IKAN MASAK KICAP

Thursday, June 27, 2013
Ada la suatu hari yang berjerebu lepas, kononnya nak goreng ikan then makan dengan singgang.  Daging goreng kunyit pon berbaki lagi.  Last² tengah goreng ikan, rasa nak buat masak kicap aje la, boleh jadi kuah bebudak ni.  Singgang tu saya pedaskan & masamkan sikit, bimbang si baby sakit perut plak.

Maka.. tanpa dirancang, jadilah ikan masak kicap.  Saya tumiskan bwng putih & besar, tambah cili padi potong (sikit aje) & sebelah tomato yang berbaki dalam peti.  Lately ni rasa sedap plak letak potongan tomato dalam masak kicap.  Saya tambahkan air sikit untuk ada kuah.


Ikan masak kicap... sekali-sekala layan lauk mcm ni, sedap betul.. hehehe.  Nasib baik belum perangat daging goreng kunyit sbb lauk ni dengan singgang aje dah cukup... :P
Sekali tu budak² tak makan sangat pun nasik gara-gara ternampak baki french toast breakfast.  Dengan baby sekali layan roti.  Kebetulan memang saya masak lebih sikit.  Bila tak habis, saya transfer dalam tupperware & biarkan aje atas meja.  By evening, confirm lesap... 

Since ada baki lagi kuah kicap tu, rasa sayang plak nak buang.  Esoknya jadi rencah nasi goreng... hehehe... Bebudak ni plak saya rebus macaroni.  Kononnya nak bagi diorang makan dengan sup.  Tapi baby sorang je makan dengan sup (baki sup rangka ayam tu).  Kakak²nya nak makan dengan cheese.

Saya bagi diorang Parmesan (grated), korang renjisla sendrik... Tiha plak semestinya cari pepper grinder Mama kat kitchen sbb nak tambah black pepper.  Pasta yang saya rebus mmg dah ada rasa garam & digaul dengan olive oil jadi budak² ni mmg enjoy aje layan pasta plain macam tu.

Nasi goreng hasil dari baki kuah kicap ikan semalam.  Layan dengan daging goreng kunyit..  Alhamdulillah.. kenyang walaupun simple.. :)
Ini le antara sebabnya saya malas masak lauk banyak².  Anak² ku semuanya bukan pemakan nasik.  Babanya pun sama... kalau masak nasik pon biasa saya buat 1 lauk berkuah & 1 sayur sbb Suami tak pandai makan lauk banyak² jenis.  

Lain le kalau ada tetamu bertandang, at least 4 lauk kena ada.  Bagi option kalau ada yg tak kena dengan selera tetamu ke.  Time ni mood memasak baru datang sbb ramai yang tukang makan!!!



2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: June 27, 2013 at 7:57 AM said...

Me too. Ada masanya terasa membazir je masak kalau hari tu suami makan skit. Naim lak mmg makan ciput, tapi kalau buat ayam kicap, dia akan makan ayam je..mmg makan banyak. Kalau ikan kicap, naim tak makan sgt, mamanya saja..

{ Kina } at: June 28, 2013 at 1:43 AM said...

Itu la.. susah betul nak masak satu menu yg semua oang suka. Pening kepala hari² fikir nak masak apa.. hehehe

Post a Comment