SHOE PENCIL CASE

Tuesday, June 16, 2015
Susah betul le nak beraktiviti malam-malam sekarang ni.  Level of alert si Ila makin menjadi-jadi.  Asal ada bunyi je... terus merangkak cari sumber walaupun dia tengah nyenyak tidur.  Pengsan lah Mama macam ni.  Petang semalam ada kerajinan sikit.  Berjaya juga saya siapkan 5 helai seluar Ila yang perlu ditukar getah.  Dah rimas sangat tengok banyak betul que projek alter men alter.  MAcam never ending aje.

Last night, siapkan pula pencil case untuk Tiha.  Patutnya ini projek masa cuti 2 minggu tu.  Tapi tak sempat.  Nampak ramai yang dah berjaya buat pencil case ni.  Bila Tiha bagitau pencil dia dah pecah, maka Mama ajak Baba buat.  Kat bawah ini hasilnya... Agak banyak part yang saya kurang puashati, next time kami akan perbaiki segala kelemahan tu. 


Inilah sumber asalnya... Ukuran semua refer kat sini.  Cara jahit, main agak-agaklah ye.

Macam kami ni, gunakan pengeras dan satu lagi kain untuk bahagian dalam.  Oh ye... saiz 'kasut' ni agak kecik sebab asalnya ialah coin purse.  So untuk pencil case, eloklah resize dulu (masa buat tu kami tak tahu).  Kami gunakan zip bersaiz 6 inci, tu pun masih ada lebihan sedikit.  

Untuk beginner macam kami ni, saya just maklumkan mula-mula cantun dulu bahagian Zip, kemudian bhagian depan dan diakhiri dengan tapak.  Part tapak amatlah sukar untuk saya yang tak berapa terror ni.  Maybe kami akan adjust pattern ni sikit kot kalau nak buat lagi.  Meh kita tengok hasilnya...

Tadaaaa.... Kain tu guna lebihan baju Tiha.  Dia yang nak sangat kami guna kain ni.  Riben nya pula nampak agak janggal.  Saya prefer kalau gunakan warna putih or pink (something yang plain) tapi kami dah terbuat guna kain yang bahagian dalamnya ni.  


Alhamdulillah... dah siap 2 projek yang dirancang.  Lagi satu projek menyusul.. but that one maybe saya postpone dulu kot.  Untuk Ramadhan ada banyak lagi projek lain menyusul... 

Untuk buat riben, boleh refer blog ni... Selamat mencuba!


2 comments:

{ Shamsiah Abdul Rahman } at: June 17, 2015 at 3:28 AM said...

Aduhaiiii..
Pesal la cute sangat..
- Cik Sham nak order 1 boleh ke?
(ikhlas ni)

{ Kina } at: June 17, 2015 at 11:21 PM said...

Eeerr... Tak berani lagi Kak Sham... Kami masih dalam sessi mengenal hati budi mesin ni lagi. Hasilnya pun tak berapa kemas lagi, tak layak dijual beli lagi Kak Sham... Sorry ekk.. (berani buat untuk diri sendiri aje ni..)...

Post a Comment