Walaupun dah sampai lewat dekat Cameron semalam, we all really enjoying the moment.. Mana taknya... no jam... no sesak²... semua tempat tenang aje... Anak² pun nampak excited sangat. Lepas dinner tu, saya heret anak² ke Starbucks, kononnya nak tapau coffee favourite (Hot Caramel Machiato) then lepak kat mana² sambil kunyah stok sayur goreng yg diborong tadi.
Terkujat & teramat hampa kami laki bini sbb Starbucks sedang ditutup & dibuka balik on 20/11. Uuwwaaa... tak puas ati punya pasal, we all tapau aje lah kopi dari kedai lain.. hehehe.. Anak² request Milo. Lepas pusing² sekitar Cameron, last² we all lepak dekat area Padang Golf. Tapi perit telinga lah sikit, port orang karaoke.. sabo je lah... (patutle drizzling non stop.. menunjukkan bumi pon sengsara mendengarnya).. heheheh..
Dekat 11.00 pm.. we all gerak turun. Next destination is Kuala Kangsar. Malam ni tumpang rumah adik. Dari aritu sibuk ajak menyinggah.. Orraitt.. kami datang ni. Time sampai, semua orang dah membuta. Esoknya kami bergerak lambat dari rumah adik.. sebabnya?? Kami dijanjikan DURIAN!! Hehehe.. tanpa malu, kami menunggu buah durian sampai.
Lepas habis licin durian kami balun.. (EErrkk.. alhamdulillah)... Terus gerak naik ke Utara. Adik yg di Kulim dah siap sms tanya bila nak mai umah dia... Aisehh.. Bagus betul servis tempat tinggal kami ni ye.. belum bertolak semua pakat tanya bila nak sampai. Tapi kami cadang nak merayap ke Penang dulu. Ambik kesempatan ketenangan di hari kerja ni. Maklumle Penang tu kecik, kalau pegi public holiday or Jumaat, Sabtu & Ahad... serabut habis tau!
Dari Kuala Kangsar ke Penang takde la lama sangat. Tapi sempat jugak saya membuta. Saya pesan kat driver siap², nampak signboard Georgetown or Jambatan, alert sikit.. Kang terlepas plak. Kat atas Jambatan view tak cun sangat sbb cuaca mendung & gerimis. Jadi tak nampaklah laut yg membiru... nampak suram aje. Tapi budak² ni tetap jakun.
Tempat yg kami tuju ialah makan²... Adik ada suggest a few places tapi entah kenapa, semuanya tutup!! Last² kami pegi ke pot biasa kami, Padang Kota. Food Court biasa tapi makanannya okla jugak. Cuma harga makanan di area Pulau ni tak semurah Seberang sana.. Harga standard KL.
|
Dah lama kempunan pasembor Padang Kota ni.. Terbaikk!! Harganya pon terbaikk jugalah.. RM35.00. Saya ada ambik sotong & Udang. Cumanya saya detect kebanyakan bhn dalam ni diperangat semula coz terasa kerasnya (isi sotong pon agak liat). Tapi overall rasanya Ok. |
|
Tiha dengan noodle nya.. Tapi Mee Udang ni mmg fail, rasanya plain & kuahnya cair sangat! Utk baby & Ieqa we all order Nasi Ayam.. Hmm.. macam biasa, makan semulut dua, then tak nakkkk... IIssshh.. Macam mana la nak membesar bagai johan kalau asyik tak nak makan camni??? |
Masa kat Padang Kota, Adik dtg join. Kononnya nak ikut kami jalan². Tapi kami ni mana ada plan apa².. main redah aje. Maybe dia give up lepas dengar kami plan nak cross Jambatan Kedua then patah balik ke pulau.. (Mana diorg tak nak, jarak jambatan ke2 tu 29km.. kalau patah balik, dah dekat 60km tu...)... Last² dia cancel plan.. hehheh...
Sebelum tu kasi can budak² ni exercise sikit sambil berlari² tak tentu arah kejar burung. Yang paling over pastilah si Kenit yg buas tu. Terjerit² sambil kejar burung macam baby Red Indian (pandai² je kata baby Red India suka jeritkan).
|
Tengok tuu.. Asal terlepas sikit aje.. kemain jauh dia lari. Tugas Kak Tiha tangkap baby notti kesayangan dia. Mama & Baba memang tak terkejar budak ni wehh |
Agak² kesemuanya dah keletihan kejar burung.. we all pon bergerak ke Jambatan ke2. Sebelum tu sempat lagi kami angkut jeruk. Boleh campur, harganya 500gm RM7. Murahkan? Jeruknya pun sedap. Tapi ni bukan pot beli jeruk tau, tapi saya beli jugak sikit sbb malas lah nak pergi tempat lain.
Dalam dok cari Jambatan Ke2, kami tersalah pilih jalan.. hehehe... Kami ternaik jambatan ke Butterworth pula!! Wahh.. Frust kemain lah... Dahla kami target nak ke seberang dengan Feri, mesti budak² ni bising kalau hasrat diorang nak naik feri tak tercapai ni. Mau demam telinga Mama dengar soalan Laieqa sepanjang journey ni! Oohh Tiddaakkk!!
Jadi kami laki bini sepakat untuk berpatah balik ke pulau semula menggunakan feri. Bukan selalu boleh sampai sini kan & bukan selalu jugak sesat macam ni.. hehehe..
|
Budak ni tak henti² cakap Bestlah naik Feri... dia ulang² sampai Mama rasa nak tekup je mulut budak ni kasi dia diam kejap.. hehehe... |
|
Yg kenit ni still terpinga² tak tau pon dia atas feri ke apa... Si Tiha pon takleh kontrol senyum lagi dah.. sumbinggg... |
|
Eehh.. Babanya pun tak kurang jakunnya... :P |
Fuuhh!! Lega sungguh berjaya merealisasikan hajat diorang naik feri. Saya suggest kat hubby supaya pergi ke Batu Feringhi sbb saya dah lama teringin nak ke sana. Berdekatan Feringhi ada dam. Jadi budak² ni mesti happy. Macam biasa, Babanya ni kalau bab ajak berjalan, ok aje manjang. Lagipun saya yg jadi navigator, kalau dia tak nak pegi pun, bolehlah saya buat² tersalah guide ke sana ke... Oooppss..
Disebabkan jalan agak jem sepanjang journey ke sini, kami sampai ketika cuaca dah mula gelap. Adduhh.. sayangnya.. sbb pemandangan area sini amat menakjubkan. Tapi yg jelas kawasan ni memang tempat tinggal golongan elit. Sampai di kawasan Batu Feringhi, terkujat saya tengok kemeriahannya!! Macam Pesta! Kami tak pergi sampai ke pantai pun sbb cuaca gelap & kesemuanya kawasan resort jadi bimbang le tak dibenarkan.
Kami pergi ke kawasan Medan Selera kat dalam² tu juga. Pendek cite.. kawasan ni memang tak best, kotor, makanan lambat & tak sedap. Masa mula² sampai dengan bangganya tunjuk sticker JJCM yg tergantung gah kat dan kedai. Tapi semuanya tak menepati selera kami.
Dah isi perut, saya suggest satu
idea gila kepada suami. Kami nak
cuba teroka the other side of pulau, iaitu kawasan
Balik Pulau. Kalau orang yg biasa dengan Penang pasti tahu macam mana c
uram, berselekoh, gelap & hutan tebal akan menemani sepanjang jalan.
Malahan jaraknya memang teramat jauh untuk kami tuju ke Queensland (Jambatan ke 2). Tapi alang² dah sampai. Ini peluang keemasan untuk kami teroka semuanya. As expected... jalan kat area ni memang creepy.. memang boleh nampak gaung & selekoh tajam yg amat gelap. Rasanya perjalanan kami ni hampir 2 jam juga!
Dah sampai area Teluk Kumbar, kami mula mencari signboard jambatan ke2. Lepas jenuh melilau ke sana sini, kami menyinggah di Airport Penang.
Alangkah hampanya bila dapat tau Jambatan ke2 tak dibuka lagi pun!! Kami dapat info yg salah. Rupanya haritu jambatan dibuka sekejap aje (for free) untuk testing...
Jam dah 10.30 malam.. Last² kami naik ke Georgetown untuk ke seberang dengan feri semula. Saja la nak ceriakan kanak² yg dah pengsan keletihan kat seat belakang tu. Budak² ni senang dikejut... tambah² kalau diumpan dengan 'berjalan' or makan angin.. tengah mamai pon tetap nak join.. hehehe..
Jam 11 baru le kami naik feri... nasib baikle masih ada feri time ni walaupun masa menunggu agak lama, maybe sbb dah lewat jadi kekerapan tu tak macam time peak. Budak² yg tido keletihan tadi start terkinja² balik bila tau kami nak naik feri! Sunguh cepat korang ni charging ye!!
Lewat malam sampai di rumah adik. Nasi Kandar Ketapang yang famous tu sedang menanti... Alhamdulillah... merasa juga kami nasi yg famous & kena que panjang time nak membeli ni. Mana tak bestnya, ada orang tukang Q, kami tukang ngap aje!