Selepas melahirkan, saya beristirehat di bilik tak sabar menunggu siang.. Berdebar nak tahu perkembangan baby. Harap² nothing serious coz Tiha dulu pun pernah ditahan di NICU untuk pemantauan kerana vacuum juga. Hopefully baby Shumaila pun sama kan...
Once sampai di NICU terus terjah baby gemok! Ohh.. sedang makan Paracetamol dengan lahapnya... Rupanya Dr puasakan baby... Ya Allah.. kesiannya baby Mama kena puasa, patut bukan main sedap Paracetamol (untuk tahan sakit) disedutnya.. Sayu Mama bila tahu baby kesakitan & dipuasakan.
Selepas berbual dengan Dr.. Saya agak cemas bila dapat tahu terdapat benjolan di belakang kepala & terdapat darah di antara kulit kepala & tengkorak baby. Menurut Dr kepala baby membesar & darah di kawasan luka telah merebak ke belakang telinga kerana tidak membeku dengan baik. Bacaan hb nya juga agak rendah. Mereka meminta saya tandatangan kebenaran untuk blood transfusion (yellow component) & sampel darah saya juga diambil untuk memastikan darah yang betul² sepadan. Blood transfusion dilakukan untuk menaikkan kembali hb baby. Vitamin K juga perlu diberi kepada baby selama 3 hari untuk membantu proses pembekuan darah.
Tengah mencari susu Mama... Mujur baby tak menangis, kalau tak, makin sedih Mama dibuatnya... |
Mama tak nak sentuh baby, bimbang dia nangis mintak susu.. Lagipun Mama sedih nak tengok baby lama²... |
Selepas melihat keadaan baby.. Kami balik ke bilik.. bimbang anak² dah terbangun pula. Terutamanya di Misha.. Sampai di bilik...
Oh... dapat kuih raya! Pagi Syawal lah katakan... |
Beraya di UKMSC.. Kesian Kakak²... |
Bersarapan di pagi raya di kedai Mamak aje... |
Walaupun masih belum mampu bergerak, saya meminta Prof Lim discaj aje saya.. Kalau duduk di wad pun bosan juga. Nanti pandai²lah saya gagahkan diri bergerak. Dengan hati yang berat Prof Lim benarkan saya pulang. Tapi memaklumkan saya bahawa saya boleh tinggal di wad hingga malam tanpa dicaj. Once saya dah ok sikit, bolehlah balik. Alhamdulillah... Kebaikan hati Prof Lim mengingatkan saya kepada Prof Seri Suniza yang membuat perkara yang sama ketika saya Caesar dahulu. Saya minta discaj pada hari pertama caesar & Prof Seri benarkan saya stay diwad sehingga petang tanpa caj.
Prof Lim juga sudah melawat baby di NICU. Prof Lim menerangkan keadaan baby & memklumkan blood transfusion sedang dijalankan ke atas baby. Dia meyakinkan saya semuanya Ok.. Jangan bimbang sangat, mungkin Prof Lim dapat melihat betapa gusarnya saya memikirkan keadaan baby di NICU. Mana saya tak risau kerana Dr ada memaklumkan possibility untuk terjadinya allergik reaction or tranfusion tu fail dsbgnya... Hati Ibu.. pastinya tidak tenang selagi belum ada kepastian baby dah benar² sihat kan...
Elok aje Prof Lim beredar... terus saya minta Suami bawa saya ke NICU. Tak sabar saya nak tau keadaan baby selepas blood transfusion...
Elok aje Prof Lim beredar... terus saya minta Suami bawa saya ke NICU. Tak sabar saya nak tau keadaan baby selepas blood transfusion...
Mujur la baby Mama behave aje... tak nangis pun... sabar ye baby.. Cepat sembuh kay.. Mama tak sabar nak tidur & menyusu dengan baby ni.. Really miss U... |
Baby Raya dapat duit raya dari HUKM... |
Walaupun lega kerana proses transfusion nampanya berjaya. Tapi tetap kasihan memikirkan baby yang berlapar... Dalam hati Mama berdoa agar kepala baby tidak lagi membengkak & darah membeku dengan baik. Janganlah duduk lama² dalam NICU baby.. Mama nak bawak balik baby ni...
4 comments:
Alahai..sedih saya baca kisah ni.. banyak dugaan masa melahirkan Shumaila ya.. sian baby ada luka di kepala..mak mana tak bimbang kan? Saya pu jenis mudah mengalirkan air mata kalau pasal anak sakit.
Insya'Allah..
Tuhan tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak termampu untuk umatnya menaggung.
Hanya doa yg mampu K.Sham kirimkan.
Ikhlas.. K.Sham tak pernah ada pengalaman sebegini.
Semoga semuanya baik2 sahaja kelak.
(emo la pulak..)
Betul Aisy.. Masa ni mmg susah hati sgt.. X sangka effect vacuum boleh jd mcm ni.. Kalau tau, baik sy mtk prof lim bedah aje.. :(
Thx Kak Sham.. Mmg masa ni rasa tak sanggup nak tgk baby lama2 tp kuatkan smgt & tawaqal kepadaNya.. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya...
Post a Comment