MISSI MENCARI SEAFOODS

Thursday, May 14, 2015
Entri blog saya ni semua entri tertangguh.  Kisah yang dah berbulan-bulan lepas, baru lah masuk ke blog.  Kami ke Kuala Selangor ni dah lama pun, malam ni baru ada kelapangan nak story.  Ini kali kedua kami ke sini dalam missi mencari seafoods.  Masa first time datang, bot belum sampai, so tak banyaklah hasil tangkapan kami hari tu.  Then kami pergi ke dua buah fishery aje, kali ni kami nak try ke Fishery lain pula.  Kali ni kami tuju ke Ah Heng fishery (kami masih belum tahu di mana letaknya tempat nelayan kecil turun).  Di Ah Heng Fishery ni, ada beberapa kedai kecik yang menjual hasil laut.  Haaa... memang best lah memilih... Macam-macam ikan pun ada.  Walaupun saya bukanlah pemakan ikan, tapi daku tetap memborong pelbagai jenis ikan.  Masak untuk Tiha & Baba ajelah... Mama tukang seronok aje tengok diorang makan dengan nikmatnya.  Meh kita tengok apa yang ada dijual di sini...
Banyak ikan bersaiz besar kat sini - kerapu, siakap, pari, tenggiri dll... Teringin juga nak beli tenggiri & pari, tapi bimbang tak muat freezer.  Takde yang bersaiz kecik.. huhu...

Haaa... baru sampai dari bot ni... 

Tengok saiz Tenggirinya tu.. besar kan?
Since dah lama pun kisahnya... saya dah lupa harga-harga ikan kat sini.  Tapi kalau tak salah, harganya masih sama macam first time saya datang hari tu.
Nelayan sedang asingkan hasil tangkapan
Kat sini ada ikan, udang, sotong & ketam.  Tapi masa kami datang ni ketamnya kecik bebeno... Terbantut hasrat saya nak membeli...
So saya belilah Pelaling (yang ni paling banyak sbb saya suka ikan ni), Siakap, Cencaru, Kerapu, Bawal putih & sotong aje.
Inilah jetinya.. di belakang tu aje.. Nelayan akan drop ikan-ikan di sini..

Lepas membeli ikan di Fishery Ah Heng, kami ke Fishery lain yang berdepan dengan Tokong Cina.  Saya memang suka beli udang di sini sebab udangnya nampak segar sangat, harganya pun Ok.  Di Fishery lain saya tengok tak semuanya betul-betul fresh macam kat sini.  Cumanya kat fishery ni memang tak banyak pilihan & cepat habis.

Bila sampai... saya nampak Pak Cik-Pak Cik ni tengah mencedok garam & dicampak ke dalam mesin.  Haa.. mulalah saya nak menyemak & temuramah ni.  Dr kecik lagi memang habit saya suka berjalan sambil perhati sana-sini & akan temuramah orang yang berkaitan sampailah saya puashati.  Cumanya bila berumur ni, kena cover la sikit.  Takde lah keluar soalan-soalan cepu emas macam zaman kanak-kanak dulu... hihihi...
Ehh... diorang tengah buat apa tu ekkk... Laju je saya pergi menjengah...

Nampak pulak diorang sibuk mengangkat bakul-bakul berisi fiber ni & dicampak ke dalam mesin tadi... Fiber apa pulak tu??? Makin musykil ni...

Bila datang dekat.... Laa... Udang Geragau!!!! Terus saya jerittt.. "Pak Cik nak beli boleh????"... Terpinga-pinga & tesengih-sengih pak cik-pak cik tu tengok saya sibuk mengejar bakul geragau tu... 
Manalah saya tak excited... dah terlalu lama saya teringin makan udang geragau.  Tapi tak pernah lagi saya jumpa yang fresh.  MAsa ke Melaka hari tu saya ada ternampak orang menjual geragau ditepi jalan, tapi susah nak simpan sebab tiada coolbox & bimbang busuk sebelum sampai di rumah.  Bila saya nampak ada geragau segar di sini, memang seronok habislah.  Nelayan yang tengah menaikkan udang tu dok tergelak-gelak & cakap.. "Mau makan, kasi ambiklah"... Saya nak bayar pun dia still refused... Dapatlah saya hampir dua kilo geragau segar dari laut FOR FREE!  Cedok dari atas bot lagi tu...hihihi... Suka..suka..sukaa....

Udang geragau dan garam dimasukkan dalam mesin ni, digaul & dijemur... Jadilah BELACAN!  
Masa kecik dulu saya biasa tengok Tok buat belacan.  Tok guna udang yang halus & ditumbuk dengan lesung padi tu.  Rupanya geragau pun dibuat belacan juga ye...  nampak pure belacan kat sini, takde pewarna & bahan campuran.. tapi saya tak jadi nak beli bila teringatkan di kawasan banyak sungguh anjing-anjing liar berkeliaran.  Jadi sedikit khuatir tahap kebersihannya sebab belacan ni perlu dijemur dahulu kan.... (Yang kat kedai tu pun kita tak tahu tahap kesuciannya tak??.. hihi..).  Tapi yang ni betul-betul depan mata boleh nampak anjing-anjing kurap berkeliaran, so memang geli lah...

Kat fishery ni saya beli udang besar & udang kecik(lupa nak ambik gambar gara-gara excited dengan geragau).  Harga udang besar RM35 sekilo & udang kecik putih tu RM13 sekilo.  YAng buat saya frust tu, sotong pun ada!  Keras & segar!  Saya dah terbeli di Ah Heng tadi... sotongnya taklah secantik kat sini.  Next time saya nak serbu fishery ni dulu lah... lepas tu baru ke Ah Heng... hihi..

Dah jenuh membeli seafoods, kami ajak budak-budak minum di kedai Gelas Besar di tepi jalan tadi.
Mama & Baba order coconut shake.. tapi taklah sesedap yang di Klebang Melaka tu... Bolehlah melepas gian...

Mama order Tomyam , saja je sebab teringin nak menghirup something sambil minum.  Tomyamnya pun tak kick mana..

Budak-budak share ABC... Very plain ABCnya... tak macam ABC di Utara nun...

Oder jugak aiskrim goreng... Budak-budak ni tak makan pun.  Last-last Mama yang kenyang!  Coconut shake, aiskrim goreng & tomyam.. semua Mama balun!


Terpaksa lipat kerusi belakang coz nak letak coolbox besar.  Mujurlah Misha tak kisah duduk sorang-sorang kat belakang bertemankan ikan!... 
Kemudian kami ke Pantai Remis pula.  Kat sini katanya banyak juga hasil-hasil lautnya.  Masa ni saya turun sorang-sorang je, susah sikit nak ambik gambar sebab sambil mengusung barang.
Kebetulan pula ada pasar malam di sebelahnya ni.. so meriah lah suasananya.  Tu yang saya malas angkut budak-budak.. Lagipun suami pergi cari parking.

Belangkas hidup... first time saya tengok.  Gambar agak bergegar sbb tahan berat... 

Belangkas ni tengah menggelupur nak melepaskan diri.... 
Di Pantai Remis ni tak kurang banyaknya hasil jualan.  Kat sini peniaga-peniaga kecil melayu yang menjual hasil laut (tapi harganya lebih mahal dari fishery).  Jadi saya ke sini untuk membeli jenis kerang-kerangan... Ada banyak sangat pilihan - kerang pelbagai saiz & jenis, pepahat, remis, siput sedut dll.  Ada juga dijual ikan masin (mungkin lebih bersih dari di fishery kerana buatan kampung) & juga sayur-sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, bunga kantan, daun kesum & lain-lain.  Mana tak jenuh saya memborong!  KAlau ada rezeki, saya share gambar yang proper sikit ye...

Dah siap tu.. kami cari tempat makan... Mula-mula nak try Aroma Ikan Bakar yang famous tu.  Tapi ramai lah pulak orangnya.  Sampailah saya terjumpa tempat ikan bakar ni... Oh.. Inilah tempat makan seafoods yang pernah kami try masa Tiha masih baby dulu!  Lokasinya bersebelahan aje dengan Aroma Ikan Bakar.... KAli ni pun tak banyak gambar sebab perut dah berkeroncong sakan... Walhal dah macam-macam saya balun petang tadi.. budak-budak ni & Baba aje yang belum lunch.

Ni aje gambar yang ada... saya order Sup ayam, butter prawn, sotong celup tepung, kembong masak pedas, pari bakar & ketam cili.  Masakannya okaylah cuma ketam & kembong tu kurang Ummphh... PAri bakarnya pun cuma digaul garam kunyit aje & diberikan cili kicap sebagai pencicah.  Tapi still okaylah kalau sekali sekala nak try...
Oh ye.. kalau tak salah, Medan Selera Ikan Bakar namanya...  Total kami kena malam tu RM98.00.  Saya rasa agak reasonable dengan apa yang kami pilih.  Banyak juga yang kami bungkus cthnya macam ketam tu saya bawak balik & ubahsuai jadi masak lemak cili api digabung dengan pucuk ubi... hihi... Ikan pari tu pula saya gaulkan dengan rencah ikan bakar portugis & masak semula.  Wahhh... Ni sudah kalah kedai seafoods!

Fuuhh... tamat sudah kisah misi mencari seafood kami kali ni...

P/s :  Di area Kuala Selangor ni kebanyakan tempat makan menyediakan surau & tandas yang selesa.  Saya salute mereka dari segi tu.

2 comments:

{ Suhana Mohd.Diah } at: May 18, 2015 at 5:56 PM said...

Wahhhh..syok ya jalan-jalan cari makan...hiihii..tapi jauh pulak dari JB..kalau kat JB kami ke Pontian nak cari fresh seafood

Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

{ Kina } at: May 18, 2015 at 7:29 PM said...

Ok.. no problem!!... :)

Post a Comment