MAKIN MALAS DAH NIH - DAY 4

Friday, November 29, 2013
Adehhh.. tak habis lagi story pasal jalan²... Pegi ke utara je pong, tapi story sampai berhari²... Sampai tukang story pon dah naik muak... heheeh.. 

Ni entry last pasal jalan² sebelum kita tukar topik plak.. :)

Day 4, last day kami di Utara... Adik ipar bawak breakfast kat Kulim jugak.. lupa dah nama kedai.  Makanannya biasa² aje tapi ada pelbagai.  Yg bestnya.. macam biasa lah... harganya murah.  Char Kue Teow Kerang harganya RM3 aje.  Syok weehhh dok belah Utara ni,  makanannya affordable.. 

Saya layan char kue teow telur mata, Ieqa roti telur, Tiha dengan roti tampal & hubby roti sardin.  Misha plak, tak nak stop makan sagon!  Itule breakfast dia aritu.  Nyesal saya intro kat dia... 

My SIL kena bertungkus lumus sikit sbb husbandnya keje.. kejap layan Zaf, kejap layan Baby Afia... 
 Lepas breakfast, kami ajak SIL ke Mengkuang Dam.  Lepas geram sebab tak sempat nak singgah hari sebelumnya.  Memang cantik & bersih kawasan ni.. Siap ada park lagi.  Tapi kami tak merayap jauh sebab cuaca tengah panas terik...

Dalam dok nak cepat tu,  sempat jugak my hubby layan kite dengan budak² ni.







Tengah bagi ikan makan... 

Bermain layang² di Empangan Mengkuang

Bertafakur sorang².. (budak ni takut nak bergerak sbb asyik terpijak air.. hehehe)
 Lepas layan Mengkuang Dam, baru le balik ke rumah adik utk bersiap² dan bertolak ke rumah Abang Joe.  Abang Joe ni husband kepada sepupu saya.  Teramat mesra alam & ramah tamah.  Memang tempat wajib singgah ni, pekena Rojak dia yg amat sedap.  Kalau dia tau kami balik & tak singgah, siapla kena marah nanti.. taakkuutt.. hehehe...

Kami bergerak dari rumah Abang Joe elok je time Azan Asar berkumandang!  Mak Aii.. lambatnyaa!
Masa kat rumah Abang Joe kami bawak anak² tengok pokok padi.  Budak KL kan.. mesti jakun habis
 

Pelik orang kampung tengok kami lalu celah rumah diorang.. Masa ni dah berlarian sbb gerimis mula turun...
 Dari rumah Abang Joe kami terus ke Highway, tak berani lalu jalan luar sbb ni area Penang.  Time macam ni tengah peak, jadi kami teruskan perjalanan guna highway til Changkat Jering.  Dari Changkat Jering,  kami makin dilema... nak ke Kuala Kangsar bermalam rumah adik or teruskan perjalanan ke Kuala Selangor.

Iyelah.. kalau journey malam ikut kawasan baru kurang syok le sbb takleh nak enjoy pemandangan & nak menyinggah sana sini.  Apatah lagi Jalan Beruas- Setiawan yg bakal kami lalu ni memang gelap & sunyi.  Tapi akhirnya kami teruskan perjalanan balik, untung² sempat lagi berkejar tengok kelip² di Kuala Selangor.

Memang macam yg dijangka, mmg jalannya amat sunyi... Kami pun tak tau jalan mana yg kami ikut, saya just ikut arahan GPS.  Kalau tiba² signal lost, kena pandai² sendiri supaya tak terlepas simpang.  KAlau takde GPS pastinya kami takkan jumpa jalan ni sbb langsung takde nama kawasan yg kami similar!

By 10.30 pm baru kami tiba di Kuala Selangor, jawapnya melepaslah plan nak tengok kelip².  Dahle kami tak makan lagi sejak dari rumah Abang Joe tadi.  Mula² nak cari seafoods kat area Kuala Selangor, malangnya selepas puas berpusing,  kami hanya jumpa restoran Seafoods Cina yg amat banyak.  Takde satu pun yg Malay, jadi kami terpaksalah layan Mc Donalds (saya ni dahle kurang suka fastfoods).

Tiha & Ieqa langsung tak tido sepanjang journey.  Baby je tido terbongkang.  Tapi sebaik kereta berhenti, cepat aje dia buka mata.  Masuk McDonalds masing² sibuk layan slide... itu le sebabnya diorg ni suka pasal McDonalds ni, bukannya nak makan sangat pun.  



Apa gaya possing le Si Ieqa ni... dia ni mmg suka terliuk sana, terliuk sini... yg baby tu mcm biasa la... Peacee!!! 
Lepas makan² (lama jugakla kami bersantai² di sini)... barulah bertolak balik.  Dari Kuala Selangor kami melalui Ijok - Batang berjuntai & terus naik highway sampai ke rumah!!  Dari Kuala Selangor ke KL takde lah jauh sangat rupanya... hehehehe... Maklumle tak berapa familiar dengan kawasan ni.  

Maybe kami akan try trace balik perjalanan kami malam ni, kali ni nak try belah siang plak.. :)

0 comments:

Post a Comment