JAPANESE SOUFFLE CAKE

Wednesday, May 27, 2015
Bila banyak hari tak mengadap blog, mulalah rasa malas pun bertandang.  Khamis lepas saya demam, tu yang pendek aje entry Khamis malam Jumaat haritu.  Tu pun larat bangun lepas telan Panadol Actifast dua biji.   Since saya ni spesis jarang demam (setahun sekali pun mungkin tak), jadi badan saya ni memang jarang terima ubat. ( Kalau dulu-duu memang saya tahankan saja demam tu sebab saya memang tak suka makan ubat.. hehehe...) So... setengah jam lepas telan ubat, terus rasa seram sejuk hilang... kepala pun tak berat lagi dah... Alhamdulillah.. Takdelah Mama susah hati larat ke nak mengusung Ila naik turun apartment nak menghantar Kakak-Kakak ke sekolah.  Kalau hari lain boleh lagi mintak Baba ponteng cafe, but Friday memang no no lah... pukul 3 lagi Baba dah ke pasar.  Belum lagi tempahan Nasi Lemak 100 bungkus menanti.  

Kali ni nak share kek kegemaran sekeluarga. Bila ada lebihan  cheese, kek ni pasti lah yang terlintas dalam kepala.  Kali ni kek saya terhangus sikit bahagian atasnya.  Bahannya pun mudah sangat, 5 bahan aje  Tu yang saya suka.  Rasanya pun light sangat... Sekali hadap boleh habis seloyang.  Saya dah pernah letak entry pasal kek ni beserta link untuk cara buatnya.  Kali ni saya share step by step proses pembuatan kek ni since saya dah tak jumpa sumber asalnya.  Bimbang saya pun lupa step ni bila lama tak buat.  Saya copypaste balik bahannya tu..

Ingredients(4 eggs for an18 cm diameter cake)
  • Cream cheese 50 g
  • Milk 50 g
  • Egg 1
  • Sugar 20 g
  • Plain flour 10 g
Ini sukatan untuk 1 biji telur.  Saya buat kali ni 4 biji, jadi gandakan ajelah berdasarkan bahan yang diberi tu ye.  Proses pembuatannya macam kat bawah ni.. :
Masakkan susu, cream cheese & separuh dari gula

Bila semuanya dah sebati, ketepikan dulu (sejukkan)..

Asingkan putih & kuning telur & pukul putih telur sehingga jadi pekat (meringue).  Kiranya tak tertumpah kalau bekas diterbalikkan...

Gaulkan pula kuning telur dengan baki gula hingga pucat

Tambahkan tepung dalam kuning telur dan gula + adunan cheese tadi.  Gaul sebati

Kemudian campurkan pula meringue tadi menggunakan kadah kaup balik (fold) & jangan dikacau kasar-kasar ye..

Saya alaskan dengan baking paper & sedia untuk dibakar

Bakar dengan kaedah bain marie (waterbath) pada suhu 160 (oven saya kena set 180) selama 1 jam atau sehingga masak (kalau buat kecik, masa pembakaran pun sekejap aje)...

Dah siap!  Bolehlah mula dibedah siasat

Waduh..waduhh... Enak banget !  Pasti ku buat lagi dan lagi.... 
Kalau nak rasa cheesecake ni, cubalah buat.  Rasanya hampir sama macam Cheesecake yang dijual kat Aeon tu (lembab-lembab cenggitu keknya).

4 comments:

{ Unknown } at: May 27, 2015 at 5:55 PM said...

Makan senang jer..
Tapi nak bake.. why la so complicated?

{ Kenali diriku.. } at: June 3, 2015 at 6:45 AM said...

Mm..trgin nk buat.tp microwave oven not xblh guna teknik waterbath tu. Sbb xda api bwh...kalo bkr mcm kek bsia@ kkus blh ke?

{ Kina } at: June 3, 2015 at 6:30 PM said...

Kak sham...nak mkn mmg mudah sgt... Tp bila bdn naik.... Nasiblah.. Hehe...

{ Kina } at: June 3, 2015 at 6:34 PM said...

Kalau bakar bimbg kering sbb resepi ni x letak butter. Kalau kukus mungkin ok. Takpon hg letak rak dlm oven tu letak air sikit bwh rak tu... Air tu utk lembabkan ruang dlm oven. Mic oven aku pun x berapa menjadi kalau guna waterbath ni... Setakat bkr benda simple mcm ni ok.lg...

Post a Comment