At first plan nak balik kampung. Then my husband bgtau Stephen & family is coming to Malaysia. As usual... pastilah nak jumpa kan. Best friend dia dari zaman belajar dulu.. Jumpa pun bila Stephen balik ke Malaysia. Malam sebelum tu Baba dah jumpa Stephen and bawak balik ole-ole dari diorang. HHmm.. tiapkali datang, ada aje ole-ole untuk budak-budak ni... segannya asyik menjadi penerima ni. Anak-anak memang seronoklah sebab diorang ni sangat jarang dibelikan toys dll.
|
Semua ni muka tengah cover excited... Tiha dapat loom band set, ieqa n misha dgn coloring set & ila pula dapat musical soft toy. |
|
Wah.. cantik betul bekas warna ni. Mama pun teringin... hehehehe... siap ada thank you card lagi, cantik.. lupa nak snap gambar.. |
Ok.. dah tengok hadiah masing-masing, meh kita ke Spotlight pulak. Walaupun masing-masing dah tak sabar nak try, tp terpaksa lah ikut Mama & Baba dulu.
Plannya nak memborong fabrik di Spotliggt Ampang.. dengar kata tengah offer sakan sekarang ni. Masa nak masuk, ada beberapa staff datang approach, mintak tinggalkan kids dengan diorang. Ohh.. kat sini memang biasa ada aktiviti for the kids on Saturday. Misha pun sibuk nak join, jadi Mama tinggalkan semua orang dengan aktiviti hari tu. Mama & Baba bershopping dengan Ila ajelah.. hehehe..
|
Kat sini banyak juga jual sewing machine. Tapi saya prefer beli dengan Authorised dealer coz senang kalau nak hantar repair & mintak diorang bukak and ajar terus masa beli tu. Kat Spotlight ni tak tau le ada servis macam tu ke tak. Kalau nak beli sewing machine bolehlah survey kat sini ye.. Better dari beli online, kalau ada masalah ke, susah.. |
Ni pula aktiviti anak-anak (before and after shopping).. Aktiviti ni for free ye, brg semua tu pun free.
|
Muka tengah excited.. Misha nampak takut-takut sikit.. heheheh.. |
|
Wahh.. hari ni buat bracelet yerr... Aktiviti kat sini bertukar-tukar saban minggu... |
|
Tekun betul diorang mengadap gelang, cincin & rantai... Masa saya sampai, masing-masing dah siapkan beberapa jenis pun. Tiha lah paling over, dah sarat lengan dengan gelang. Ye la, dia paling besar, emmang laju la dia buat. Misha yang biasanya tak reti duduk diam tu, memang tekun mengadap beads sampai tak toleh sana sini dah. |
|
Budak paling behave & tekun hari tu. Tengah siapkan rantai pulak, nampaknya dah berjaya buat cincin & gelang. Bagus betul staf-staf kat sini melayan budak-budak.. |
|
OK.. dah.. jom balik! Petang ni kita nak jumpa Uncle Stephen & family pulak. Haa.. kad yang diorang pegang tu voucher.. Tiapkali datang, diorang akan cop. Minggu ke 2 dapat RM15, minggu ke5 dapat RM45 voucher shopping kat sini (Wah.. kalau dah 3 anak???..hehhe..). Menarikkan cara diorang tarik pelanggan?? |
Sebelah petangnya lepas Asar kami ke TTDI, tempat Stephen & Inez stay kali ni. Biasanya diorang menyewa service apartment di area Pavilion. Kali ni Stephen kata nak ubah environment sikit. Kami dah plan nak beli makanan di Bazar TTDI yang letaknya betul-betul di tepi kondo diorang stay tu.
Masa sampai... Mak Aii.. meriah sungguh suasana Bazar kat sini. Al maklumlah.. kami ni memang tak ke bazar, jadi environment macam ni bukanlah kebiasaan. Makanannya pun banyak & nampak menarik. Tapi saya beli Murtabak, Lemang, peneram & Sate aje. Bimbang tak habis pun nanti. Dah siap shopping, kami naik ke rumah Stephen. Diorang stay kejap je ni, Monday diorang akan ke Singapore pulak.
|
Cassidy.. Cute & friendly! asal ada orang dekat aje, terus dia hulur tangan.. heheh... Tapi Ila pun boleh tahan tak tau malu tau. Kejap-kejap baring atas Cassidy.. Mama tak ambil gambar sbb dok jaga tepi sofa bimbang Ila terjun.. |
|
Masih malu-malu kucing... |
|
Ila aje yang tak tau malu....Memang jenuh nak kawal dia... Habis semua benda nak dimainnya... |
Sekejap je malu-malu... Bila Tyrone start beramah mesra.. semua orang main sama-sama. Tyrone memang jadi good host hari tu. Ada je benda dia nak ajak budak-budak ni main. Ramah Tyrone ni, jadi cepat aje budak ni berkawan. Saya tanya jugak Tiha dia boleh faham ke apa Tyrone cakap sebab accent Australia nya tu. Tiha cakap Ok.. dia boleh faham. So Tiha je la jadi jurucakap Adik-Adik yang tak berani converse in english lagi tu. Kagum jugak tengok Tryrone yang langsung tak kekok melayan tetamu & pandai je dia nak tarik perhatian budak-budak ni. Sampai makan (lepas bukak puasa) & Ipad pun ajak share sama! Good Boy lah Tyrone ni...
|
Baba & Uncle Stephen tak henti-henti berborak sakan. In fact Stephen dah mintak permission nak ajak Baba meneman dia lepas dia sampai dari Singapore nanti!!... Haaaiii.. baju raya kita bila nak siap ni Bang ooiii.... heheheh... |
So.. itu je lah aktiviti kami Sabtu lepas. Anak-anak memang seronok sakan.. Hari yang happening untuk diorang. Ila pun nampak over sangat. Jenuh Mama nak control dia. Biasanya dia malu jugak dengan strangers but this time, jangankan malu... siap dok buat aksi macam-macam lagi tu!
Semoga friendship kami ni kekal selamanya... Syukur sangat my husband berjaya jejak kawannya ni melalui Facebook. Kalau tak mungkin dia lost contact terus dengan kawan baiknya ni. Thank You so much for being such a good friend to us. Harap-harap friendship ni kekal hingga ke anak-anak kita pulak ye... :)