Monkey See, Monkey Do...

Tuesday, July 26, 2011
Last time saya ada mention yg kami sekeluarga mmg suka ikut jalan lama time travel.  Baru² ni seperti biasa kami mengumpul kulit² roti & roti² yg expired utk disedekahkan kepada kera² hutan sepanjang jalan nanti.  Tiha & Ieqa la yg paling excited sekali. Melalui jalan ini kami akan tembus ke Genting Sempah & sambung perjalanan melalui Janda Baik pula.  Pendek kata mmg tak melalui highway karak la..

Sebenarnya suatu ketika dulu saya pernah sertai ekspedisi ke sini, saya betul² lupa apa nama tempatnya.  Yg pastinya di kawasan Gombak & melalui muzium org asli & perkampungan mereka.  Time ekspedisi tu biasalah, tugas saya ialah memasak.  Kira² 40-50 org peserta yg sentiasa menunggu juadah terhidang.  Penat ooo.. 5.00 pagi dah bangun prepare apa yg patut.  Mlm dah pukul 12.00 baru settle tugasan.  Nasib baik saya ada assistant yg sasa.. Mr. Topoy (mana ko skrg daaa??).. kalau tugasan mengacau² nasi goreng ke, mmglah saya serahkan kat dia.  Mau patah tangan nak menggaul, in fact setakat patah senduk tu biasalah.. maklumla, time ekpedisi, we all kena kreatif menggunakan apa yg ada & memasak ikut bahan yg ada.  Kalau tak, tahan lapar laaa...

Sayangnya tiada sekeping pun gambar time tu yg saya ambil ... sekarang mula lah menyesal.  Kebetulan lak ekspedisi kali ni saya tak ikut apa² aktiviti sbb kaki saya terkehel/terseliuh (tak pasti).  Inilah akibat lompat dr almari rumah yg tinggi tu .. hehehe.. dahla lagi sebulan saya nak daki Kinabalu.. so saya betul² jaga kaki saya time tu, bimbang saya tak lepas nak ke Kinabalu nanti.  Bayangkanla, nak panjat busut tinggi 2 meter pon nak meleleh air mata tahan sakit, nak naik ke khemah pon  terkial² pegang bahu kawan.

Tapi tu semua cerita lama.  Sekarang ni saya dah lama pencen ekpedisi.  Kalau jalan² pun dgn family je..  tapi slowly saya akan didik anak² utk sayangkan nature & wild life. So far anak² mmg enjoy jika di bawa ke tempat² macam ni.. moga² mereka menjadi generasi yg memelihara alam ciptaan Allah ini.

Ada pula seekor monyet dlm kawanan kera...


Monkey See, Monkey Do!!!


Oh ye.. saya mmg pastikan tingkap tidak di buka besar utk elakkan kera² ni menyerang kami.  Walaupun nampak kera² ni tak agresif, tapi sebenarnya mereka ni unpredictable.  Tambah² dalam keadaan mereka yg desperate nak kan makanan.  Bimbang juga kera² ni menggigit or sebagainya.  Tak rugi kalau hati² rite.. :)

0 comments:

Post a Comment