Saya tak familiar sangat dengan area Shah Alam ni. Kalau ada hal kat area² sana, baru la ambik kesempatan melencong sana-sini-sinun..
Pusing² area PKNS, nampak tasik.... haa.. menarik gak kalau menyinggah ni. Saya suka sangat tempat² yg bersih & tenang macam ni. "Jomlah bang, kita singgah jap!!".. "Orraittt..!!!", jawapan klise my hubby. Pantang diajak, orrait aje jawapnya. Tengah dok cari parking, ternampak plak AKUARIUM besar terpampang kat situ. Uiisshh.. besarnya AKUARIUM ni... nak kena masuk ni.
|
Haaa.. ni la Akuarium tu, rupanya tempat jual segala mak nenek barang² dari akuarium, penapis, aksesori, makanan & pelbagai spesis ikan. Kalah koleksi ikan Zoo Negara. |
|
Haa.. kalau jatuh, ada can kena ngap! Besau sungguh ikan dalam tangki diorang ni... mmg ralit tengok, pelbagai spesis ada tau. Ni salah satu je. |
|
Arowana.. betul kan? Saya agak² je.. sorry la saya tak boleh nak recall coz ni gambar 3 tahun lepas.. hehehe |
|
Antara spesis ikan pelik |
|
Budak yg pelik melihat banyak ikan pelik |
|
Ikan favourite saya.. hehehe.. siap pakai mekap tu. Mulut terjuih ala Angelina Jolie dgn lipstik merah ang-ang complete dgn blusher.. kena dtg ni kalau nak tengok. |
Ni le antara gambau² yg saya ambik.. ada byk lagi, tapi letihla nak upload. Kalau nak tau apa lagi ikan yg ada dtg je kat sini. Senang sgt nak cari tenpat ni, pusing je sekitar Tasik Shah Alam depan PKNS tu.. cari signboard AKUARIUM. Parking le dekat² situ.
Dah jenuh tengok ikan, saya terus ajak Baba & Tiha ke tasik. Bestnyaa!!!! Biasa la.. tiap kali nampak tempat macam ni, saya akan bawak spare makanan, kalau takde dlm plan, saya singgah beli makanan kat mana². Sambil jalan² & bersantai bolehla mengunyah. Jangan lupa beg plastik plak, in case susah nak jumpa tong sampah, boleh carry sampah sarap yg terhasil nanti ke sana sini.
|
Lalu tepi Shah Alam Water Theme Park, takde org sgt dlm tu maybe sbb hari bekerja. Nampak macam best juga tempat ni. Sapa² yg suka water theme park bolehla dtg. Saya tak berminat sgt sbb si Tiha ni susah nak diajak naik rides. Rugi je beli tiket.. |
|
Playground kat Tasik Shah Alam |
|
Jejaka mana la dating bawak anak ni.. |
Pendek kata best la Tasik ni. Saya boleh puji la tahap kebersihan tasik & yg paling saya suka, tempat melepas hajatnya pon bersih. Seronok kan sekali sekala dapat hirup udara segar kat tempat cantik macam ni. Nak datang lagi!!!
0 comments:
Post a Comment