FREEZER

Monday, June 24, 2013
Alang-alang dok mention fasal projek membeku,  saya pun ambik kesempatan snap gambar dalam freezer masa husband tlg clearkan peti beku.  Ni gara-gara pintu tak tutup rapat masa rushing nak balik kampung untuk kenduri adik.  Habis lah berpeluh & berais dalam peti tu. Dahle peti saya ni memang senang jadi macam tu,  kena hati² selalu.

Lagipun dah lama saya nak buat checklist stok dalam freezer.  Banyak sangat stok dalam peti beku, susah juga nak mencari & mengingat semuanya.  Tambah² saya ada lagi satu box freezer kat laundry room.  Dengan adanya checklist ni senang sikit saya semak, stok mana yang perlu dihabiskan dulu & cari idea apa yang nak dimasak.   

Huru-hara sikit coz belum siap rearrange.  Dalam bekas pink tu le tempat saya simpan stok - grated mozarella, grated cheddar, segala bahan kisar & dibekukan dalam bentuk kiub (bawang putih, bawang besar & cili kering).  Stok susu tepung pon saya bekukan... (ni gara² tak muat bekas).  Yang dalam bekas saya simpan kat peti bawah.  Dah habis nanti saya refill le.  
Saya memang simpan stok cheese yang dah disagat macam cheddar, mozarella & parmesan (powder) dalam freezer.  Saya beli dekat Bagus, 1/2 kg harganya sekitar RM17+.  Kalau simpan di peti biasa, cepat aje berkulat.  Bila nak pakai saya letak kat peti bawah supaya senang nak ambik.  Dah habis guna, tansfer balik dalam peti beku.  Tapi takleh biar kat luar, mostly mozarella tu, nanti habis bergumpal & terpaksa disagat semula.

Dalam peti ni biasanya saya letak baki-makanan atau stok kuih beku.  Kiranya stok yg ready dimakan bila-bila masa.  Stok makanan ni saya labelkan nama & tarikh.  Saya suka gunakan bekas yang clear, sebab senang nak identify barang dalam tu without keluarkan & belek label.  Tambah² kalau lupa nak label, maunya lupa terus apa yg ada dlm bekas tu.  Dah kena bukak penutup utk ushar (saya cukup malas nak buat benda² macam ni).
Peti beku di pantry pula saya sumbat bahan mentah macam seafoods, ayam,  atau bekas-bekas yang besar (contohnya loyang yang ada doh roti).  Stok seafoods macam udang/sotong saya akan beli 1 kg, then allocate untuk sekali makan & pack satu².  Sometimes saya pack udang10 ekor sebekas, jadi kalau nak guna banyak saya defroze 2 bekas.  Kiranya stok udang, sotong memang sentiasa ada dalam peti.

Macam tu jugak ikan & ayam.  Biasa saya suruh suami beli 9 ekor kembong, jadi saya akan pack 3 ekor sebekas.  Kalau Tenggiri pula saya asingkan 2-3 ketul sebekas.  Ayam pula saya asingkan bahagian untuk digoreng, bahagian isi & bahagian untuk dimasak kuah.  Ayam tu kena buat macam tu sbb suami tak suka makan bahagian berkulit yang lembik.  Cthnya kepak, memang favourite dia tapi dia nak digoreng or dibakar aje.  Kalau masak berkuah, memangle dia tak enjoy makan.

Kadang² saya beli chicken parts, cthnya 10pcs chicken wings, rangka, dada ayam dll. Jadi cara packingnya tetap sama, dibungkus untuk sekali makan.  Untuk roasted pula saya suka ayam dipotong 4, sebelah atau seekor.

Kalau masa kerja dulu, peti beku ni penuh dengan stok susu badan.  Sekarang ni peti banyak ruang le sbb takde lagi dah stok susu semua tu.  Dari situ le saya mula rajin membeku & melabel stok dalam ni. Tambah² bila tau jangka hayat peti bawah tu sekitar 3 hari aje, jadi dari membazir, baikle saya bekukan.    Jadi memang berbaloi le ada banyak ruang membeku kan... :)

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: June 24, 2013 at 10:12 PM said...

Wah...memang sistematik nampaknya kina menguruskan bahan makan...

{ Kina } at: June 25, 2013 at 8:28 AM said...

Sy jenis tak suka buat keje leceh², tu yg kena organize semua benda Aisy. Mostly bab mencari... memang saya malas.. heheh

Post a Comment