2 minggu yang amat havoc! Biasanya cuti sekolah, masa kami sekeluarga bersantai. Tapi cuti kali ni... Memang betul-betul sesak nafas dibuatnya. Banyak betul agenda dan aktiviti nak kena buat. Sekelip mata aje 2 minggu tu habis!! Frust jugak sebab ada beberapa projek yang dirancang tak sempat kami siapkan. Jarang sangat kami tak berjaya siapkan apa-apa projek yang dirancang. Tapi kali ni kami kena akur dengan keadaan. Keluarga makin besar, ada baby yang masih lagi perlu perhatian pulak tu. So... buat setakat mana yang mampu ajelah.
Apapun kami bersyukur sangat sebab berjaya siapkan sofa cover & make over Masterbedroom! Tiba-tiba rasa macam bilik yang baru diubahsuai pulak!.. hahahah.. Luas & lapang rasanya. Tak sia-sia kami berkejar ke Chow Kit pagi tadi membeli barangan & sampai di rumah aje, bertungkus lumus memunggah keseluruhan bilik, Bila siap.... Fuhhh!!! Hilang semua penat lelah kami tu. Happy sangat. So walaupun ada projek lain yang tergendala, sekurang-kurangnya kami berpuashati dengan 2 projek kami ni. Projek-projek lain tu slowly lah kami buat satu-satu. Penat ooo struggling nak buat everything from the scratch ni... Cuma bila memikirkan penjimatan & kepuasannya tu, hilanglah perasaan penat lelah & seriknya tu.
Bila Baba & Mama bz... Anak-anak kena kreatif sikit nak habiskan masa lapang. Walaupun sepanjang cuti ni kami masih ada aktiviti outdoor (ini antara sebab byk projek tergendala... huhuu...)... Time indoor, pandai-pandailah korang ye... Tab/smartphone/laptop dll tu Mama & Baba jarang bagi guna. Saja nak bagi diorang spend masa sama-sama. Bukan selalu semua orang boleh berkumpul macam ni. Mehh kita tengok apa aktiviti diorang ni...
|
Masa Adik dari Kulim datang, dia ada tinggalkan benda alah ni (dari pacakaging barang). Tiha request nak buat Playhouse. Dia mintak permission nak guna kertas warna, glue dll. Mama & Baba benarkan... Tup-tup... dia siapkan playhouse ni. Cantik kan? KAgum jugak tengok hasil kerja dia ni. Memang idea dia sepenuhnya... Bila Mama tengok & nampak cantik, Mama bagi handphone suruh dia snap untuk simpanan. Tengok betapa detailnya playhouse nya ni.. siap ada lampu tergantung... hehehehe... |
|
Tadi tu keratan dalam rumah.. Ini pula rupa depan rumahnya. Siap ada balkoni. Good Job Tiha! Jarang Mama nak puji anak-anak tau. |
Yang Adik-Adik pula, asyik bergaduh & buat sepah. Memang itulah aktiviti bersama diorang ni... Ggrrr.. Bikin Baba & Mama panas aje! Haa.. kat bawah ni aksi si Pari-pari Jadian.. hehehe.. Masa ke MR DIY mencari barang, Mama bagi permission pilih barang. Pandai ye korang, Sorang nak kepak, sorang cari crown & sorang cari wand! Habis tu... takkanlah Mama nak beli serba satu?? Last-last... kena beli 3 barang untuk semua orang! Takpelah... jarang sangat Mama spend duit beli barang mcm ni kat anak-anak. Plus Mama kagum jugak bila tengok korang boleh terfikir nak buat macam tu... hahahhah...
|
Ada banyak gambar Pari-Pari Jadian or perasan ni Mama snap. Tapi tak masuk plak dalam blogger ni... Arrgghh.. malaslah nak set kat Google+... Guna gambar ni ajelah. Kalau nak tau, Harga wing tu RM4.90/pcs, crown RM3.00 +- kot, wand (bunga sebenarnya tu) RM1.80 utk 2 pcs. Misha ni satu hal la... dok bising.. "Bila Misha nak boleh fly ni??..". Kejap-kejap datang tanya Baba & Mama soalan tu. Letihla nak bagitau, memang takdenya korang boleh fly setakat pakai kepak MR DIY tu... hheheheh... |
Tanggungjawab paling utama Tiha bila Mama & Baba bz, pastinya jaga si Adik ni. Sebenarnya tugas ketiaga-tiga orang. Tapi Tiha lah yang paling reliable & dibenarkan mendukung Ila. Yang lain... No..no... eeekkk... Cuma boleh tolong lapor je. Mama tak nak ambik risk bagi diorang angkat-angkat Ila.
|
Untung Ila, ada 3 orang Kakak & berebut-rebut nak main dengan dia tiapmasa. Harap-harap bila dah besar, Ila pun sayang Kakak-kakak macam tu jugak. Memang diorang pantau Ila ni macam menatag minyak yang penuh... Tu yang Mama & Baba kesian bila tengok diorang terkurung kat rumah aje... Ajaklah jugak diorang keluar bua outdoor activities sikit walaupun tengah bz sangat. |
|
Ni gambar Baba hantar kat Mama - Ila & Kakak-kakak pegi shopping dengan Baba. Biasanya kalau Mama sibuk sangat, Baba akan bawa budak-budak ni ikut sekali ke mana-mana. Antaranya bila ada stok barang urgent nak pakai habis or takde. Kalau Baba yang pegi beli cepat sikit.. Kalau Mama yang keluar.. haa.. alamatnya... So untuk jimat masa, Baba keluar dengan anak-anak, Mama siapkan tugasan kat rumah. Baba ni memang tak sampai hati nak tinggal anak-anak dia. Nak pegi gunting rambut pun diusungnya budak-budak ni... Anak-anak kami ni kalau diajak keluar memang behave, dari yang besar sampailah baby coz diorang takut Mama & Baba tak bagi ikut or tak nak ajak diorang keluar berjalan kalau buat perangai. So memang jarang terjadi kejadian meminta barangan, merungut lapar dsbgnya bila diajak keluar... Semua ikut je tanpa banyak soal.. hehehe... |
Itu ajelah antara aktiviti indoor kami sepanjang 2 minggu ni. Banyak jugak gambar-gambar aktiviti outdoor.. yang tu saya share kemudian ye... Nite..
0 comments:
Post a Comment