ni.

{ Kina } at: December 21, 2016 at 10:19 PM said...

U're welcome.. harap² dapat membantu

{ Unknown } at: February 7, 2017 at 1:22 PM said...

Yes dpt gak tips klu terlupa letak yis. Thank youuu

{ Unknown } at: February 7, 2017 at 1:24 PM said...

Yes dpt gak tips klu terlupa letak yis 😌😌😌

{ Unknown } at: February 17, 2017 at 11:51 AM said...

doh sy lupa ltk garammmmmmmmmm cmne yeee

{ Kina } at: February 17, 2017 at 4:05 PM said...

Takpe aje...Banyak resepi tak letak garam, contohnya donut. Sukalah yis tu sebab musuh dia takde... hehe..

{ SayaLaila } at: March 10, 2017 at 3:19 PM said...

roti sy naik gebu sbb letak bread improver & dough softner,tp mslh nya roti sy berbau yis dan rasa masam,kenapa kalau beli roti dekat bakery xde bau yis dan masam..yis sy letak 1paket brand mauripan utk tepung 3½cawan ,adakah yis sy terlebih ?

{ Kina } at: March 11, 2017 at 3:56 PM said...

Sukatan yis yg dicadangkan ialah 1 paket (11gm /1 sudu besar) utk 1kg. Tapi ada juga resepi yg gunakan yis lebih. Hasilnya roti lebih cepat naik tapi ada risiko bau yg kuat. jenama mauripan mmg dikaitkan dengan bau yang kuat. Bakers biasanya suka brand saf instant. Boleh cari di kedai menjual barangan bakeri.

{ Kina } at: March 11, 2017 at 3:57 PM said...
This comment has been removed by the author.
Wan at: May 13, 2017 at 12:33 PM said...

Assalamualaikum.. blh x saya tahu sebab kenapa doh nk buat croissant mst direhatkan selepas di canai??

{ Kina } at: May 14, 2017 at 2:16 PM said...

Oh.. sy dah faham maksud sis. Yer.. lps rounding akan kembang lagi.. time bakar pun akan kembang lagi..

{ Kina } at: May 14, 2017 at 2:20 PM said...

Wsalam... sy belum pernah buat croissant tapi kalau doh roti,kita rehatkan sekejap (10mins) utk doh mudah dibentuk. Dah siap bentuk, kita rehatkan lagi utk proofing sblm dibakar..

{ Unknown } at: September 17, 2017 at 7:36 AM said...

Hi sis. Sya mau tanya sekiranya sya bekerja awal pagi & x masa utk goreng bole ka sblh mlm sya goreng sedia donut tu or sya kena adun sedia donut & goreng sblh pagi?

{ Unknown } at: September 17, 2017 at 7:37 AM said...

Sya perna buat sekali tapi sya x letak dlm petih sejuk lps mengadun donut. Sya biar d luar smlman. Sblh pagi sya goreng & rasa masam 😓

{ Kina } at: September 18, 2017 at 7:33 PM said...

Kalau dibiar terlalu lama doh memang boleh masam sbb tepung rosak atau yis dah mati. Biasanya saya goreng sekejap donut dan bekukan. Bila nak makan, sy goreng semula. Kalau mcm ni donut boleh simpan berbulan2 dan boleh dimakan bila2 masa

{ homebase2u } at: September 22, 2017 at 8:52 AM said...

Assalamualaikum. Alhamdulillah, byk info menarik dikongsi bersama. Saya pun selalu je buat roti mcm x berapa menjadi. Biasanya roti yg saya buat, lembut je lepas bakar. Tp bila keesokkan hari jd mcm keras sikit. Huk.. Huk.. Huk..

{ Kina } at: September 24, 2017 at 8:21 PM said...

Wsalam.. Saya share apa yg saya tahu. Tp skrg saya dah byk ubah kaedah ulian dan teknik meroti. Sy gunakan air sejuk dan ulian yg lama untuk dapatkan roti yang betul2 lembut.

{ Unknown } at: October 31, 2017 at 10:44 PM said...

Sis jadi tepung yg disimpan diluar lebih semalaman boleh dimakan ke tidak

{ Kina } at: November 1, 2017 at 12:26 AM said...

Tengok keadaan doh, kalau dah masam teruk, mungkin tak boleh dimakan. Yis pun dah mati. Kalau nak naikkan semalaman di luar peti pon boleh, tp kurgkan yis kepada 2, 3 grams aje supaya yis boleh naik dengan perlahan.

{ cahaya kejayaan } at: November 2, 2017 at 12:24 AM said...

Terima kasih.. banyak sangat info yang saya dapat.. saya pun baru belajar nak buat roti dan donat.. bila roti keras je mmg rasa down sgt..

{ Kina } at: November 5, 2017 at 5:35 PM said...

Sis cahaya.. buat donut/roti kita kena kenal doh. Awal-awal memang banyak kesukaran. Sis boleh cuba naikkan dulu yis dengan air suam dan sedikit gula, gaul bahan-bahan kering. Bila yis sudah berbuih dan kembang, gaulkan sampai menjadi doh. Uli sekejap sampai doh licin. Boleh sedia dibentuk. Insyaallah menjadi. Tu kalau ulian tangan yang basic..

{ Unknown } at: December 7, 2017 at 12:10 PM said...

salam sis, nak tanya kalau nak defrost doh berapa lama ye nak tunggu untuk defrost?berapa jam nak tunggu? saya pernah buat sekali tapi bila bakar roti saya keras..mohon penjelasan.. terima kasih

{ Kina } at: December 12, 2017 at 12:09 PM said...

Salam.. Tunggu roti tu ke suhu bilik. Kalau roti dah terbentuk elok, spray air dan bakar. pastikan simpan dlm bks tertutup. Sy tak pasti tempohnya, mungkin sekitar 1 jam juga. So far saya buat ok, xde mslh.

{ Unknown } at: January 6, 2018 at 8:09 AM said...

salam...nk tanya kenapa roti yg sy buat lepas 1@2 hari roti tu keras tak lembut mcm lepas sy keluarkan dr oven...

Anonymous at: January 6, 2018 at 3:19 PM said...

Assalam nk tanya kenapa sosej yg saya letak di atas roti jadi senget dan kdg2 jatuh ketepi ketika di bakar? Saya dah sapu kuning telur masa letak atas roti tu selepas di bentuk tp still kedudukan sosej masih x cantik. Tq kak

{ Kina } at: January 8, 2018 at 11:08 AM said...

wsalam sis.. banyak faktor roti kurang lembut slps beberapa hari. antaranya

1. terdedah pada udara 9simpan dalam bekas bertutup)
2. penggunaan tepung gandum. jika guna tepung gandum mmg mudah berderai jika disimpan lama
3. ulian kurg elastik - pastikan doh cukup elastik sblm dibentuk. doh yg elastik amat flexible, berminyak dan mudah dibentuk. tekstur doh jugak licin.. doh yg cukup ulian hasilkan roti yg kekal lembut.

{ Kina } at: January 8, 2018 at 11:11 AM said...

wsalam... sy belum pernah buat roti letak sosej kat atas. biasanya saya belit aje. tp cadangan saya, letak sosej ketika roti separa kembang dan tekan sedikit pada roti. bila doh dah kembang dah ready dibakar, picit mayo/sos dll untuk menggam roti tu pulak. harap2 cara ni dapat menyelesaikan masalah sis ye..

Post a Comment