Saya ada mention yang saya beli foot dekat Aliexpress kan... Semuanya 32pcs... Kat bawah ni adalah fungsi seiap tapak-tapak tu. Info ni saya dapat dari FB, Thx ye kepada sesiapa yang share tentang tapak-tapak ni. Setakat ni saya memang suka sangat & puashati dengan set ni.. kualiti pun Ok, nampak macam original. So kalau nak beli tu tengok dulu rating & review seller terbabit Ok. Kalau barang tak sampai or tak puashati dengan barang tu, boleh email aje kat Aliexpress. Aliexpress ni akan hold duu duit kita tu, kalau kita dah terima barang tu, barulah diorang released payment kat seller. So jangan bimbang le barang tak sampai ke apa.
|
32pcs footer for portable sewing machine. Harga saya dapat haritu sekitar RM65 dan ambik masa 2 minggu untuk sampai dari China. Kalau beli dengan online seller (geng-geng FB) biasanya dah mark up le. Saya pernah ternampak peniaga online jual RM80-RM140 (tak termasuk postage). KAlau beli di Aliexpress boleh pilih FREE SHIPPING tapi ambik masa 2-3 minggu untuk sampai. Then tapak ni ada banyak jenis kualiti, so saya prefer beli dekat Aliexpress supaya saya boleh baca review pembeli. Kalau beli kat peniaga online, kita tak tau diorang ambik yang low quality ke apa kan... Coz dekat Aliexpress tu banyak juga yang harganya lagi murah dari ni. Tapi saya pilih yang mana rating tinggi, bilangan buyer yang ramai & review yang baik-baik aje.. hihihi... Kualiti no. 1, harga no. 2... Maklumle barang dari China ni kena careful sikit. |
Cuma satu yang saya nak pesan... Masa dapat tapak ni, memang kami kena belek satu-satu & labelkan sendiri sebab kotak ni dilabel dalam bahasa cina! Masa baca review ada yang komplen pasal ni tapi ada juga yang kata dapat translation. Agaknya nasib-nasiblah tu kot. Untuk gunanya pulak, boleh taip jenis tapak & search di Youtube. Kalau tak pandai guna, mungkin tak dapat hasil yang diharapkan. So elok kita tengok teknik yang betul supaya dapat hasil yang superb... tak gitu?
Meh kita tengok apa tapak-tapak ni boleh buat....
8 comments:
wahhh! banyaknyaaa jenis! saya tau 1-2 je sebab mak saya pun menjahit gak.. hihi.. rupanya ada banyak ekk..
Ya Allah..bestnya.Murah plak tu. Kiranya foot ni mmg compatible ngn mana2 brand mesin jahit ke?
Ya Lia.. ini pun masih ada yang belum saya beli tau. Tapi so far yang ni dah cukup untuk kegunaan saya sekarang.
Ye Miss N.. memang murah... In fact saya tak boleh nak bezakan yang ori dengan yang China. Memang compatible dengan mana-mana jenis mesin portable yang jenis clip on. Kalau mesin industri atau mesin hitam yang lama tu lain sikit tapaknya. Inilah rahsianya saya boleh menjahit dengan kemas walaupun hakikatnya tangan ni keras semacam.. hehhe...
TQ kina... baik sgt...
saya dah beli pun tapak ni n dah dapat...huhu Tq sgt for the info..
memang kalau kat malaysia jual sampai RM98-210.. tak mampu la org mcm sy ni nak beli.. nasib baik jumpa blog ni. trus beli.. maybe dorang pun amek supply dari aliexpress kot.. sb dorang pun kata take time around 1/2 bulan...
TQ SGT2 SB TAK KEDEKUT ILMU,
U're welcome.. Seronok sangat bila dapat tau info saya ni dapat membantu orang lain.. :) ....
Assalam..terima kasih bg info psl tapak2 ni.. saya pun tgh survey & berkira2 nk beli tapi risau plk nk order dgn alixpress tu.. mcmana nk tau harga kita dlm rm & bayaran plk mcmana? Sbb harga yg sy tgk tu dlm us.. bayar mll PayPal ke?
Wsalam... Biasanya saya akan search berapa usd1=rm jadi boleh convert sendiri le... and saya akan tunggu masa duit tinggi sikit so that boleh penjimatan sikit lagi.. :). Saya gunakan credit card, biasanya bank akan caj extra 10sen dari tukaran semasa (forex)... Saya ada dengar aliexpress terkenal dengan alipay.. tapi tak pernah cuba. Bolehlah try survey ye...
Post a Comment