Pantai Timur Trip

Thursday, November 29, 2012
Perjalanan kami kali ini bermula pada Isnin (19 Nov, 2012) lalu.  Sebelum gerak ke Kuantan, singgah Jusco nak tengok seat booster untuk Tiha & Ieqa.  Si Tiha ni kalau tido, memang nampak tak selesa & patah tengkuk.  Tu ingat nak carikan seat booster.. tapi lepas dibelek, takde yang berkenan.  Jadi continue je lah, nak tido nanti pandai-pandailah adjust.  

Mula-mula nak cari hotel di sekitar TUDM Bukit Ibam, tapi adik gelak sakan.  Dia cakap nak sewa rumah orang asli bolehlah.  Bukit Ibam tu memang kawasan hutan terpencil, jangan harap le nak berhotel-hotelan.  Nanti si suami buat keje, isteri & anak-anak nak melangut kat mana lak?  Aiseh.. last-last, jom kita tido kat rumah tukang gelak.  Ambik ko, 2 hari we all menumpang.  Ada gak plan nak ambik hotel kat Kuantan, tapi dah adik sendiri ada sana, layan ajelah rumah dia.  Tiha & Ieqa boleh main dgn sepupu diorang, aman Mama (amanlah sangat.. last² jadi tukang buat assignment dia.. cehhh).  

Nasib baik le kami menumpang sini sebab jadual suami untuk hari Selasa & Rabu memang full.  Banyak pulak masalahnya, rosak plan nak berpiknik semua.  Takpe.. ada 3 days lagi untuk layan pantai.. hehehe..

So Selasa malam tu, suami sampai aje dari TUDM Bukit Ibam jam 12 lebih, dia ajak we all pusing-pusing sekitar Kuantan.  Tak disangka, up to 2.00 a.m. Telok Cempedak masih meriah dengan orang ramai, banyak tempat makan dibuka, 24hours lagi tu.  Ramai jugak yang bercanda di pantai.  Wahh.. kami pon ambik kesempatan menyemak jugaklah.. hehehe..

Si Misha ni dah tido tadi, tapi bila dibawak berjalan, layan aje dia.  Terus tersengih-sengih & segar bugar.  

Bagus sangatlah tu, melantak burger malam-malam.. kalau tak dinner lagi takpe gak.  Tadi Tiha dah bedal sepinggan nasi. Nampak MCD nak burger plak.  Mama & Baba nak umpan Ieqa makan, dia pula yg lebey..
 Keluar dari Teluk Cempedak kami pusing-pusing lagi.. tengok ajelah lampu-lampu sekitar bandar.  Dah kol 2 lebih pun, apa lagi nak buat.  Lepas stesen bas nampak pula kawasan sungai/park yang masih terang ni.  Jom singgah..
Kawasan ni jadi port memancing.. tapi oklah sebab cerah & cantik kawasannya 

Haa.. nampak pulak pokok berlampu, laju je tala ke sana

Suka la kanak-kanak Ribena ni.. asal berlampu je, kira best la untuk diorang.. bukan susah sgt nak impress budak² ni.. hehehe
 Esok pagi² lagi laling ai ke TUDM Kuantan pulak.  Menjelang tengahari, dia call bagitau jom kita ke Gong Kedak.  If possible malam ni jugak dia nak siapkan keje dia.. pastu, acara bebas untuk seisi keluarga.. Yabedabedu!!!!  Yang kesian tu suami dah target nak layan lunch, tapi saya & adik tak masak pun, perabis stok breafast je.. hehehe.. Kesian dekat adik busy dgn assignment jadi saya tolong dia. Breakfast tadi dia dah masak pasta Aglio Olio, nasi goreng & kuih kaswi.  Jadi my laling & Tiha (budak kaki makan ni memang cenggini) layan pasta, Ieqa layan kaswi aje.  Baby? Layan air liur je la ye.. Mama suap apa pun tak mau.  Kalau hungry, jangan complaint eekk..

Perjalanan ke sempadan Kelantan agak rushing, just singgah kejap kat kawasan Jerteh beli keropok lekor & munchy-munchy untuk bagi budak-budak ni alas perut.  Nasib baikle semua jenis tak buat ragam.  Kalau lapar pun, semua buat bodoh aje.. janji boleh makan angin.. hehehe..  Sepanjang jalan hujan lebatla pula, jadi takdelah boleh laju-laju.  Nak enjoy pemandangan pun takleh sebab memang takde apa yang menarik pun kalau ikut jalan shortcut ni.  If ikut jalan biasa, start dari Dungun syok je menjamu mata dengan pemandangan pantai.  Takpe.. sabau sikit.. lagipun ngikut org buat keje kan.. kasi le keje siap dulu.  Pastu enjoy!!

Sampai kat area Kuala Besut dal 8.00 lebih.. Melilau cari Tok Bali then Tok Aman Bali Resort.  Saya tak booking awal-awal tempat ni sebab nak cek dulu ok ke tak, lagipun tarikh perjalanan pun tak menentu.  Tapi once nampak dari jauh, nak melompat-lompat riang aje rasanya.  Cantikknyaaa!!! Dari jauh boleh nampak cahaya lampu di sekiling Resort yang seakan terapung di atas air.  Sungguh terpesona & jakunlah tengok keanggunan resort ni.  Walau apapon, saya nak jugak dok kat sini malam ni!!.. heheheh..

Saya berlari ke lobby untuk check in (dalam hati tak henti-henti puji lobby dia cantik & ada class, tapi malu le nak ambik gambar, lagipun tengah rushing).  Sekali tanya.. RM358.00 la pulak.. dalam Agoda RM222 (before tax) aje.. so lari amek netbook, booking kat Agoda, kena RM258.00.  Saya suruh suami campak je kami anak beranak kat tempat lepak-lepak luar lobby sementara nak tunggu Agoda hantar Voucher pengesahan.  Suami pulak, terus berkejar ke Gong Kedak..

Dah settle semua urusan, staff tolong angkat barang & hantar ke bilik... sekali langkah masuk.. lawaa daaa!! Dengan price yg we all dapat, berbaloi-baloi.  Malangnya dah malam baru check in, jadi gambar pun suram-suram aje.  Saya pakai camera phone je pun..

Budak kecik ni nak terkam Mama kat dalam toilet.. dinding bilik air ni cermin, disediakan blind kalau tak nak kena skodeng.. hehehe.. Ieqa & Tiha berendam dalam bath tab sambil layan cartoon (punyala excited sebab boleh layan tv sambil main air)

Silap plak saya turunkan blind separuh, kalau tak boleh nampak bilik air





Besar tau bilik ni, facilities pun lengkap.  Breakfast pun untuk 3 orang.  Balkoni besar siap  dengan coffee table etc.. Kat balkoni tu ada cermin besar kat tepi.  Time keluar saya terkejut ingatkan bertembung dgn org sebelah.. rupanya body ku sendiri.. aauuww.. patutlah nampak seksi.. hehehe

Pemandangan luar bilik di sebelah pagi... nyaman sungguh!!!



Ada pelantar untuk naik bot/sampan

Makanan yang disedia...

Makanan okla.. eatable.. standard hotel..


Dah sudah makan.. layan swimming pool pula.  Sebenarnya saya yang paling excited sebab swimming poolnya cukup besar.  Jangan tak tau saya ni boleh beranang, tapi berpeluang berenang bila ada vacation macam ni aje.  Tu yang over kalau nampak swimming pool.  


Mama & Baba boleh berenang, anak-anak.. penakut sungguh!!
Cantik tau kawasan swimming pool ni.  Siap ada slide lagi.. Alaa.. takde gambar nak tunjuk.  Si Tiha takut nak terjun kat slide tu, rugikan.?  Sebab tu saya malas nak bawak dorang ni kat theme park, buat membazir aje sebab semua bendalah diorang ni takut.  

Haa.. adapun nampak slidenya.. yg sebelah kiri ni.. gelap sikit gambar ni sbb tgh panas terik

 Habis berendam dah dekat 12.00!!!.  Nak bersiap dengan anak-anak ni memangle ambik masa.  Saya check out dah 12.15.  Nasib baikla jenis tak banyak soal.  Sebenarnya we all plan nak stay one more night since tempat ni best sangat.  Malangnya dah fully booked.. sob..sob.. dengan berat hati, terpaksa la melangkah keluar dari bilik tu.  Babai bilik.. nanti I datang lagi tau... tunggu ye.

Dah check out, we all lepak jap area lobby nak tumpang wifi cari resort lain pulak.  Keje suami dah siap semalam, jadi bolehlah nak buat apa pun.. hehehehe..

Saya campak aje dia kat kerusi ni.. tau dah matanya menunggu masa je nak pejam ni


Alahai.. penat aje usung kasut, tapi nak pakai pun takdan.. hehhee


Haa.. kan dah pengsan... budak ni senang aje.  Dah ngantuk or tired sangat, pandai le dia membuta sendiri

Aiiikk.. budak besar gajah ni pun membuta.. buat macam bilik sendiri nampak?  Malu laaa.. nasib baik tak kena halau dari lobby.. hehehe..
 Dah try online tak de jumpa resort pengganti dicampur dengan line yang slow.. jadi we all meronda kejap sebelum keluar terus.  Tapi frust jugak tak jumpa Mini Animal Zoo seperti ditulis di pamplet dalam bilik.. agaknya sedang diselenggara kot..
Ni salah satu restoran (thai Cuisine) kat sini

Kemudahan Spa.. 

Pelantar untuk berkayak, bot.. nak sewa basikal pun boleh...


Oklah.. panas terik plak.  Jalan takat yang mampu aje.  Lepas ni kami nak travel turun ke arah Kuala Terengganu pula mencari resort menarik untuk tumpang bermalam.  Kalau nak tau, esok kami kena naik ke arah Kota Bharu semula sebabnya kami teringin balik KL ikut jalan Gua Musang & Kuala Lipis tu.. hehehe.. Ni baru betul berjalan kan??

2 comments:

Anonymous at: December 29, 2012 at 7:49 AM said...

salam..tumpang tanya...boleh x tlg tanykan adik kt bukit ibam mudah tak nk dptkan rumah sewa. adik sy nk posting kt tudm bukit ibam. nnti respon kt email sy ye nurhisham@kktmkuantan.edu.my 10q

{ Kina } at: December 29, 2012 at 1:00 PM said...

salam.. ok.. nanti saya email..

Post a Comment