Nak story sikit pengalaman bertemu Chiropractic 'sempena' Baba sakit pinggang. Ikut cakap Baba, pinggangnya 'meletup' masa mengalih termos nasi di cafe. Start dari tu memang dalam kesakitan & tak boleh langsung nak menunduk or mengangkat barang. Bila 2 hari pun still nampak tak Ok, malahan meletup semula bila Baba cuba angkat Ila... So eloklah cek apakah masalah dengan pinggangnya tu.
Lama dah dengar Chiropractic ni, ala... kalau u all tengok diorang ni terror mengepak orang kat sana-sini.. hehehe... Memang serun bila tengok gambar diorang meletupkan part-part badan kita. So... bolehlah kami cuba...
Sementara menunggu Chiropractic. Kami pergi di cawangan Ampang, make sure memang license Chiropractor then baru buat appointment... |
Lengang aje suasananya walaupun besar kawasan treatment center nya ni. Memang kami aje yang ada hari tu.
Bilik Chiropractor buat pemeriksaan & rawatan.. |
Lepas jawab soalan dari Chiropractor, buat pemeriksaan... Husband didiagnos mengalami 'mild' slipped disc. Jumpa Therapist untuk dialirkan elektrik & tuam di kawasan terbabit & jumpa Chiropractor semula. Lepas Chiropractor kepak (repositon)... siaplah rawatan. So kena RM180 (rawatan susulan RM80 untuk Fisio)... ... Chiropractor ni minta Suami buat treatment dengan mesin DTS diorang (untuk regangkan kawasan tulang belakang) tapi kami cakap biar kami fikir dulu. Kos DTS ni RM100 sekali rawatan & rawatan 8-12x diperlukan..
Actually Saya rasa treatment nya tu tak berbaloi. I mean just consulation, aliran elektrik/demahan & sedikit teknik mengepak di bahagian pinggang... Mmm.. I'm a bit skeptikal la.. Plus cara dia diagnose pun guna sessi soal jawab & sentuh kawasan tu aje. Untuk test teori kami tu, meh kita jumpa Pakar pulak.
Esoknya saya call UKMSC buat appointment dengan Pakar Spine (Dr Shaharudin). Saya nak compare treatment kat Chiropractic tu. As usual untuk consultation kali pertama RM180... ubat semua tu lain le. Elok aje jumpa pakar, benda pertama dia mintak is buat x-tray. So.. kami pegi buat xtray di lab bawah (bukan private wing tapi tak perlu menunggu lama). Sementara Baba pegi xtray.. meh kita layan karenah baby gorilla Mama ni... heheheh...
Kembang kuncup hidung sebab happy dapat biskut..hehehe... |
Haa... tengok.. Bukan main Over! Padahal bukannya makan sangat pun.. |
Tapi bila Kakak cuba menghibur dengan nyanyian & segala bentuk hiburan, dia buat derk aje.. pandang pun tak... hahahha... Kejam betul lah baby gorilla ni kan?? |
Dr bagi pain killer untuk relax kan muscle tu & bagi appointment dengan fisioterapi. After a month datang semula untuk tengok progress. Cuma yang mengejutkan rupanya ada tulang yang bengkok kerana old injury yg Suami tak tahu. Patutle dia selalu komplen selalu lenguh-lenguh pinggang selepas dia jatuh terduduk masa di sekolah rendah dulu. Tapi injury tuh dah cure sendiri pun.
Sementara nak tunggu ubat, meh kita tengok pulak, apa lagi yang dilakukan oleh anak gorilla Mama ni...
Arghh..Arghhhh.... Tak suka. tak suka pakai hood... Pakai topi ke, scarf ke or apa saja yang ada atas kepala, pasti saya cabut! |
Aarrgghh.. Apsal susah sangat kali ni? Selalunya Ila cabut topi sekali hayun je, jatuh tgolek-golekkk... Aarrgghhh!!! |
Mmm... nak buat apa lagi ye.. dah berminit-minit Ila try bukak ni... |
Okaylah.. Ila redha ajelah. (tapi dengan muka tak puas hati laaa..)...heheheh... |
Lepas jumpa Pakar, kami sangat puashati dengan penerangan & cara Dr tu diagnos pesakit. In fact, lepas ambik pain killer tu, kesakitan terus hilang. Pain killer tu ada 7 tapi dr ckp ambil 3 aje (1 biji sehari). Sakit tu bukan takat hilang masa makan pain killer tu je.. means sort of recover terus...
Kiranya kalau dah tak pegi terapi tu pon takpe, tapi rasanya elok juga pergi belajar cara senaman & teknik yang betul nak handle masalah macam ni. Benda ni kan boleh berulang. Fisio di sini pun jauh lebih murah dari Chiropractic centre kat Ampang tu. Pendek kata... Lepas ni memang kami takkan ke Ampang tu lagi dah. Baik jumpa pakar aje terus!
3 comments:
Janganlah panggil saya 'baby gorilla'..
Saya cuma chubby jer..
Ni kalau Cik Sham jumpa.. lunyai kena gomol nihhh..
Kak Sham... Dah jadi tradisi budak-budak ni dapat gelaran animal... hehehe.. Sebab cute & notti macam animal jugak... Kakak-kakak yang suka namakan.. heheheh... Habis phase baby tu, dengan gelaran tu pun hilang lah... :)
Tak baik panggil anak dgn nama binatang..
Nama anak itu adalah doa kita utk mereka..
Orang letak nama anak dgn nama Nur Huda
Cahaya Petunjuk..
Moga anak dpt cahaya Petunjuk..
Mcm tu
Post a Comment