OUTDOOR ACTIVITIES

Wednesday, June 17, 2015
Dalam struggling menyiapkan sofa cover tu, Adik-Adik datang melawat.  Hari Sabtu & Ahad, Adik Lelaki di Kulim sekeluarga & hari Isnin malam & Selasa tu pula Adik yang di Kuala Kangsar datang.  Jadi seronoklah budak-budak ni bermain dengan sepupu-sepupu.  Hari Selasa tu kami ajak Adik jalan-jalan kat KL sebab Suaminya sibuk dengan kursus.  Dia cakap Okey je kalau nak lunch western style, so kami ke Imbiss German Cafe, Ampang.  Gambar-gambar kat bawah ni agak over sikit, sebab tengah sessi perangat Adik-Beradik lain dalam WhatApps keluarga.. heheheh...

Sessi menayang menu... heheheh...

Tayang plak air... Kat sini memang pakai gelas besar...

Tiha & Baba share jawbreaker hotdog

Saya ambik beef... (ala-ala stew)... Lazat!!  Saya sangkakan small portion sebab harganya RM17.  Bila sampai... Terkedu daku... (dah plan nak cilok steak Adik... tu yang takut tak habis).  Zahra pula order Pasta.. 

Aksi Adik yang nak 'perangat' husband dia yang tengah kursus pulak... heheheh... Oh ye.. Kami order jugak makanan utk Misha & Ieqa... Tiap-tiapkali datang asyik itu aje yang diorder diorang ni..
 Tak disangka-sangka, kami tak berjaya habiskan makanan tu!!  Jadi tapau lah jawabnya (habis dimakan malam tu juga... heheheh).  Saya terkejut jugak, biasanya setakat order banyak tu, selamba je kitaorang anak beranak pulun.  Agaknya still full dengan breakfast Nasi Lemak Sambal Udang Mama masak pagi tadi kot.. :P

Dah makan dengan kenyangnya.. kami ke Tasik Titiwangsa pula.  Mula-mula kami ke Tasik Perdana.. nampak ramai sangat.. jadi kami ke sini pulak.  Masa pusing-pusing.. nampak bot ni... Wahhh.. best ni.  Rate ialah RM10 untuk dewasa & RM5 untk kanak-kanak atas 5 tahun.  Adik belanja... Bestnya!.. hehehe.. Makaceh Kiah..
Bot ni Suami pandu sendiri (sebelum tu ada staf dah bawak Suami test memandu)... Staf kat sini kata lebih privacy macam ni (I Like!).  Staf tu juga cakap suasana malam lebih menarik & boleh request untuk BBQ/steamboat jua atas ni.  Dorang akan provide dapur.. Haa... Menarik untuk dicuba tu.  

Happy betoi hang ye Kiah...

Mujur Mama ada bawak bekal Kuih kaswi dengan cucur labu Mama buat breakfast tadi... Ada jugak bahan kudapan dalam bot.  Nampak sipi-sipi aje plastik bekal kami.. hehehe..

Baba tengah merempit... Ehh.. Ada baby rempit sekali kat atas riba... hehehe...


Ni sessi test drive Baba dengan staf kat sini masa awal-awal tu...
 Tak dan habis pun masa yang diberi, kami dah habis round tasik (tak sure setgh jam or sejam).  Bot tuh teramat slow... mula lah kebosanan.. hehehehe... Lagipun kami ke sini sebab nak naik basikal!  Tu yang semua tak sabar-sabar nak cari Basikal pulak.
Moh kita... Sessi berbasikal... Saya bawak Ieqa, Baba bawak Misha & Ila.  


Baba kena kepit dengan 2 budak kecik...


Meriah kan suasana Tasik Titiwangsa ni...
Kami diberi sejam RM10... Untuk round keseluruhan tasik selama 2x memang lepas sangat.  Pendek kata... sampai pancit-pancit jugakla nak habiskan sejam tu... Maklumlah semuanya ada spare tayar extra.. hehehe... Apapun memang seronok sangat dapat buat aktiviti macam ni.  Till next time!..




0 comments:

Post a Comment