PUCANG YANG NOTTI

Sunday, December 3, 2017
Khamis malam kami brtolak balik ke Jengka.  Kalau balik kampung, pucang nan sekor ni memang jadi perhatian lah.  Tapi sepanjang malam langsung tak nampak batang hidungnya.  Esok pagi-pagi, Mama dgn Baba tengah tergolek2 kemalasan.. dia muncul dengan penuh manjanyaa... Baba dah terjun katil, tak sanggup kena jilat telinga.  Tu memang salah satu habit dia, suka sangat sondol lubang telinga dan jilat-jilat.  Dah tu sibuk datang tergolek-golek kat tepi..


Satu lagi habit dia.. suka gigit-gigit jari.  Kalau nampak jari, mesti nak menggigit.  Gaya gigitan pucang ni memang sekadar gurauan, tapi kadangkala menyakitkan sbb taring dia tu kan tajam.  Bila dia terlebih over, alamatlah.. 
 Dah jenuh tergolek-golek.. dia ke tepi katil pulak
 Tup-tup tertido dah... Agaknya ngantuk sangat tadi tapi nak kena berteman dan diusap..
Masa ni nampak dia macam takleh nak tido nyenyak.. tegolek sana sini...
 Tiba-tiba dia datang dan sondol-sondol tangan & sambung tido... Bila saya alih tangan, dia datang semula... Bila saya baring jauh sikit, dia datang tido berlingkar atas leher.  Ehh.. makin mengada-ngada pucang ni.  Memang lama jugaklah sessi menempel ni terjadi.. heheheh..

 Kita saksikan puas-puas aksi pucang manja tak boleh tido ni puas-puas.  Cute sangat kan???



 Ni pulak sessi makan buah salak.  Saya ada rakam cara nak kopek buah salak sbb anak-anak slalu mengadu sakit tangan bila kupas buah tu.  Kat jengka memang banyak stok buah salak sebab ramai jiran-jiran yang tanam.  Taipkali balik, ada aje stok buah ni.  Lepas kupas, si musang notti ni pun muncul.  Agaknya trbau buah, terjaga la dia ari tido..


 Pucang ni suka makan buah-buah.  Biasanya pisang lah paling senang dia nak makan.  Dia jugak suka makan serangga, lipan, lipas dan ayam.  Ayam ni jarang sangat we all bagi, dia pon prefer buah dan insects.  Kat bawah ni aksi pucang sebelah malam pulak.  Bangun tido aje dia akan datang menyemak dekat orang ramai-ramai tngah melepak.  Memang attention seeker habis...
Tengok tu.. tiba-tiba je datang tergolek-golekigit-gigit orang... kacau daun betul

Ni gaya dia kalau tak dilayan.. dia akan tergolek dan termenung sorang-sorang dengan penuh gaya sadis.. huhuhu...

Dapat jari.. mula la menggigit

Semua orang dia nak kacau... 
 Dan bila tak dilayan.... 😃😃😃
Sekianlah kisah pucang kesayangan kami... Btw, pucang ni jantan.  Maka tipislah untuk dia tinggalkan warisan lain... 😩


0 comments:

Post a Comment