DIY - MEGA PROJECT

Monday, June 8, 2015
Apa yang mega sangat tu?  Bagi mereka-mereka yang expert menjahit, projek yang kami buat ni bukanlah dikira gempak sangat pun.  Tapi untuk kami berdua, memang kembang kuncup habislah tengok hasil kerja kami ni.

Asalnya beli mensin jahit sebab nak menjahit pakaian seisi keluarga aje.  Nampaknya mesin jahit kami telah banyak disalahgunakan! Baju Mama, sehelai pun belum sempat dijahit.  Satu demi satu 'benda' lain yang terjahit.  Cuba kita tengok, apa pula lah yang kami jahit kali ni... hehehe..

 Saya pernah call kedai yang buat upholstery untuk bertanyakan harga.  Sekali dia cakap, at least RM3,000 utk upholstery sofa macam kami ni.  Terkedu jugaklah mendengarnya.  Jadi kami pendamkan ajelah hasrat tu.  Macam tak berbaloi jer... Sama macam harga sofa baru dah.

Bila dah ada mesin jahit sendiri, kami mulalah start membelek blog, youtube dll utk fahami cara upholstery sofa.  Memang rumit prosesnya tapi POSSIBLE. Bila Baba pon turut sama berminat nak repair sofa cabuk kami tu.  Happy sungguh saya.  

The best way nak upsholstery ialah dengan menetas dan trace balik atas kain.  Tapi kami tak nak ambik risiko.  Tetas punya tetas then tetiba rasa susah ke, kusyen & fiber terbarai ke.. Kan naya tu?  Jadi Baba menggunakan skill imaginasinya untuk mengukur dan memotong piece by piece sebelum dijahit Mama. Kiranya kami buat sofa cover ajelah, belum sampai tahap upholstery lagi... hehehe... 

Inilah sofa kami yang dah teruk mengelupas.  Tapi framenya masih Ok

Dah siap! Yang ni mudah aje, kejap pun dah siap.  Kami beli stapler heavy duty yg berharga kurang dari RM30 untuk melekatkan cover ni dan kainnya pula - KAIN LANGSIR RUMAH LAMA KAMI!  Hahaha.... (Jimat kan???).  Benangnya pula saya guna yang tebal (benang jeans) supaya tidak terbarai kalau anak-anak melompat atas tu nanti.  Setkan jahitan yang lebih kasar & jahit dua kali kalau rajin (tindih),,, Saya gunakan jarum mesin yang kepala merah...

Yang ni PALING MENCABAR.  Lama betul masa yang Baba ambil untuk mengukur & memotong.  Saya yang menjahit pun pening coz cover ni mestilah boleh diregangkan kerana Sofa kami ni boleh dilaraskan sebagai Bed.  Lepas bertungkus lumus, siap juga akhirnya,,,,

Yang ni sofa yang paling panjang... Kerja lebih mudah coz prosesnya hampir sama dengan yang kedua tadi
Dalam 5 hari juga kami ambil masa (jika tiada gangguan dan faktor-faktor serta tragedi yang tak sepatutnya, 3 hari boleh siap).  Dalam tempoh kami menyiapkan sofa ni, ada pula tetamu-tetamu datang 3 hari berturut-turut... Haa... kesian diorang sebab ruang tamu tengah berterabur... heheheh...
Dah hampir siap... Cuma tempat letak tangan aje belum beres.  

AKHIRNYAAAA....!!!!  Syukurlah... berjaya jugak kami buat sofa cover ni.  Cuma nampak sedikit kedut/kurang kemas di bahagian depan coz cover ni tidak boleh dipasang ketat kerana boleh dibuka sebagai katil pula.... 

Haaa,,, Inilah rupa sofa tadi bila dibuka dan digabung.  Kalau dibuka, sofa cover ni nampak tegang & kemas berbanding jika dilipat.  Sofa ni bila dibuka jadi King Size Bed, besarkan?   Dibahagian bawah sofa pula ialah ruang penyimpanan - storage box (sofa ditolak ke atas, bahagian hitam tu ialah kotak penyimpanan).  Memang banyak ruang untuk simpan Toto ke, bantal or selimut.  Tu yang kami sayang sofa kami ni.  Biarpun dah cabuk benar, but still functional & practical kan,,,
Macam mana?  Ok tak hasil kerja tangan kami ni?  Boleh kasi bintang tak?... :P.

P/s :  Thank you Baba sebab sporting sangat & suka layan Mama buat benda-benda macam ni...


6 comments:

{ Aisy Nasiha } at: June 8, 2015 at 8:42 AM said...

Saya kasi 5 bintang.. waaa.. kagum betulla fgn bakat fan kesungguhan korang ni.. saya dah lama letak satu sofa lama kat dapur sebagai tempat menunggu anak2 mandi atau tempat buat berehat kalau penat memasak.. sebab dah tak ok fizikalnya.. terfikir nk bg orang buat semula kainnya macam ni.. tp tak sangka Kina dan suami PANDAI BUAT SENDIRI.......tahniah berjaya

Anonymous at: June 8, 2015 at 10:08 PM said...

As Salam Mama,

Baby Gojes bagi 10 bintang Pok Amai-amai!!! ... Kagum yang kedaboom! Good Job!

{ Cik Kumbang } at: November 6, 2015 at 9:45 AM said...

wah kasi 5 bintang ni
DIY yang menjimatkan hehe :)

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY

{ Kina } at: January 9, 2016 at 11:20 PM said...

Haha.. Thx Aisy... Kami pun tak sangka berjaya menyudahkan projek ni. Skrg ni kain sofa ni dah lusuh sakan. Kalau ada kelapangan bolehlah tukar baju baru lagi. Ni saja testing guna kain tak terpakai...

{ Kina } at: January 9, 2016 at 11:21 PM said...

Thx Baby Gojes... Sorry baru balas coz saya baru perasan ada komen² untuk entry ni...

{ Kina } at: January 9, 2016 at 11:21 PM said...

Thx Cik Kumbang. Memang amat menjimatkan. Nanti ada kelapangan saya singgah ye...

Post a Comment