BILIK ANAK²

Thursday, January 30, 2014
Hari ni Mama nak buat site visit... nak melawat bilik anak²... Mama memang tak pernah kemas bilik diorang ni, just arrangement awal je, then maintenance dilakukan sepenuhnya oleh Tiha & Ieqa.  Konsep Mama senang aje, kalau tak nak kena kemas, jangan buat sepah!!  Tapi diorang ni takde la berdisiplin sangat, biasanya diorang mula mengemas bila Mama start jerit.  Maklumla Mamanya garang macam Rimau... hehehe.. (tapi walau apapun Mama TAKKAN kemaskan, sebab nak ajar diorang pasal responsibility & jugak tak nak kasi diorang buat sepah selalu... hehehehe... )

Sekali masuk... hancur luluh impian Mama nak snap gambar bilik penuh.. sebabnya...????

Ada ampaian la pulak!!!  Macam mana la tali skipping jadi tali ampaian ni?  Adoiilaaa.. siaplaa korang kena kemas semua ni balikk!!!  Eeiii...
Haaa... Ampai dah dikemas oleh Tiha... Baru bleh Mama snap picture. Boleh tahan lintang pukang jugakla diorang ni susun toys kat atas tu kan?  Susuan asalnya Baba yg buat, then diorang tukang maintain aje... 
Hodoh benar lipatan selimutnya... Kotak² cereal pon diorang simpan... Siapla kejap lagi Mama suruh buang!!!  Dalam bakul tuh longgokan toys/alat swimming dan pehape benda lagi tah... 


Ini plak bekas simpan toys kecik².. Mama beli kat Daiso... harga RM5 satu, very praktikal sebab senang diorang nak acces toys cinonet diorang ni, kalau dulu dorang campak semua ni dalam bakul besar la, dalam kotak kasut la... macam² pon ada!!

Setiap bekas Mama dah allocate kan ikut jenis toys... cthnya, sebekas ada toys ala Lego,  sebekas cooking set diorang, zoo set dll...


Tengah ambil gambar, maskot Kinazone datang menyemak.. dia pelik apsal ambil gambar dinding.. baik ambik gambar dia aje.  Sorry ye.. aksi seksi sikit, budak ni memang suka cabut baju dan seluar.  Malas Mama nak pakaikan lagi dah... Buang karen aje!

Haa.. kotak² mainan diorang tu ada 7 semuanya.  Satu je saya beli bersaiz panjang sebab cooking set aje yg memerlukan bekas besar. Saya tak nak bekas terlalu besar, just muat² untuk setiap jenis katogeri.  Tapi, nampak sangat dasar pemalas, kotak yang panjang tu dia susun slumber je kat atas kotak kecik!!.. Eeiii.. Mama ni dahla takleh tengok susun atur berterabur macam ni... Boleh stress kalau lama² belek bilik diorang ni!!

Ni asalnya bakul toys Mayesha (saya letak di luar bilik)... tapi we all dah beli bekas lain, yang ni jadi bakul baju kotor Tiha & Ieqa... 

Haaa... ni bakul barang² Misha (di corner ruang tamu).. Kebanyakan soft toys yg tak merbahaya kepada budak kecik ni.  Bekas ni ada penutupnya & dibeli sebab akan jadi coffee table bila tetamu datang.. (biasalah.. barang IKEA jugak jadi pilihan...)... 

Haa.. tengok... sempat lagi dia capai topi dalam tu sebab nak possing depan Mama.. Pantang betul dia nampak Mama snap gambar sekarang ni.... heheheh..
Itula rupa bilik Tiha & Ieqa.. Oh ye.. kalau perasan ada katil single aje kan dalam ni?  Actually diorang berdua tido berpelukan atas katil tu.  Sebelum ni saya sediakan lapik/futon untuk sorang tido kat bawah (preferably Ieqa sbb masa start tido dengan Tiha umo dia 3 tahun, asyik banjir je keesokannya...)... Tiha plak dah lama dok bilik ni sejak dari umur 4 tahun tido sorang² kat sini.

Tapi tiapkali saya ke bilik jengok diorang, dok tido berpelukan berdua.. last² futon tu saya jadikan lapik tido Mayesha plak.  Dia masih tido dalam bilik saya.. tapi saya letak di bawah,  tak nak menyemak atas katil sempit Baba & Mama, kang dia yang conquer katil!

Nampaknya kami kena bersedia untuk ubahsuai bilik tetamu jadi bilik anak² sebab Misha pun bakal berpindah dengan kakak² kan... Bilik tetamu besar sikit berbanding bilik ni.  Tapi nantilah tunggu Mama & Baba dapat ilham, condition Mama pon ok sikit ke (dan jugak budget) dulu.  Banyak sangat projek DIY tergendala niii...


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: January 30, 2014 at 8:46 AM said...

Haha..anak2 dara ni...bikin mama panas ya.. tapi ampaian tu diorang buat sdiri? Pandai pula diorang ni.. bijak2..

{ Kina } at: January 30, 2014 at 1:19 PM said...

Memang la Aisy.. kain batik/selimut jadi khemah, ada ampaian la.. apelaa.. tiapkali spotcheck bilik, macam² boleh jumpa.. pening kepala tgk budak² ni..

Post a Comment