OUTING LAGI..

Tuesday, June 23, 2015
Ini salah satu lagi aktiviti luar kami time cuti sekolah yang lepas.  The first 1 week kami berlegar di sekitar KL sahaja sebab Baba & Mama tekun menyudahkan projek Sofa cover tu.  Bila dah siap, kami bawak anak-anak berjalan sikit sambil menziarah sepupu & balik kampung.  Lagipun kami menunggu Adik habis paper examnya.  Anaknya si Wafeq (anak angkat Baba.. hehehe)... Dah sibuk bertanya bila Baba nak datang.  

Kami sampai di Kuantan Isnin malam.  Dinner di Tanjung Lumpur.  Saya takde ambik gambar pun.. tgh takde mood.  Makan di kedai Kak Long Ikan Bakar.  Rasanya biasa-biasa aje cuma satu nak pesan, servis kat sini memang slow & memang takde staff yang akan pantau. Walaupun tak ramai customer, boleh tahan kemain lama menunggu.  Inilah last time kami ke sini kot (dah banyak kali kena, tapi asyik terlupa... heheheh)..

Esoknya kami menuju ke Kemaman dengan membawa anak-anak Adik.  Adik masih exam hari ni.. Last day dia.  Kemaman ni kampung husband, tapi Datuk Neneknya dah lama tak ada.  Kebetulan Mak Cik-Mak Ciknya pun tak ada, jadi kami just settlekan sedikit urusan ke sini and bawa budak-budak ni lunch.

Tak tahu pulak kat mana nak bawa, kami ke Kuala Kemaman... So far, saya suka ke Kedai Aziz Satar ni.. KAlau masuk ke Kuala Kemaman (kawasan membeli keropok lekor).. masuk ke sebelah kiri & anda boleh nampak kedainya di sebelah kanan.  InsyaAllah takkan miss kot.  Kedai ni sentiasa sesak.  Tapi ianya menjadi pilihan kerana BANYAK PILIHAN MAKANAN.  Jadi mudah lah untuk memilih.  Saya tak berpeluang nak snap banyak gambar sebab sibuk menguruskan 6 orang budak yang kelaparan!  Ke hulu ke hilir mencari makanan apa yang sesuai untuk diorang.  Sini konsep banyak gerai, jadi kena pilihlah makanan sendiri..

Tengah order air.. Mama dok pusing-pusing cari makanan...

NAsi putih pun ada.  Pilihan lauknya banyak ... Nun kat depan tempat membakar sata, otak-otak segala jenis pais & juga pulut panggang & ketupat.  Ada juga dijual keropok lekor, sate ikan, nasi ayam, air kelapa, air tebu dll lagi.  Pendek kata pilihan memang banyak.  
 Mulanya kami nak bawa anak-anak main pantai aje... Last minute kami nak bawak mereka ke Mini Zoo.  Ke pantai nanti bosan pula si Izz & Wafeq tu kan... Bila baca review tentang Mini Zoo Kemaman ni, memang menarik perhatian kami.
Entrance... Kena parking di seberang jalan... Bahaya sikit nak melintas coz alternative road to Kuala Terengganu...
 Tiket masuk adalah RM10 untuk dewasa & RM5 untuk kanak-kanak.
Kena naik tram untuk masuk.. Yang ni dah termasuk dalam harga tiket...


Suka bukan mainlah diorang dapat naik ni... Masa dalam tram boleh nampak Ostrich & Turkey...

Melawat Akuarium ikan.  

Ni kawasan rusa...

Tapir... (saya rasa tapir ni macam tengah nazak je... terbaring lemah & dihurung tebuan).. Tak sampai hati nak tengok... 

Harimau tengah buat apa tu??? EEwwww... tengah memerut rupanya... Harimau ni yang paling best coz nampak dekat & jelas tak macam di zoo negara...



Tengok gajah pula... Masa ni Ila dah tak boleh mengawal diri.. Bukan main excited lagi dia menegur gajah.  Non stop dia dok jerit-jerit sambil bercerita... 

Ada banyak canopy walk kat sini.. Tapi suasana agak sunyi dah tidak begitu terjaga & nothing much to see.  But okaylah untuk sakat budak-budak ni sambil gegear-gegar bridge tu.. hehehe..

Orang Utan.. Nun jauh di sana... 

Water Slide.. I guess tidak lagi beroperasi... :(

Monyet spesis ni lah yang selalu tumpang tidur atas pokok tepi bilik saya. Dah banyak kali try ambik gambar tapi asyik terlindung balik daun.  Ada sekumpulan kecil yang biasa berkeliaran di sini.  Siamang kalau tak salah namanya.  Ayah pun pernah bela suatu masa dulu.  
 

 Saya perhatikan di kawasan belakang Mini Zoo ni agak tak terjaga.  Haiwan pun nampak tak bermaya, entahlah atas faktor kurang penjagaan, suhu yang panas, tak cukup makan ke or lain-lain.  Pokok-pokok yang ada pun macam tak dapat menyediakan habitat yang sesuai dan menurunkan bahang kepanasan Kemaman yang berdekatan dengan pantai ni.  Kebanyakan haiwan bersaiz besar,hanya terdapat seekor di dalam setiap kandang (mungkin ada yang mati kot??) yang saya rasa boleh menjadikan haiwan-haiwan ni stress.  Saya bukanlah pakar haiwan, tapi kecintaan terhadap alam & haiwan membuatkan saya agak peka dengan benda-benda macam ni.  Tiapkali memandang haiwan, saya seolah-olah dapat membaca haiwan tu ceria ke, sedih ke, sakit ke.. Pastu mulalah rasa sebak sebab mulalah terbayang-bayang muka haiwan tu macam mintak tolong.  Aduhhh... saya memang alah betul dengan benda-benda macam ni.  Sebab tu kalau tengok dokumentari pasal haiwan, saya tanya husband, happy ending or sad ending?  Kalau sad ending, tak nak tengok!!!  Biarlah best macam mana pun... Seriess.. saya memang emo kalau bab-bab binatang ni.

Di sebelah depan pula, nampak kandang-kandangnya bersih dan terjaga elok.  Haiwannya pun nampak sihat.  Harap-harap pihak pengurusan mini zoo tidak terlepas pandang tentang hal ni.  Jangan ada haiwan yang teraniaya kerana kewujudan mini zoo ni.  Sepatutnya Zoo jadi tempat perlindungan haiwan & tempat manusia memahami dunia hidupan liar dengan lebih baik.  Tak gitu??





Overall saya rasa Mini Zoo ni berbaloi untuk dikunjungi kerana saiznya yang kecil (taklah letih sangat nak mengusung anak-anak kan?).  Haiwannya pun agak banyak & harga tiketnya pon Ok.  Selain dari tu anak-anak boleh try canopy walk & menaiki tram for free.  Sayangnya 'waterpark' nya tu sudah tak berfungsi lagi dah.  Kalau tak, lagi meriah.  Cuma saya amat berharap pihak Mini Zoo Kemaman berbuat sesuatu dengan haiwan-haiwan besar yang diletakkan di sebelah belakang yang nampak tak bermaya.  Jika kekangan kewangan yang menjadi punca, cubalah dapatkan sponsor dari pihak korporat untuk menaja haiwan-haiwan terbabit.  Jangan zalimi haiwan pleaseeeee.....  Korang pun ramai-ramailah datang ke Mini Zoo ni ye.. support haiwan-haiwan ni tau.  Kesian diorang tu... :(

Lepas pusing Mini Zoo.. kanak-kanak Ribena memang masih ceria habis.  Takde ciri-ciri penat langsung!  Tapi Mama & Baba yang makin weak.. hehehe... Walaupun takde yang buat hal, semua sporting habis, tapi pemantauan memang kena rapi.  Bimbang lah jugak kalau terlepas sorang dua, hilang masuk kandang rimau ke kan.. heheheh... Ehh.. Mama ni melalut plak.. Nak bagitau, lepas tu kami belanja budak-budak tu minum petang dekat Hai Peng Kemaman yang famous tu.

Hai Peng ni dah macam mercu tanda Kemaman juga.  MIL bagitau dia, Hai Peng ni wujud sejak dia kecik-kecik lagi... Anak pemilik Hai Peng ni classmate dia pun!  Still lagi berjumpa sekali sekala jika ada jemputan ke majlis perkahwinan dll.  Pendek kata Hai Peng ni memang terkenal di kalangan penduduk tempatan dari dulu lagi.  

Muka-muka ceria dapat makan lagi...

Haaa.. tu diaaa.. sekali sampai.. terus sedut!  Dahaga betul nih.  Telur separuh masak kat sini dihidang macam ni.  Pelayan akan bagitau berapa minit untuk siap, kita kena alert sendiri laa... 



Roti bun bakar yang menjadi idaman ku.  Ini aje menu kami kalau ke sini... Bun ni garing di luar & disapu butter & kaya di dalamnya.  Memang marvelous.  Bertambah-tambah order kami hari tu..

Haaa.. kalau nak tau, inilah puncanya roti tak cukup.  Berkali-kali order pun tak kenyang-kenyang lagi.  Sampaikan Tiha yang champion makan roti tu pun dah habis makan.  Semua orang dah bangun nak keluar kedai, dia masih lagi mengadap roti.  Tak tau lah berapa ketul roti budak ni baham.  Sebijik macam Maknya, hantu roti!  Last-last tak habis pun Milo nya tu... Punyalah tak nak share dengan orang.  Sampai Baba buat-buat bodek nak sikit pun dia tak nak bagi...  Wafiq.. wafiq.. 
Tengok tu.. semua orang dah nak bergerak sangat.. dia still macam menunggu sesuatu.  Entah-entah mengharap roti lagi??? (kali ni Mama tak nak tanya dah dia nak roti lagi ke, segan dah nak order lagi.. heheh).  Lagipun dah dekat pukul 6.  Hai Peng ni nak tutup dah pun.  Nantilah Wafiq ajak Ibu datang makan sini ye.. hehheh...
 Dah makan.. kami bawakla diorang pusing-pusing sekitar pantai.  Then masuk ke kawasan perlindungan penyu di Cherating.  Memang dah tutup pun, tapi kami saja tinjau kawasannya.

Di sebelah turtle sanctuary ni ialah Club Med.  Boleh tahan cantik hotel ni... 

Beach di depan Club Med.. memang bersih & privacy sebab tak berhubung dengan hotel or kawasan public.  

Dalam pagar ituah tempat perlindungan penyu tu... 


Tempat penetasan penyu.. (ambik gambar dari celah pagar aje)...



Misha & topinya tu memang sukar dipisahkan.  Boleh kata dia akan pakai topi tiapkali keluar rumah.  Suka betul dia dengan topinya tu... 

Terkial-kial berjalan atas pasir.  Asyik tercicir jauh nun di belakang.  Tapi si Misha ni bukan bother pun kalau kena tingal ke apa.  Dia memang jenis lone ranger & suka main sorang-sorang.  Dari kecik Mama kena observe dia lebih sikit coz bimbang dia terlepas or tercicir.

Inilah persinggahan last kami sebelum bergerak ke Kuantan.  Adik ajak kami dinner di Lila Wadi malam ni.  Jadi bab-bab makan kita story lain kali pula.

P/s :  Kalau ke Kemaman, saya nak warning awal-awal tentang keadaan tandas Masjid Kemaman yang amat menjijikkan tu.  Saya memang dah blacklist Masjid ni.  Paling sedih bila tengok Pejabat Majlis Agama betul-betul berdepan dengan Masjid Kemaman.  Takkanlah takde pun sorang dari Majlis Agama yang perasan tentang keadaan tandas Masjid yang amat kotor tu??  Rasanya tandas Masjid Kemaman adalah antara yang paling kotor pernah saya jumpa.  Pernah sekali tu saya hampir muntah bila tengok diaper bersepah-sepah, najis pun bertepek-tepek di setiap tandas!!! Kalau nak bersolat, saya suggest pergilah ke Masjid Geliga yang nampak lama tapi jauh lebih bersih dari Masjid Kemaman.




0 comments:

Post a Comment