Dah lama tahu kewujudan restoran berputar di atas Menara KL ni. Yg specialnya, restoran ni membuat 1 pusingan lengkap dalam tempoh satu jam disajikan pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Pemandangan di atas ni memang menakjubkan (restoran ni terletak di atas menara peninjau KL Tower tu). Pengunjung dihiburkan dengan piano & nyanyian live sambil menjamu selera. Frankly the food really amazing. The staff also very helpful and friendly. For me, this is the best dining experienced so far. Thanks a lot to my dear hubby for this lovely dinner.
|
Menunggu Lif ke Restoran |
|
Singgah kejap kat Menara Tinjau KL Tower, public dah mulai beredar coz 9.30 KL Tower dah ditutup. |
|
Fruits..fruits & more fruits.. refused nak makan benda lain. Paling tension, asyik makan rambutan & langsat. Kalau camni baik balik kg je!!! |
|
Sorang lagi, tak nak stop makan fruits.. (sighh..) |
|
Really love the prawns, the beef, the salad... just can't stop eating them... |
|
Tiha dah let go fruits dia bila nampak prawns. She ate more than 10 prawns & 3 prawns sushi.. |
|
Since kedudukan sentiasa berputar, ni kali kedua table kami melepasi kawasan buffet |
|
The performer & the piano.. we don't really concentrate on the music.. foods..foods and more food.. plus the incredible environment. 2 hours tu rasa macam tak cukup je.. :( |
|
The four of us.. oooppss.. 5 of us.. malangnya baby takleh nak enjoy lagi.. setakat tumpang rasa makanan Mama aje!!! |
|
Washroom pun cantik, toilet bowl semua digital.. siap boleh blow air utk dry tu.. hehehe.. Tiha so excited nak keringkan xxx dia.. hehehe |
For those yang suka explore tempat makan² yg menarik or nak kasi surprise during Anniversary, Birthday..etc.. this place is recommended. Actually we all tak letak high expectation kat buffet ni, just nak rasa pengalaman makan di tempat tinggi sambil menikmati pemandangan bandaraya KL di waktu malam. Luckily makanan yang disajikan kena dengan selera saya. Antara makanan yg saya try ...
APPETIZER - Fruits (watermelon, grapes, langsat, rambutan, etc), rojak buah, potato salad, fruits salad, murtabak, popiah, dumpling..
MAIN DISH (more to meratah aje) - Butter prawn, US Beef Rib (but garlic sauce tu tak ummphh sangat), beef (tak sure masak apa, tapi sedap sangat), penne ala creme/cheese, rattatouile style vege, sushi (eel, prawn, salmon), etc
DESSERT - Pengat durian + pulut, all kinds of cakes & tartlets (walnut, coffee, pandan...).. etc.
Until now saya paling menyesal sebab tak rasa sushi kat sini (dah balik baru my husband mention sushi kat sini sedap sangat). Patutla si Tiha asyik ajak ambil sushi aje. Masa ambilkan tu tak terasa teringin plak (nampak sebiji² mcm sushi Jusco aje..) so saya expect rasanya mesti sama je kan. Paling tak best, dah balik baru rasa tak puas makan (ye la, mana boleh nak telan sekaligus tambah² ruang perut jadi limited sbb kena hempap dengan baby...hehehe).
Lagipun we all memang tak suka ambil banyak² nak put aside makanan yang tak habis. Usually saya akan try ambil 2 slices each dulu ke, kalau sedap baru ambil lagi. Daripada longgok banyak² then tak habis.. kan membazir. Sebab tu tiapkali pegi buffet saya akan ulang alik ambil makanan, dah habis baru naik tambah.
Untuk dinner and sightseeing experience ni we all spend RM396.00 nett. Inipun mujur Tiha & Ieqa tak kena caj. Utk kid aje diorang caj RM138nett. Tapi satu yang paling kelakar.. Rate ni hanya untuk MAKANAN aje tau!!! Nak minuman kena order asing (watermelon juice aje dah RM23++).. so we decided layan air kosong (provided) aje la. Rasa tak worth it plan nak spend some more utk drinks. Lagipun budak² ni kalau jumpa air sedap, tak reti nak berhenti minum!!!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment