Mee Kari Bersepah

Friday, June 7, 2013
Rupa Mee Kari bersepah... hehehe..
Kasi nama special sikit kat mee kari ni sebab rupanya yang bersepah semacam...  Ni gara² dah gaul sana sini & suap masuk mulut baru teringat belum snap picture.  Dahla semua gambar makanan yg lepas² kena format dengan Misha.  Alamatnya takde entry makanan la nanti.  Tu yg snap jugak gambar ni, walaupun bersepah kemain... hehehe...

Mee kari saya kali ni memang kaya bahan.  Macam-macam ada... tapi amat memuaskan hati sebab saya ni dulunya langsung tak nak makan mee kari & semestinya tak pandai buat mee kari.  Tapi dah lepas² kawin ni baru ada keinginan mencuba, jatuh hati la pulak!  Bila try masak, menjadi & sedap.  Boleh jadi favourite food baru ni... 

Oh ye.. saya tak gunakan mi kuning, tapi gantikan dengan pasta angel hair atau vermicelli yg lebih halus teksturnya dari spaghetti.  Bagi saya, lagi sedap & menyihatkan.  Last time saya buat mee kari,  tak lalu nak makan bila tengok kuah jadi merah menyala lepas diletak mee kuning.  Mak aaii.. banyaknya asid borik/ kapur dalam mee tu sampai bertukar warna kuah tu.  Mujurle saya jumpa pengganti yg sesuai sbb anak-anak saya kaki pasta.

Kali ni saya buat banyak sebab staf Kina Cafe dah lama request mee kari dari saya.  Saya ni tak sampai hati kalau dengar ada yang teringin nak makan something².  Mesti saya usahakan buat walaupun akan ambil masa sikit (nak tunggu kerajinan datang)... hehehe...

Resepinya (anggaran je ni tau)... boleh adjust semula ikut selera masing² eekk..

Bahan Kuah

Bahan A
  • 2 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 biji buah keras & sedikit halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar rempah kari daging (saya suka Baba's)
Bahan B
  • Segenggam ayam dipotong kecil 
  • 20 ekor udang
  • Segenggam kerang (direbus & dikopek)
  • 6 keping tauhu pok
  • 3 keping fishcake dipotong
  • 10 ketul fish ball
Bahan C
  • Air /stok ayam (saya gunakan air rebusan rangka seekor ayam yang direbus sampai empuk)
  • 2 kotak santan
  • Mee / pasta yg direbus
  • Telur rebus
  • Sawi dicelur
Tumiskan bahan A sampai naik bau... (saya suka tumiskan bawang dulu, dah wangi baru masukkan cili & rempah).  

Tumiskan sampai betul-betul wangi tau.  Kemudian masukkan ayam, tunggu sehingga ayam hampir masak sebelum dicampur dengan semua bahan B.  Saya tambahkan air rebusan ayam & kemudian masukkan santan.  

Air tu anggar sendiri la eekk, ikut tahap kepekatan yang dikehendaki.  

Perasakan dengan garam & serbuk perasa (jika suka).

Hidangkan dengan mee/pasta bersama telur rebus & sawi yang dicelur.


Kalau nak lagi kaw, boleh tambah stok ayam.  Tapi kuah kali ni saya gunakan rangka ayam yg direbus sampai lembut untuk dijadikan stok.  Saya memang suka beli rangka ayam & rebuskan sebagai pengganti stok ayam.  Rangka ayam tu saya dah basuh bersih & bekukan.  Bila nak guna saya terus aje rebuskan tanpa dicairkan dulu.  Saya kurang suka guna stok ayam kiub/serbuk tu sebab teramatlah tak sihat sebab stok ayam tu menggunakan lemak ayam sebagai perasa.  Kalau tak caya, cuba belek bahan utama stok ayam tu... :)

Kalau tak nak kuah mee kari tu crowded sangat, boleh kurangkan sikit bahan-bahan dalam tu.  Saya ni memang suka letak banyak bahan dalam apa-apa kuah.  Dah terbiasa masak untuk ayah saya yang suka letak segala mak nenek bahan dalam makanan dia kot.  

2 comments:

{ cik chinta } at: June 7, 2013 at 9:39 AM said...

Sbr je tgk..hihi

{ Kina } at: June 8, 2013 at 2:13 AM said...

sabar sikit je lagi...pasni makan puas²...hehehe

Post a Comment