Phobia nak ke Imegresen... Part II

Tuesday, January 10, 2012
Tak habis lagi saya mengomel fasal imegresen ni ye.  Bukannya apa, dalam zaman canggih & teknologi serba maju ni, kita still nak kena go through benda² macam ni?? Entahlah.. pelik saya.

Selepas kejadian 28/12, saya dah buat pakatan dengan suami.  Nanti suami yang akan beratur sampai dapat angka giliran.  Saya tidak berani ambil risiko lagi, tambahan kandungan saya semakin sarat dan mengalami sedikit masalah, jadi Gyno dah pesan jangan terlalu lasak dan banyak bergerak.  Jadi menunggulah kami login id yg diperkatakan itu.. lagi 7 hari bekerja tak sampai juga emailnya.. kena la call semula (saya yakin takkan dapat pun email tu).

Esoknya 29/01 saya ke KDN Jalan Duta pula untuk urusan pendaftaran pembantu rumah.  Memang tebal form yg kena diisi dan banyak lampiran yang perlu disertakan.  Tapi saya tak kisah, isi mengisi borang ni memang saya biasa sangat.  Sebelum ke KDN, kena ke LHDN untuk matikan setem dulu.  Dah siap, terus ke KDN.

Kat KDN Jalan Duta, masuk aje terus dapat angka giliran (haaa.. inilah gunanya mesin no. giliran tu, tanya apa urusan, picit aje dan bagi nombor).  Takdelah nak proses seorang sampai 15 minit sebelum bagi no.  Kalau sepuluh orang q, dah lebih sejam.. kalau ratus²? Ribu² orang??? 

Walaupun saya orang ke 5 dalam list tapi agak lama juga menunggu.  Tapi no hal lah.. bukan kena beratur kan.  Tengok ajelah bila turn kita.  Dah dapat giliran.. mak aii.. serba tak kena.. semua lampiran yg tak diminta, diminta pula.  Takpe.. cakap aje apa yang korang nak!!! Saya bawak satu folder penuh dengan segala dokumen yang berkaitan dengan hidup kami sekeluarga... hehehe.. (saya dah jangka pun diorang akan minta benda yang takde dalam list yg diberi tu).

Alhamdulillah.. 4x turun naik tangga pergi fotostat itu ini, buat surat akuan bersumpah.. etc.. last² borang diterima dan kena bayar RM100 since visa pekerja saya tu tamat 01/01/12 ni.  KDN renew sampai 27/01/12.  Lagi 20 hari saya kena buat panggilan untuk pastikan kelulusan permohonan tu.  OK!!! Fair enough.  Datang pagi, tengahari dah beres.  Tak perlu datang berkali²..

Jumaat 06/01/12, hari yang dinanti².. sekejap² saya cek email... hari dah hampir petang, sayapun call NERS maklumkan email masih belum diterima.. (biasalah kena menunggu turn).. dia cakap lagi sejam kalau tak dapat email, call balik.  Sebaik aje email sampai saya dan suami bertungkus lumus meng'edit' data² yang diperlukan. Berjam² mencuba akhirnya berhasil (asyik error aje).  Lepas maghrib terus keluar utk dinner, photostat dokumen.. bla² dan terus bergerak ke Putrajaya (katanya Imegresen beroperasi 24jam).

Sampai sekitar jam 10.00, suami mula beratur.  Katanya orang tidak seramai 28/12 dan hanya ada 1 barisan jadi kuranglah berebut kat depan nanti.  Anak² dah tertidur dlm kereta.  Tapi sejam kemudian saya bawa mereka keluar (temperature kereta mulai panas).  Dengan berbekalkan tikar, saya mencari port sesuai untuk kami duduk² dan tidurkan kanak² riang dua orang ni.  Mujurlah anak² memang jenis tak buat hal kalau di bawa ke mana², tengah tidur pon boleh bangun dengan senang.  Port yang saya ambil tu memang berangin & agak privacy.  Seronok betul diorang berlari ke sana sini.  Langsung tak nak tidur.. kejap berlari ke Babanya, kejap main pula..

Dah jam 4pagi  lebih, dua² beradik masih sibuk bermain.  Tiha dah semakin layu, tapi masih sibuk melukis, yg saya tensionnya si Ieqa, langsung tak nak lepak atas tikar.  Sibuk berlari sana sini.  Sayapun tak boleh nak tidur sebab bimbang dia berkeliaran ke mana².  Suami maklumkan sekarang ni dia dah dapat duduk, beratur mengikut urutan kerusi pula.  Seorang bergerak ke dewan, yang lain akan bangun dan bergerak ke kerusi sebelah.  Diapun dah mula mengantuk.

Saya pun tawarkan diri utk ambik giliran.  Kalau tak berebut, okaylah.  Cumanya tak boleh tinggalkan kerusi sebab kedudukan sentiasa berubah², nanti ada orang ambil tempat pula.  Suami bawa anak² ke tingkat 1 -port tadi semakin sejuk & ramai orang baring di sekitar.  Kini saya pula yang ambil giliran.  Suami dah boleh tidur lena sebab dua² kanak² riang tu pun dah pengsan.. heheh.  Dekat 5.00 pagi baru nak rasa letih.  Saya juga yang jadi zombie sepanjang malam... hehehe..

Walaupun boleh duduk, tapi selang 5-10 minit kena bangun bergerak ke kerusi sebelah.  Aduhai.. slow betul pergerakan barisan.  Saya agak menjelang subuh baru boleh dapat no. dan seterusnya kena menunggu giliran untuk temuduga dan submit borang.  Jam 6.15, saya berjaya tiba di kaunter.  Terkejut saya apabila melihat ke  dalam dewan.. keadaan lengang sama sekali.  Tiada pegawai yang bertugas pun.  Hanya kaunter no. giliran yang dibuka!!!!! Jadi sebaik dokumen disemak (semak aje tau, nak submit kat org lain pula), saya diberi no. dan diminta datang semula 24/02 nanti!!!

Alahaiii... kalau saya tahu, takdelah saya beratur bagai nak rak malam ni.  Katanya proses pemutihan dilakukan 24jam.. tertipu rupanya!!! Saya ingatkan boleh selesailah pendaftaran biometrik kali ni.. Tak taulah apa nak dikata.  Tak fasal² saya sambut birthday atas tikar di pejabat Imegresen Putrajaya!!!!!! 

0 comments:

Post a Comment