Tepung Keledek

Tuesday, June 25, 2013
Keledek rebus yg dah dicampur tepung... bakal dibekukan...
Ni kisah lama.. kisah sebelum jerebu.  Baru skrg berkesempatan nak post.. :) .  Biasalah... stok keledek yg banyak kat laundry room/pantry dah mula mengecut.  Alamak.. 2kg tu.. mmg tak larat le nak makan.  Jadi saya kupas, takik² & rebus kesemuanya dengan sedikit garam.

Dah siap, campo dengan tepung.  Ala.. tambah agak² keledek menjadi doh.  Dah siap saya bulat²kan.  Saya tak bentukkan siap² sbb separuh nak buat cucur badak, separuh keria & bakinya cek mek molek. Sambil menggoreng nanti baru saya bentukkan.

So.. menjadi dinner we all malam tu.  Gambar kat atas tu bakinya.  Malas melanda, saya beku kan semuanya.  Saya ingat, bila nak makan, keluarkan dari freezer & bentukkan ikut kuih apa yg saya nak.

Tapi saya anggap projek ni tak berjaya sepenuhnya.  Dahla ambik masa utk defoze, kemudian doh tu jadi berair di luar jadi agak sukar dibentuk.  Kena bantuan minyak kalau tak nak doh melekat² di tangan.

Nampak gayanya teknik macam ni tak praktikal sangat.  Lagi mudah kalau bentukkan terus aje then beku kan.. takpe la kan.. tak try tak tau.

Saya ni tengah hangin dengan baby Misha yang makin notti lately ni.  Lagi sekali hp saya kena format!  Habis semua gambar di Fraser's Hill kena delete sekali.  Aarrgghh.. Htc ni sengal jugak, ada ke letak icon format tu dekat dengan game.  Jadi kalau jari dia tersalah tekan, terus tersasar dkt icon tu.  Saya pun tak sedar bila masa gambar tu hilang.  Adoii laa..walaupun takle banyak sgt gambar yg saya capture, tapi sayangle jugak...

Dahle kisah Fraser's Hill baru ni belum masuk dalam blog.  At least ada gak entry kenangan.  Ke baby nak ajak Baba & Mama pergi Fraser's Hill semula ni??? :P


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: June 25, 2013 at 3:07 PM said...

haha, misha ni nak jadi pakar it kot nanti... tgh asah bakat tu...

sabar ajelah, kan? karenah anak anak ni unpredictable.. naim pun sama, nazif pun dah mula tunjuk bakat sikit sikit....

keledek pula ye? wah, mmg nak sia siakan bahan betul kina ni.. saya aritu ada beli keledek juga, last buang je... lepas tu menyesal..

{ Kina } at: June 26, 2013 at 2:31 AM said...

itu le.. dah 2x kena format, jenuh dah pantau xnak bagi dia main, tp tlepas jugak..

itula.. anak² Aisy pon bleh tahan jugak ye.. comel je karenahnya

mmg saya tak senang duduk kalau ada mknn yg nak rosak. tu yg selalu keluar idea pelik²... hehehe..

Post a Comment