Assalamualaikum...
Terkejut saya tadi, tengok² punya ramai kawan² yg wish Birthday dkt FB (dah 34 tahun umurku???).. Bukannya apa, saya tak expect sangat dpt wish yg banyak since saya tak begitu aktif di FB utk sekian lama. Saya masuk once in a while & sekejap² aje, jadi just baca any update dari kawan² sekurang²nya tahu perkembangan diorg.
Mostly jika kawan² yg memerlukan pertolongan & dilanda kesusahan. Cthnya seorang kawan saya yg didiagnos menghidap Leukimia (Blood Cancer).. Betul² simpati dengan nasib dia. Semoga Jue cepat sembuh & saya amat berharap diberi kelapangan untuk lebih kerap dapat lawat dia.
Tiada yang istimewa dengan sambutan Birthday saya kali ni, memandangkan kebelakangan ni banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan. Saya pun semakin sarat dan bimbang urusan² penting ni tak beres sebelum saya due. Jenuh la suami, mana nak jaga cafe, anak & berkejar sana-sini. Lagipun memang dari dulu saya yg akan handle semua urusan kewangan, admin & sebagainya. Biasanya suami memang serahkan 100% tugas tu kepada saya & jadi driver jika saya perlu berurusan di mana².
Ini kali ke 3 saya ke Putrajaya menguruskan Biometrik pekerja. Pertama sekali pada November lalu, namun permohonan ditolak kerana pekerja melebihi had umur. Kemudian saya kembali ke Putrajaya pada 28/12 yang lepas. Punyalah ramai orang yg beratur untuk mengambil angka giliran, jadi sayapun turut beratur berganti² dengan suami. Keadaan menjadi semakin 'panas' bila menjelang tengahari (orang mula hilang kesabaran dan keletihan). Di depan dewan sentiasa kedengaran tempikan, sorakan & terjadi rempuhan seolah² ada rusuhan.
Saya sendiri hampir jatuh dan dipijak orang ramai ketika sudah sampai giliran. Syukur, 2 orang lelaki (Bangla & Melayu) dan seorang perempuan memangku badan saya kerana sudah tidak boleh mengimbangkan badan kerana teruk diasak dan dihimpit. Saya hampir beralah kerana tidak mahu membahayakan kandungan, namun, untuk keluar dari ratusan orang yang sedang kemarahan dan terdesak macam tu, memanglah mustahil. Alhamdulillah.. atas bantuan beberapa orang di sekitar, saya berjaya sampai ke kaunter. Terkejut besar pegawai imegresen melihatkan keadaan saya yg mengandung 6 bulan dihimpit & ditolak. Sebaik diberi no., beliau terus bertempik supaya memberi saya laluan keluar. Syukur, saya diberi laluan..
Bayangkanlah.. saya mula beratur jam 8.00 pagi dan hanya diberi giliran pada jam 1.30 tgh. Memang mengejutkan kerana proses mengambil angka giliran mengambil masa yg panjang kerana mereka akan menyemak dokumen & tujuan kedatangan terlebih dahulu & hanya 1 kaunter disediakan untuk urusan ini. Patutlah lama sangat!!! Dahlah satu Malaysia yg datang ke sini & melibatkan jutaan pendaftaran.. memang menyakitkan hati melihat cara kerja yang tidak sistematik begini.
Setelah dapat angka giliran, barulah saya boleh duduk dan menunggu no dipanggil. Sekurang²nya tak perlu lagi saya berdiri dan berasak². Melihatkan pergerakan giliran yg amat perlahan, saya cuba keluar utk makan & mengambil angin. Mujurlah lepas..
Akhirnya pada jam 8.15malam, barulah sampai giliran saya. Alangkah kecewanya saya.. sebaik sampai.. pegawai hanya memaklumkan tunggu email dari kami dalam tempoh 7 hari bekerja dari sekarang utk dapatkan login id, edit dan datang kembali!!! Ya Allah.. Apa ni? Kalau awal² tadi terus cakap macam tu, tak perlulah saya anak beranak tunggu sampai malam. At least bagi aje no. awal² tadi or maklumkan sebaik sahaja borang yg lengkap diisi tadi disemak.
Sampai sekarang saya tak faham apa motifnya mereka menyusahkan orang ramai beratur dalam tempoh yg lama sebegitu. Biasanya bila kita berurusan di mana² kaunter, terus sahaja ambil angka giliran dan urusan penyemakan dokumen dan sebagainya dilakukan kemudian. Sekurang²nya orang ramai tidak perlu beratur, dan bebas ke mana² sementara mengunggu giliran masing². Tidak mustahil orang ramai mengamuk kerana semua orang keletihan, lapar dan dahaga kerana perlu beratur lama dan sentiasa berjaga² kerana keadaan yang tidak terkawal menyebabkan akan ada org yg cuba memotong barisan.
Paling menyakitkan hati, sebaik sampai giliran, diminta kembali datang!!! Bayangkan mereka yang datangnya dari Kelantan, dahla penat travel jauh, kena beratur seharian, kemudian nak kena dtg lagi!!! Sistem apa ni? Kebanyakan yang beratur dah berkali² dtg atas alasan yang pelbagai.
Ini baru cerita kes pada 28/12, nanti saya sambung lagi bagi kes 06/01 pula. Yang mana membuatkan kami berkampung di Putrajaya dari Jam 10.00 malam dan hanya selesai selepas jam 6.15 pagi!!! Kemudiannya disuruh datang kembali pada 24/02 ini utk interview & submit dokumen pula!!!
Yeeyy!!! Saya sambut Birthday di Pejabat Imegresen Putrajaya dengan baring² di atas tikar bersama anak² & suami beratur untuk ambil angka giliran sepanjang malam!!!!!
0 comments:
Post a Comment