Sambung balik entry tergendala semalam. Tapi gambar di Kuantan ni takde la banyak mana pun. HAri pertama hingga hampir midnight saya d hospital temankan adik, jumpa pakar, temuramah misi².. bzbody betul la kan... Esoknya seawal 8.00 pagi saya tunggu Pakar Sakit Puan pula... saya nak dengar penjelasan detail, saya ni selagi tak faham, selagi tu la saya tanya. Boleh pengsan kalau orang yang tak sanggup nak layan... hahahaha...
Okla.. lepas adik keluar tengahari Ahad tu, saya pun baru ada masa bawak anak² jalan² sikit. Tu pon sebelah petang lepas makan tengahari. Time ni saya jadi Permaisuri, makan minum semua dah terhidang, cuma telan aje. Ye la Adik² & Mak dah ada kat rumah adik, jadi tak de la saya kena fikir apa nak masak or makan kan... :) (seronoknya kalau hari² camtu - dasar pemalas!)...
Pepetang sikit tu saya bawak anak² & sepupunya ke Taman Teruntum... Port biasa budak² ni kalau ke Kuantan. Gambar saya suruh hubby je ambik.. as usual la.. bila bukak Dropbox... gambar diorang bagi makan rusa je ada pon.. Alahaii...
|
Muka² excited nak feed Rusa... Penjaga dia jual kacang panjang RM1 kat tepi kandang ni... Masa ni saya tak ikut, saya dok jauh² kat bawah pokok sebab tak tahan bau!! Boleh tahan wangi bau kat area kandang rusa ni.. hehehe... |
|
Kakak Izz tengah layan Misha feed rusa... |
Lepas ke Taman Teruntum, kami pusing² dan naik ke Kuantan Tembeling Resort... Then singgah kat tepi pantai bagi budak² main pasir japp...
|
Ni semua budak² jakun dengan pantai... kemain sibuk kutip seashellls... |
|
Yang paling tak tahan tu, budak Kuantan pun sama over!!.. hehehehe.. |
Kemudian kami bawak diorang ke Telok Chempedak kejap sebelum ke rumah Bapa Saudara suami yang teruk dilanda banjir baru² ni. Kesian tengok rumah yang baru je siap habis rosak (wood finishing) akibat banjir... Hampir Maghrib kami balik semula ke rumah adik.
Hari Isnin, sebelah tengahari kami bertolak dari rumah adik selepas tengok baby yang dah boleh dibawa balik ke rumah. Lega sangat tengok baby dah ok dan tak perlukan bantuan oksigen lagi. Baru lah senang hati semua orang. Dari rumah adik kami terus ke Telok Cempedak semula (TC) sebab diorang tak puas main pasir. Saya pun dah mula lapar, jadi makan dulu di Mc D..
HAri ni tengah baik hati nak bagi budak² makan Aiskrim, jadi saya belikan Sundae aje. MAsa ni lah ada si kenit ni berlegar² kat tepi pokok kelapa ni. Saya dah agak, mesti nak mintak makanan dari kami ni (saya kan pernah bela tupai.. hehhe).. Mula² saya hulur fries, terus dia lari... THen baru saya terfikir... Hmmm... mesti tupai ni terbau Sundae yg lemak² manis ni. Jadi saya cedok kan Sundae & letak kat tepi kotak fries...
4 comments:
whooaaa!!!..best jenjalan cam ni,kan..kejap tersangkut sana, kejap lagi sangkut kat sini..SB paling suka kalo jln2 gi tengok pantai..
Hehehe.. biasalah... kalau dah berjalan, memang banyak yg tersangkutnya.. :). SB pun jgn lupa share tempat jalan² kat sana.. manala tau saya pun teringin nak ke sana pulak nanti...
Wah..nampak.menarik je persinggahan Kina...pandai budak2 tu makan durian ...kagum saya..
Ni pun tak berapa banyak menyinggah sbb saya tak berapa ada mood.. hehehe... Budak² ni semua hantu durian, pantang terbau dari dlm kereta, mula la membodek Baba & Mama...
Post a Comment