Roti Sardin Celup Telur

Friday, January 6, 2012
Resepi malas terkini dari saya.. Roti sardin yg dicelup telur dan dimasak atas pan... hehehe..

Nak try buat juga ke?  Hehehe.. rasa malas pulak nak tulis.. (ngengada betul la... tak habis² dgn malas)...

Inti sardin tu saya gunakan lebihan lauk sardin yang dimasak malam sebelumnya.  Kalau nak gunakan sardin mentah dari tin, hancurkan sardin & digaul bersama bwg besar serta cili yg dipotong halus kemudian diperah sedikit limau.

Rotinya pula saya potong dua, sapukan sardin dah tutupkan (boleh juga dilipat).  Celupkan roti berinti sardin tu ke dalam telur yg dipukul & masak di atas pan.  Saya suka gunakan butter / marjerin semasa memasak supaya ada rasa lemak² masin.  Teknik ini tidak sesuai utk deep fry, nanti habis berminyak roti ni.  Kalau nak deep fry, guna teknik roti gulung/sardine roll ni.

2 comments:

{ a t t } at: January 8, 2012 at 5:04 PM said...

resepi malas2 nih la yg paling sedap!!!haha.




-do visit our blogshop at http://attpunyabeg.blogspot.com

{ Kina } at: January 8, 2012 at 10:41 PM said...

betul tu.. tambah² kalau tgh lapar sangat.. hehehe

Post a Comment