Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa semua!!! Dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa, barulah saya berkesempatan masukkan N3 utk blog saya ni. Biasanya sepanjang puasa saya takde lah masak special sangat. Setakat 1 jenis kuih & satu jenis makanan berat seperti nasi, mee, roti... je. Time puasa memanglah semuanya teringin, tapi bila berbuka, sepinggan nasi pun belum tentu boleh habis.
Puasa pertama hari tu saya tak memasak. Suami ajak ke tapak Bazar rakannya di Jalan Telawi Bangsar. Kawannya dapat 5 tapak & kami bercadang ambil 1 daripadanya. Jadi hari tu saya ambil kesempatan berjalan di Bazar Ramadhan Jalan Telawi sambil membeli makanan. Saya beli rojak ala Penang (cucur², udang, sotong, telur yg dicelup tepung & digoreng) & berkuah kacang. Beli tepung Pelita Inn, kuih keria, karipap (ni permintaan anak²) & murtabak. Biasalah kalau beli ni, tak semuanya menepati citarasa. Rojak & tepung pelita je saya puas hati. In fact tepung pelita tu superb bagi saya sbb saya dah lama tak makan tepung pelita yg sedap begini. Kuih² & murtabak tu mmg jadi penghias meja sbb rasanya kureennggg gitu..
Okla.. berbalik pada cempedak goreng ni. Saya guna bancuhan sama macam N3 keledek goreng sblm ni..
2 cawan tepung beras (saya suka cap gajah - tak kisah lah yg 1 or 5 ekor ke..)
1-2 cawan air (bergantung kepada kepekatan dikehendaki)
1/2sk garam
1 sb air kapur (jika pekat, letak 1/2 sudu je)
Bancuhkan semuanya sambil tuang air sikit demi sedikit, berhenti jika nampak bancuhan sudah cair. Kalau terlajak air, tambah 1 @ 2 sudu tepung beras & tambah air sedikit jika terlalu pekat. Saya prefer tepung tu menyaluti tebal buah kerana saya kurg suka buahnya. Time menggoreng, saya akan titiskan lagi tepung di atas gorengan buah, tapi tidaklah terlalu padat, sekadar memenuhi ruang yg kosong. Jika buahnya dah habis, saya akan goreng keraknya sahaja utk diratah. Caranya titiskan tepung tu di dalam minyak panas. Seeloknya titisan halus/panjang utk hasilkan kerak yg cantik.
Gunakan minyak yg banyak utk menggoreng & minyak haruslah betul² panas utk hasilkan kerak yg kembang & rangup. Titiskan sedikit tepung dlm minyak panas, jika tepung terus kembang & timbul, minyak sudah cukup panas. Goreng hingga warna tepung menjadi kuning/gelap supaya tepung betul² rangup. Sebaiknya pisahkan setiap biji cempedak supaya hasil gorengan rangup & masak sama rata.
Saya goreng hingga gelap (plus kualiti kamera yg kureeng bila malam). Saya goreng 1/3 biji cempedak je, bakinya saya bekukan & guna semula bila teringin nak makan. |
Tapi kalau terkurang kapur lain pula ceritanya, kerak akan jadi keras. Biasanya saya lihat pada warna bancuhan. Jika bancuhan bertukar warna sedikit kekuningan & berbuih halus, ok la tu. Kadangkala saya titiskan dulu dlm minyak panas, jika tak kembang cantik, tambahkan lagi sedikit kapur.
Apapun cubalah dulu. Biasanya beginilah lebih kurang sukatan yg saya guna. Hasilnya tidak menghampakan. Cempedak goreng yg tak habis, simpankan sahaja dalam peti. Panaskan dalam oven toaster or grillkan dalam microwave or gorengkan semula (tapi akan oily sedikit). Keraknya akan rangup kembali.
0 comments:
Post a Comment