MANGO CASABLANCA

Wednesday, May 28, 2014
Lama dah ternampak Kak Amie menceritakan kesedapan Mango Casablanca ni.  Saya takde la berminat mana sbb saya lebih suka makan mangga macam tu aje... Tapi lepas memikirkan ada UHT cream yang dah berbulan usianya dalam freezer & suami ku yang sukakan dessert yang ala-ala cenggini.  Saya yakin dia akan makan dengan overnya nanti.. hehehe... 

Walaupun saya bimbang juga dengan status cream yg dibekukan sekian lama tu (arahan dari kotak memang tak boleh dibekukan atas faktor cream tu akan terasing).  Tapi saya bukan nak buat frosting untuk kek ke apa kan... Saya just nak tuang atas biskut ni aje.. kalau cream tu cair sikit pon biarlah.  UNtuk sweetened cream pula, saya gunakan susu pekat aje.  In fact UHT cream tu saya buat kesemua baki dalam peti tu, tak ikut arahan resepi.  Resepi macam ni tak cerewet, boleh ubahsuai ikut apa yang ada, janji hasilnya sedap.. ;)

Saya alaskan loyang dengan baking sheet ni.. Kalau tak nak alas pon takpe... 

Layerkan dengan kombinasi cream, susu pekat & cream cheese tadi... Susun biskut... 3x3 (9 keping semuanya)..

Layerkan lagi sekali dengan kombinasi krim, hirisan mangga... Tuang krim & kemudiannya biskut.  Ulang proses sampai habis kesemua 27 keping biskut tu.. (macam nak buat lasagna pulak kan)...

Sejukkan dalam peti (saya simpan dalam freezer sbb tak sabar nak makan).  NI hirisan pertama, kurang cun... tapi sebab tak sabar nak makan, jadi malas dah nak ambik gambar semula.. hehehe...
As expected Suami ulang makan macam apa je... Naik takut daku melihatnya.  Saya makanle jugak, tapi cukup sekadar sepotong dua sehari.  Yang jelas Baba & Misha memang peminat Mango Casablanca sebab diorang berdua je dok marathon dessert ni sampai habis seloyang!

Masa buat ni, saya still berhati-hati bimbangkan gula saya naik.  Tapi tadi pegi checkup, baru saya tau.. pregnancy kali ni saya bebas GDM!  Laaa... punyala saya ctrl kandungan gula sbb bimbangkan baby.  Rupa²nya Ujian Glucose saya lepas with flying colors... after minum gula, reading 6.8 aje!  Alhamdulillah... saya ingatkan bila age meningkat, problem ni makin teruk.  Syukurlah saya bebas GDM untuk pregnancy kali ni... :)

Ehh.. Lupa nak paste resepinya.... Manala tau musim mangga akan dtg ada org request lagi...

Resepi: Mango Casablanca
Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese - kali ini Amie gunakan jenama Anchor
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan)
bekas persegi ukuiran 8" X 8"


Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese / Anchor Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3 biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.




6 comments:

{ Aisy Nasiha } at: May 28, 2014 at 8:18 PM said...

Wah menarik sangat tu.. kalau suami makan berkali kali pasti sangat tu..

{ Kina } at: May 29, 2014 at 12:02 AM said...

Sedap jugak Aisy.. saya yg kurg suka dessert letak mangga pon boleh enjoy... Cubalah Aisy..

{ Ayu } at: May 29, 2014 at 12:19 AM said...

sedap kan Kina, mango casablanca ni..
akak pun sama not into dessert lebih suka makan mango gitu2 aje..
tapi this dessert memang sedap pada akak juga..:)

{ Kina } at: May 29, 2014 at 12:38 AM said...

Betul tu Ayu.. simple & sedap.. senang keje.. hehehe... :)

{ Lydia Miza } at: May 29, 2014 at 6:54 PM said...

Salam.. Menariknya!!!!! Terliur LM tgk

{ Kina } at: May 29, 2014 at 11:34 PM said...

Sila.. LM.. memang tak rugi dicuba... sedap sangat!

Post a Comment