Swimming

Saturday, June 22, 2013
Dah lama janji dengan anak² nak bawak diorang swimming.  Ni gara-gara tak puas bermain air di Pulau Redang aritu.  Walhal sepanjang masa di pulau dihabiskan dengan berendam.  Gara-gara Pulau Redang juga anak-anak dah semakin berani ke tempat dalam.  Sebelum ni nak main kat kawasan yang boleh jejak kaki aje.

Since swimming pool apartment kat rumahku syurgaku ini kecik sangat.  Jadi kami heret diorang ke Pantai Hillpark.  Bestfriend my husband masih lagi resident di sini & single lagi tu.  Masa bujang dulu pon my husband menyewa kat sini juga.  



Tiha dah berani float gunakan pelampung tangan.  Kalau dulu,  asyik main kat tangga je...

Baby Misha dah lama surrender... budak kecik tu mengantuk sangat sampai nak tetido dalam kolam.  Lepas mandikan, letak tepi kolam, hilang pulak mengantuknya.. dok berlari ke sana-sini .. pulakk

Swimming pool ni pon banyak nostalgianya kepada saya.  Dulu sebulan sebelum ke Kinabalu, setiap hari lepas kerja saya jogging dari Vista Angkasa ke sini & terus swimming for another 1km.  Saya terpaksa training sendiri sebab tak join group mendaki.  Nak buat mcm mana, diorang di Celcom & saya pula di KL Sentral.  Kebetulan group mendaki semuanya lelaki (9 orang), saya sorang je perempuan jadi saya kena make sure badan betul² fit supaya tak menyusahkan org lain pula nanti. 

Masa single dulu² swimming ni memang aktiviti kegemaran.  Kiranya sejak belajar berenang di UUM, swimming memang jadi exercise rutin.  Time exam pun saya akan tetap meluangkan masa berenang sbb setiapkali berenang fikiran jadi tenang, kosong & rileks sangat.  Saya akan berbasikal dari kolej Eon ke stadium UUM 2-3 kali seminggu.

Sayangnya anak-anak saya tak boleh berenang.  Slowly saya akan try latih diorang untuk berenang sebab rugi la skill berenang tu tak dapat diperturunkan.  At least saya tak bimbang sangat kalau diorang main air.  Cuma nak mengajar swimming ni mengambil masa kalau yang nak belajarnya 'penakut'.  Kena bagi diorang selesa dalam air barulah body akan relax & mudah diajar terapung dll.

Nampaknya lambat lagilah saya boleh ajar budak-budak ni berenang.  Dahle jarang ke swimming pool, penakutnya.. ya rabbi..  Sekarang ni nampak jugaklah improvement, tu yang saya semangat balik.  Apa pun, pada saya boleh ke tak boleh buat sesuatu tu bergantung kepada kehendak diorang.  Selagi saya tengok takde kesungguhan dari diorang, saya pun tak nak bersungguh ajar... hehehe... buang karan beb!!

4 comments:

{ Aisy Nasiha } at: June 24, 2013 at 10:13 PM said...

Bagusnya kina, sempat belajat renang masa di uum. Saya dulu ke kompleks sukan pun jarang, mmg malas betull...

{ Kina } at: June 25, 2013 at 2:17 PM said...

Minat punya pasal... Dr kecik teringin nak berenang, ada peluang terus je grab... hehehe...

{ Zam Rich } at: October 10, 2015 at 12:08 PM said...

Oh...uum dulu ni...kena latih anak cepat2.

{ Kina } at: October 10, 2015 at 1:53 PM said...

Aah.. X uum.. Hehhe.. Memang seeloknya ajar dari baby. Kalau dah tak takut air, mmg boleh float sendiri aje.. Just train sikit2 utk gerakkan kaki tangan aje lepas tu.. :)

Post a Comment