Bunga Kobis Goreng

Monday, October 22, 2012
Malam ni ingat nak buat entry banyak sikit.  Tapi dok ralit baca news paper la, belek² update kawan² dkt FB, blog walking etc... tup... tupp.. dah pukul 1 lebih.  Dulu² saya mmg kaki berjaga, tp skrg ni weekdays saya cuba control jugak.  Banyak tugasan menunggu seawal pagi lagi... ingatkan dah tak bekerja dgn org ni boleh ngelat sikit, tapi lagi susah rupanya.. hehehe.. Responsibility, memang tak boleh dielak kan.  Tapi saya happy aje dgn apa yg dikurniakan sekarang.  Saya boleh arrange everything ikut kesesuaian masa, kerajinan & juga budget (ni merangkumi aktiviti masak², berjalan² & makan² le.. activities that i like most.. hehehe.. )

Kali ni saya nak tambah entry dgn masakan simple ni pula.  Pernah makan bunga kobis dicelup tepung tak?  Setahu saya orang India biasa goreng cauliflower ala-ala macam ni.  Kebetulan dalam peti rumah pun byk lagi baki cauliflower (suami beli sayur kat pasar, semua saiz besar gedabak).  Memang jenuh nak memakannya.  Kalau digoreng , boleh buat ratah-ratah kan?

Resepi ni guna taktik shortcut aje. Saya dapat idea ni pun melalui blog kak ida masa blog walking lama dulu.  Kak Ida bgtau boleh guna tepung maruku utk jadi tepung pencelup / penyadur utk gorengan.  Saya gunakan Tepung Maruku Baba's & adjust sikit dgn serbuk kari, garam & lada sulah utk kasi umpph sikit.  Hasilnya memang sedap sbb tepung ni cukup rangup.  Nak buatnya pun senang, tambah air aje sampai mendapat kepekatan yg kita nak.  Kalau nak saduran tebal, pekatkan sikit bancuhan, kalau nak sebaliknya, lebihkan air aje.  Lepas ni bolehlah saya mencelup segala stok makanan yg ada dlm rumah ni.. heeeee.. 

0 comments:

Post a Comment