Dah makin sihat.. syukur..

Thursday, December 13, 2012
Gambar-gambar Mayesha masa di wad.  Ni time Mama tengah mati kutu tak tau nak buat apa.  Most of the time layan baby notti ni aje, bila dia tido mula la kebosanan.  Hari pertama dia ok lagi, maybe kesan jangkitan tak teruk mana.  Padahal masa ni dia tengah berkahak teruk.  Saya hantar ke emergency jam 6.00 pagi ni pun sbb bimbang dia kena pneumonia.  Langsung takde simptom HFMD lagi..

Tertido lepas ngamuk tak nak bg pakar sentuh dia.  Menggigit jari ialah  teknik dia tenangkan diri.  Biasa saya biarkan aje, pastu sure tetido punye..

Bangun tido aje sibuk skodeng org.  Tapi nyuruk muka kat bawah  file doktor..  tak sangka penakut jugak budak ni.  Saya sengaja tak tutup baju sbb dr & nurse asyik dtg cek aje

Dah boring skodeng, tergolek semula.  Masa ni saya dah nampak ada biji kat lutut tp jenuh bgtau dr & nurse diorang buat derk aje.  Agaknya diorg ingat saya saja nak buat kepoh kot


Masa ni dia ceria aje kat wad 5 tu, walaupun demam, kahak & susah nak nafas.  Sebelah malamnya bila pakar cek, nampak simptom HFMD (tadi saya bagitau, tak nak dengar), kelam kabut habis semua orang.  Dan dan tu jugak we all kena transfer ke isolation room.  Kalo jangkit kat budak-budak wad tadi, sapa nak jawab?  

Kat isolation room bilik lebih selesalah sebab besar, ventilation pun ok plus ada bilik air sendiri.  Pintu, tingkap semua bertutup, ada cermin aje untuk tengok keluar.  Arangement ala-ala bilik di private wing HUKM (Deluxe - non sharing).  Jadi tak susahlah saya nak menyusu & bukak tudung.  Tapi seram jugak waktu malam sbb saya dgn baby je dalam tu, depan bilik memang takde apa-apa.  Lampu pun kena dim aje sebab kesian kat Misha kang tak lena tido.  Nasib baikle saya ni dah biasa duk kat kolej bilik sorang², jadi tau lah cara nak buang jauh pemikiran² kurang sihat tu.. hehehehe.. (malam tu kan, out of nowhere ada seko kucing tah muncul dari mana, lintas keluar dari bilik... heran tak?  dahlah midnight & lampu suram.. padahal sepanjang saya stay dalam tu langsung tak dengar bunyi & saya dah pusing satu bilik, memang takde kucing.  Yang lagi best tu, tingkap semua tertutup rapi!!).  Tapi saya buat derkk je la, walaupun ada rasa musykil, jangan difikir sangat, fikir kesihatan baby aje dulu.  Hantu setan tu kita buang jauh².. hehehe.. 

Esoknya dia dah mula meragam, langsung tak nak minum.  Memang ada banyak lesion tumbuh dalam mulut. Doktor cakap kalau nampak makin kering diorang nak setup iv, tapi saya cakap saya try usahakan something dulu.  Lagipun pasang iv cuma masukkan air, tetap tak mengenyangkan dia.  Pasti dia akan menangis sakit sebab kena cucuk, melalak sebab lapar lagi then tau la dia mesti sibuk nak cabut segala mak nenek wayar yang lekat kat tangan dia.  Tapi kalau perlu, saya tak halang, saya tau risikonya tinggi kalau biarkan dia dehidrate.  Ni antara punca baby yng kena HFMD ni meninggal tau.  Syukur lepas saya paksa dia minum air & susu badan melalui syringe (saya perah dengan tangan aje), nampak dia still well hydrate.  So Doktor cakap continue je la teknik tu & diorang akan pantau aje.  Selang 4 jam ubat demam tetap kena bagi lah.. 
Babanya sampai elok je dia tido.  Maybe jugak keletihan merengek dari pagi.  Saya tau dia melalak sebab lapar sangat,  saya sumbat dengan syringe takde lah banyak.  Selang 5-10 minit saya sumbat 2-4cc.  Bukannya apa, dia memang menggelupur tak nak minum.  Jadi kesian jugak nak paksa minum banyak². Time dia tido pun saya titiskan air ke mulut dia.  Lagipun saya bukannya ada kerja nak buat, jaga lah dia 24/7 kan...  

Tenang sikit hati tengok dia tidur lena  



Ini masa hari ke 2, masuk hari ke 4, kesan ni berganda saiznya & betindan-tindan.. nampakla dia kesakitan kalau merangkak.  Saiz lepuhan yang besar hampir  mencecah diameter duit 5sen! 

Bayangkan lesion macam ni penuh dalam mulut merangkumi lidah, tekak, lelangit dan gusi... siksa kan.. 

Kat siku (ni baru gak develop)... hari ke 3 & 4 pun jadi bertambah teruk.  

Ni rupa baru nak naik, bila dah besar, lepuhannya seolah-olah kesan melecur /melepuh kena minyak panas.  

Dah masuk hari ke 5 Misha kena HFMD, syukur nampak dia mula ceria and request minum dah.  Lega tengok baby mama yg suka menyengeh ni tak merengek-rengek lagi dah.  Malah dah invent teknik merangkak baru!! Merangkak sambil mengangkat lutut!! Hehehe.. Misha..Misha.. kalau dah buas, sihat sikit aje dah start melasak.  

Saya share ni untuk kita semua tau apa akibatnya kalau penyakit ni menyerang.  Jadi berhati-hatilah dengan tahap kebersihan rumah & persekitaran.  Yang membimbangkan penyakit ni boleh berulang lagi!!! Walaupun saya rasa kebersihan rumah ni di tahap yang optima, tapi still terkena.  Ye la, tak kena kat rumah kita, kena kat rumah orang..  Ni yang buat saya benar-benar bimbang.  Dulu tak kena takde la fikir sangat.  Dah yakin kita dah jaga kebersihan rumah & anak² sebaiknya.. but now, macam² faktor lagi boleh jadi penyebab.  Hanya boleh berdoa mintak tuhan jauhkan kami sekeluarga dari penyakit² yang berbahaya seperti ini.  Amin.. 

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: December 13, 2012 at 4:30 AM said...

Eh..saya pun ke Hukm tadi..
Mcm ni sakitni rupanya, tak pernah tgk pun sblm ni.. Syukur dah makin baik..smoga baik terus n dpt balik umh cepat ye.

{ Kina } at: December 14, 2012 at 5:20 PM said...

Saya kena tahan kat HKL la Aisy, pagi tu panik sangat terus ke sana. Susun atur Isolation room tu yang macam wad private wing HUKM.. hehehe

Post a Comment