Hehehe.. nak rasa gelihati sebenarnya tengok hasil masakan saya kali ni. Resepi² macam ni boleh dapat kat sini je tau... Resepi tak senonoh terkini dari saya kali ni ialah Apple Pie. Senang aje nak buat apple pie, tambah² jika dihasilkan dengan cara begini... hehehe..
|
Saya gunakan pastry ni sebagai kulitnya (kalau rajin boleh buat sendiri). |
|
Kupaskan 4 biji epal (saya guna granny smith).. |
|
Epal tu saya belah 4, buang biji dan hiris. Ni saya tengah gaulkan dengan 1 sudu kecil garam dan 1/2 biji air perahan lemon |
|
Kemudian saya gaulkan dengan 6 sudu besar gula dan serbuk cinnamon (kayu manis). Tapikan saya cadangkan tambah gula tu jadikan 10 sudu besar coz apple pie saya ni agak masam (maklumle apple kat pasaraya kita ni masam²). Oh ye, tambahkan juga 2 sudu besar tepung gandum (supaya inti pie ni tak berair sangat). |
|
Inilah part yg tak senonohnya.. hehehe.. bila saya keluarkan kulit pastri tadi, takde loyang pie saya yg muat. Since teringin gak nak makan apple pie, saya letakkan kulit pastri tadi atas pinggan (tanpa dibuang plastik bhgn bawah) dan saya letakkan semua epal yg digaul rata tadi. Kemudian saya ambil lagi sekeping kulit pastri dan tutupkan bahagian atas. |
Selepas ditutup, saya kelimkan bahagian tepinya & terbalikkan pinggan ni tadi di dalam loyang yg disapu butter & buang plastik di kulit pastry tu. Bahagian atas pie ni perlu ditoreh² dengan pisau utk keluarkan haba semasa proses pembakaran nanti tau..
|
Ini Apple Pie yg masak, nampak tak lelehan intinya tu.. hhmm.. sedappp!!!!!! Saya preheat oven pada suhu 200c dan bakar selama 40 minit. |
Sebelum ni saya suka beli apple pie kat McDonald, sekarang ni lepas tau buat sendiri & tau mudahnya nak buat pie ni, sorrylah.. tak pandang apple pie yg beli lagi.. hehehe. Takpelah biarpun hasilnya kurang senonoh sikit pun.. hehehehe..
Saya refer a few video cara² nak buat apple pie ni. Tapi sukatannya sesedap rasa saya je (saya tak suka pastry yg terlalu manis). Saya ingatkan nak paste kan link tu kat sini tapi malangnya dah takde dalam simpanan saya. Soorryyy....
0 comments:
Post a Comment