Sebelum saya update pasal aktiviti jalan² terkini, baik update dulu fasal Fraser's Hill yg dah berbulan we all pergi ni. Kalau orang-orang yang suka nature macam kami ni for sure akan enjoy datang sini. Kalau suka shopping, mahaplah ye.. ini bukan tempatnya.. hehehe..
Saya plan nak ke sini dah lama & saja nak suprisekan suami. Dia suka sangat dengan tempat sejuk, nak bawak jalan-jalan main snow tak mampu, kita main titisan air kat tempat sejuk je lah ye. Pagi-pagi lagi saya dah arahkan dia naik highway ke arah utara & keluar di Tanjung Malim & kemudiannya ke Kuala Kubu Baru. Saya saja pilih jalan ni sebab ni antara tempat yang saya tak pernah sampai & ada empangan yang cantik kat sini tau.
Dulu masa bercamping di Ulu Yam saya pernah lalu empangan ni, terkagum la jugak. Masa tu tumpang kereta orang, seganla nak request singgah. Tapi kali ni saya ajak suami & anak-anak jadi bolehlah tengok dam puas-puas. Sayangnya sesampainya kami di dam ni, airnya dah kering, memang tak secantik dulu. Memang nampak ketara air empangan ini semakin menyusut. Keindahannya turut susut sekali.. sob..sob..
Jadi tak berminat nak lepak-lepak depan dam. Anak-anak pun nampak tak berminat, pakat turun tumpang toilet aje. Jadi kami teruskan perjalanan ke Fraser's Hill dengan perut kosong. Ikut plan saya nak ajak diorang breakfast dekat gap sementara nak tunggu turn naik ke Fraser's Hill. Sepanjang journey jalan agak bengkang bengkok sikit. Muka dua-dua budak ni pon dah pucat semacam, last² muntah!!! UUwwaaa... tak pernah diorang muntah time journey. Maybe sebab perut kosong & tak expect akan melalui perjalanan yang bengkang-bengkok macam ni kot.
Kebetulan dah dekat gap, jadi singgah surau bersihkan budak-budak & kesan-kesan percikan muntah kat kereta. Ingatkan nak sarapan, tapi frust sbb ada satu je gerai bukak, then nampak macam takde apa-apa yang menarik utk dimakan. Yang paling saya terkejut, boleh naik terus je ke Fraser's Hill mana ada kena tunggu turn semua tu dah. Jalan naik & turun dah diasingkan jadi takde lah bertembung kan. Aiseehh.. info yang saya dapat kat internet rupanya info lama. Silap saya jugak tak cek betul-betul entry tu bila tarikhnya.. hehehehe
Sampai kat Fraser's Hill terus ajak suami cari tempat makan. Saya pergi ke Masjid Fraser's Hill & cari kedai makan kat belakang tu. Saya dapat tau makanan kat sini ok juga. Jadi we all pun makanle, since dah almost noon jadi menu nasi berlauk pun keluar. Saya & suami makan nasi, anak-anak makan roti canai. Misha? Minum air liur ajelah.. heheheh..
Lepas makan, kami try check in kat hotel. By right, time check in 2.00 pm tapi kalau bilik dah available diorang akan bagi kita masuk aje. Saya booking Puncak Inn & tak susah nak mencarinya. Sampai aje kat Fraser's Hill terus terjumpa Puncak Inn ni. Excited tak terkata tengok agak cantik hotelnya, lokasinya betul-betul kat depan roundabout. Ratenya tersangat ok, saya ambik family room RM170 aje (RM190nett). Puncak Inn ni pun saya dapat info dari internet & booking melalui Agoda.
|
Saya uruskan hal check in, suami settlekan barang-barang & budak-budak ni. Tiha dah tak sabar nak tengok bilik.. |
|
Ini pemandangan dari bilik. Not bad kan? Baru aje lepas hujan ni.. |
|
Ingatkan ada single bed, rupanya ada sofa yg diletak tilam aje.. tapi still ok le sbb biliknya agak selesa & bersih |
|
Oh ye, takde lif tau.. eksesais sikit lah |
Dah check in, bolehlah lepak dalam bilik sementara tunggu suami ke Masjid tapi hujan lebat lah pulak. Jadi we all anak beranak berkampung aje dalam bilik sampai kol 2.30. Pasni bolehlah round sana-sini. Since kami di sini hari Jumaat, jadi memang sunyi sepi le suasananya. Cuacanya pun sejuk, lebih sejuk dari Cameron. Mujurlah hujan walaupun kerap tapi sekejap-sekejap. Mula-mula kami berkereta survey tempat, banyak lagi tempat tak bukak. Mulanya frust juga.. rupa-rupanya semua tempat dibuka lambat sikit sebab Jumaat.. Jadi kami menuju ke The Paddock dengan harapan tak bertutup lee..
|
Cantiknya The Paddock!! Nyaman sangat... |
|
Makin laju langkah budak-budak ni bila nampak horse!! |
|
Saya ingatkan Ieqa ni akan takut, rupanya langsung tak. |
|
Muka dua orang budak yang cuba tagih simpati, berharap boleh naik lagi sekali. No..no.. RM5 sekali naik tuu.. balik ni korang naik le rubber pony kat rumah tu puas-puas. Free aje!! |
|
Tak dapat naik lagi sekali, dapat pat horse lagi sekali pun jadilah.. hehehe.. (pandai je korang nak bagi Mama & Baba rasa simpati kan..) |
|
Okaylah.. jom kita pusing-pusing lagi. Misha pun bukan main seronok nampaknya. |
|
Sebelum balik jom kita possing dekat gate THe Paddock ni, promote sikit. Trainer kuda kat sini pun very nice & informative. Frankly orang-orang Fraser's Hill agak peramah & sopan melayan pengunjung. Agaknya dah terbiasa. Cuma receptionist Puncak Inn aje kurang friendly, jawab ala kadar aje. |
Back to plan saya semula.. lepas jalan-jalan saya nak bawak diorang menikmati English Tea dekat Smokehouse. Saya teringin juga nak bawak they all dinner kat sini tapi bimbang pula dari segi halal nya. Jadi kita try evening tea aje pon oklah. Saya nak sangat ke sini sebab Smokehouse antara tempat cantik kat sini (asalnya tapak hospital tau). Tapi nak menyewa no no lah sebab biliknya kecik & too pricey for me. Saya selective juga bab-bab harga ni, kalau mahal tapi worth it teringin juga nak try.
|
Restoran Smokehouse ni mengadap puncak GUnung Tahan tau. Cantik !!! |
|
Sementara tunggu waiter, sempat lagi berpossing |
|
Alamakk.. hujan renyai la pulak.. jom kita indoor ajelah |
|
Sebelum orang lain minum, baby request minum susu dulu |
|
Sampai dah.. set Evening Tea (sayangnya set devonshire semua takde coz kitchen they all dlm proses renovation) . |
|
Budak yang manjang tak reti bersabar |
|
Kakaknya yang penyabar.. hehehe |
|
Tengok tu, terpusing-pusing, tergaru-garu tak sabar nak makan.. hisshh.. |
Set yang saya ambik ni sebenarnya set for 2, merangkumi 1 pot of tea, milk , 2 scones (they said the scone ni considered as must try), 1 slice - buttercake, orange cake, choc brownie & apple pie. Scone tu didatangkan dengan butter, cream & strawberry jam. See.. nasib baik order 1 set aje. Yang ni pun terkial-kial nak habis. Set ni harganya RM38.
|
Tiha jakun tak pernah tengok fireplace. Meh Mama ambik gambar kenangan sikit... |
|
Kat tepi ni ada trail untuk tracking, khas untuk guest Smokehouse agaknya |
|
Bunga-bunga kat sini cantiikkk.. |
Lepas kekenyangan minum petang, we all round sakan. Habis semua lorong tak kira kecik or besar kena redah. Tak ambik gambar pun sebab dalam kereta kan. Tapi ada jalan-jalan yang very sempit & ada runtuhan.. takut jugak. Kat atas-atas sana banyak bungalow-bungalow kerajaan & juga badan swasta. We all saje je pusing-pusing sebab nak kosongkan perut untuk makan dinner plak.
Untuk dinner saya dah survey tempatnya. Food court aje.. tapi nampak menarik. Kita tengok makanannya pulak macam mana.
|
Penakut jugak budak kecik ni ye.. panik kena hug dengan Orang Utan. |
We all memilih Restoran Arzed since tak terasa nak makan nasi. Trainer dekat The Paddock ada bgtau utk masakan Melayu try di belakang masjid, western pula dekat Arzed.
|
Tiha tak habis-habis dengan noodles.. dia ambik yee mee sizzling |
|
Saya ambik beef steak |
|
Ini kedainya.. |
Pada saya, memang sedap makanan kat sini. Jangankan menu western, esoknya kami cuba makan nasi goreng kampung, roti canai, kue teow goreng.. etc. Memang sedap.. bertambah-tambah makanan kami order sampaikan tukang ambik order nampak blank aje. Ye lah lepas abis makan order lagi, makan lagi, order lagi & kami tukar menu tiapkali.. hehehehe..
Esoknya pepagi saat yang ditunggu-tunggu budak-budak ni. Breakfast di hotel!! Alaaa.. bukan soal sedap sgt, tapi variasi makanannya. Lepas tu bukan selalu boleh breakfast dekat luar dengan suasana yang indah & nyaman kan.
Tapi muka semua frust je tengok takde apa yang tersaji, just - white bread, marjerin, kaya & jem.. hehehe. Toye aje tengok menu breakfast kat sini. Then staff approach & bagi menu, dia cakap boleh order 2 makanan dari menu aje. Aaiikk.. we all ambik bilik for 3, tapi makanan for 2.
Apa-apa je la.. order 2 makanan, kalau tak cukup kita sambung breakfast kat luar. Menu pilihan - American Breakfast, Nasi Lemak, Nasi Goreng, Bihun/Mee. Saya order nasi lemak & set american bfast. Nasi Lemak lgsung tak sedap.. jadi layan set american & toast ajelah..
|
Semua tengah mengadap toast. Nasib baik budak-budak ni suka roti. Roti dgn marjerin aje pon dorg mkn sampai 2 keping..hehehe |
|
Tiha ni mmg tak mkn kaya, jem & seumpamanya.. cukup sekadar toast & butter |
|
Itule rupa nasi lemak nya.. sapa pun tak sudi.. hehehe |
Pagi ni walaupun dah dekat pukul 9.00 tapi cuaca sejuk sangat. Kabus pun masih tebal meliputi sekitar kawasan. Kalau tak berbaju sejuk memang gigil habis le. Since nampak cantik & nyaman je keadaan sekitar, saya ajak suami & anak-anak jalan sekitar kawasan. Boleh juga membakar lemak sikit. Masa ni rasa damai sungguh. Macam tak nak balik jee.. huuuu
|
Puncak Inn kat belakang tu |
|
Jakun tengok beetle.. nyanyi sikit wahai `beatle'.. hehee (mana la tau dia reti nyanyi lagu John Lennon ke).... |
|
Mercu tanda Fraser's Hill |
|
Laieqa tu tengah buat aksi apetah.. isshh |
|
Tak habis lagi beraksi.. macam-macam la budak sorang ni |
|
Banglo yang cantik... untuk disewa ni. Banyak lagi banlo-banglo kat atas ni tau. |
|
Nampak tak kabus tebal tu.. sejjuukkk |
|
Puncak Inn lagi.. |
|
Naik bilik & getting ready untuk check out & keluar bersiar-siar lagi |
Elok aje check out hujan lebat lah pulak. Jadi kami lepak-lepak dulu sekitar restoran tadi. Kereta kat depan restoran tu aje tapi tak berbumbung so kena berpayunglah jugak. Lagipun tengah hujan lebat ni, apa pon tak bley!!..
|
Sempat lagi merajuk (puncanya Baba tak ambik payung dia, just ambik payung besar aje) |
|
Merajuk NANAK AWAN BABA.. (semua orang buat derk aje).. |
|
Kak Tiha pun malas layan, baik main dengan baby aje |
|
Hujan dah reda sikit, Baba pegi ambik payung.. |
|
Dapat payung hilangla merajuk ANAK AWAN dia tu.. |
Dah reda pun hujan, kami menuju ke Alan's Water pula. Alan's Water ni asalnya empangan yang salurkan air & juga elektrik untuk kawasan Fraser's Hill ni tau. Sekarang ni jadi tempat rekreasi air. Ala takde la apa pun sekadar boleh kayuh-kayuh atas air aje. Tapi untuk kawasan sejuk macam ni best la jugak sbb takde la berpeluh sakan. Macam kat Tasik Perdana, baru kayuh sikit badan dah basah kuyup... serik dah tak mo naik.. hehehe..
Possing ajelah kat sini. Rupanya ada height limit. Laieqa & Tiha tak lepas pon. Tiha tu mungkin boleh tolerate lagi la sbb agak besar, tapi Ieqa tu memang jauh sgt dari ketinggian yang dibenarkan. Jadi semua orang takyah naik, kang Laieqa buat bising sepanjang di Fraser's HIll & all the way ke KL "Baba nape Ieqa takleh naik, Ieqa dah big la".. dan dia akan ulang selagi dia tak dapat naik!!.. hehehehe
Lepas tu saya singgah ke nursery untuk beli sayur-sayur sikit. Nursery ni agak tesorok sikit gerainya, jadi kena tanya local untuk datang ke sini. Actually dekat aje dengan Alan's Water ni. Masa ke sini & membeli saya tak snp pic sbb hujan jadi sibuk berpayung & mengheret Tiha & Ieqa. Baby & suami tunggu dalam kereta aje.
Saya beli strawberry, lobak putih (bagi kat mertua), salad & tomato aje. Sayurnya segar & gemuk².. harganya pun lebih kurang / slightly cheaper dari Cameron. Tapi takdelah banyak gerai, satu pengusaha aje. Dia claim semua organik free dari sisa kimia (sama mcm Cameron jugakla kan..). Cuma sayur cameron tu banyak yg imported sebenarnya.
Dah membeli we all pergi ke Food Court semula & nak lunch kat Arzed semula. Dah puas makan, kami ke Taman Awam berdekatan. Ajak budak-budak ni main Golf miniature, saje la nak bagi dorg happy sikit lepas frust takleh naik bot tadi. Rate main kat sini RM6 sejam rasanya.. tapi budak-budak ni main tak sampai sejam dah habis. Tah le main ke cheating, saya pun tak perati sangat. Saya tunggu & tengok dari jauh aje.. heheheh
Lepas main golf kami ingat nak beli makanan begoreng untuk dikunyah dalam perjalanan turun nanti. Time ni baru jam 3.00 lebih camtu. Tapi kami decided untuk cari gerai-gerai sekitar Fraser's Hill la pulak. Jadi kami saja pusing sekitar The Paddock dulu sebab tak puas lagi menikmati keindahan Fraser's Hill. Kebetulan ternampak sebuah gerai di tepi jalan. Lokasinya amat menarik & cantik.
Apa lagi, tiba-tiba perut jadi lapar balik.. hehehehe.. Sempat lagi balun laksa 2, nasi lemak 2, pisang goreng rm3, kopi panas & teh panas. Sambil hirup kopi panas, angin bertiup kencang & dingin.. peerrgghhh!!! Syahdu sangat!!! Lama juga kami melepak kat sini. Dalam kepala memang dah plan, Fraser's Hill kami akan datang lagi!!!
Kali ni kami langsung tak cuba trekking (ada 8 trekking site yg listed) sebab tak bawa proper equipment. Lagipun cuaca agak sejuk, hujan & basah bimbang baby basah lencun kena hujan time dalam hutan nanti. Trek pun pastinya licing. Jadi berbahaya untuk Laieqa yang tak berapa stabil berjalan tu.. hehehe.. Takpe, next time Mama plan untuk aktiviti trekking plak ye...
Dah jenuh bermalas-malasan & bersantai kat gerai tu, kami mula bergerak turun dengan hati yang berat. Perjalanan turun pun disajikan dengan pemandangan indah. Balik kami ikut jalan Raub pulak, saja je nak singgah dinner di bandar Raub sebelum patah balik ke KL. Biasalah.. alang-alang dah berjalan kan.. melencong itu sudah pasti.. !! :)