I-City

Thursday, July 28, 2011
Meriah tengok gambar kawan² di FB pergi I-City.  Nampak macam best je.. bolehla saya ajak anak² jalan² ke sana.  Saya pergi a few months ago, tapi baru sekarang terasa nak upload gambar.  On the way pergi mmg cadang nak isi perut penuh² sebelum masuk dalam tu.  Tapi perjalanan yg singkat jadi teramat jauh kerana sesat. Jadi we all tukar plan, try je la makan kat dalam sana walaupun hati agak keberatan.  Ye la from past experience, makanan kat tempat² tumpuan ramai ni mahal & paling tak best, lousy yg teramat.  Tapi kalau tak cuba, tak tahu kan...

Dalam perjalanan ke I-city anak² makin excited tgk pokok² yg bewarna-warni menghiasi sepanjang jalan.  Saya pun agak jakun juga la.  Sampai ke entrance, bayar RM10 perparking (RM5 weekdays).  Saya dtg Jumaat, dah masuk rate RM10.. tapi bagi saya rate tu oklah, agak reasonable.

Dah masuk, we all pusing² cari tempat makan.  Yg saya nampak hanya 2 restoran melayu & kami kurg berminat dgn menu & harganya.  Ada 1 restoran Arab yg saya juga tak pasti apa yg dijual kerana takde menu & harga (mmm.. ).. yg lain² bukan kedai muslim.  Mmg menghampakan.. malah.. kesemua kedai lengang seperti diserang garuda.  Frankly saya amat was² dengan harga & kualiti makanan yg ditawarkan bila tgk sambutan yg teramat dingin ni..

Kemudian kami berpatah balik, beli je la corn in cup, sosej, keropok.. etc.  Harga bebola RM2 secucuk,, sosej pula RM4, keropok yg nipis tu 3 kpg RM1.  Alahai.... sangatlah berpatutan..  Saya beli corn in cup & waffle di Nelson (rasa selamat sikit sbb ada nama kan).  Tapi kecewa juga. Jagung lembik, berair & teramat berminyak. Kunyah waffle pon sama , lembik dan berminyak²... Last² saya pergi KK, beli roti & air utk anak².  Kesimpulannya KK the only kedai yg menjual pada harga reasonable & option terbaik utk beli munchy² kat sini. Nasib baik anak² jenis sporting kalau berjalan, perut lapar ke, mengantuk ke, semua letak tepi.  Jadi saya tak bimbang sangat diorg meragam ke apa.

Dekat area Snow World - saya tak masuk pon!!!. Saya usha keadaan dlm snow world dr luar & melalui gambar² yg dipamer, amatlah menyedihkan.  Instead of snow, kita berjalan atas ais batu plus dihidangkan dengan lagu cina yg amat kuat.  Agaknya snow world version china kot.. hehehe.. 

Possing je la anak² ku, Mama tak nak spend duit up to RM75 masuk dlm ni. Harga tu tak penting, tapi apa yg ditawar biarla berpatutan kan...  

RM8 per ride.. kasi can Ieqa & tiha naik horse.  Yg bestnya Mama dpt join sekaki..hehehe



Anak² mmg akan enjoy la sbb bewarna warni & berlampu².. itu pun tujuan kita bawak diorgkan.. utk diorg happy..



Tiha excited betul dgn pokok ni, siap request ambikkan gambar.  Biasanya dia tak bother sgt, Mama kena panggil kalau nak bergambar.  Agaknya ala² fantasy land dia.. 

Sedang berfantasi lagi...




Inilah sebahagian gambar² yg diabadikan kat I-City.  Overalll mmg sesuai utk bawa kanak², kurang sesuai utk ibu bapa...sbbnya.. penat!!!.. hehehehe.. Kawasan ni juga bukan stoller friendly, byk tempat takleh reach by stroller. Jenuh bergegar² Laieqa sbb strollernya terpaksa ikut jalan berkerikil. Saya nampak masih banyak kerja² pengubahsuaian sedang berjalan.  Maybe keadaan akan improve lagi di masa akan datang.  Just satu advice saya.. jalan² je kat kawasan free tu.  Rugi je masuk kat mana² tempat berbayar, memang nampak tangkap muat habis & saya sendiri byk overheard penjual tiket yg tipu pelawat.  Banyak info yg tidak betul dari diorg sbb nak kejar komisyen tiket tu.  Jadi JANGAN TERPEDAYA!!! 

0 comments:

Post a Comment