Aduhai HFMD..

Tuesday, December 11, 2012
Kembali sunyi sepi la blog ni.  Seminggu ni jenuh attend org sakit.. actually, perjuangan belum selesai pun.. Mayesha still tak ok.  Blister makin membesar & still ada yg baru tumbuh!! Dah 4 days since dia kena HFMD, 3 hari ditahan di wad.  Pakar released pon atas alasan, no treatment utk disease ni.. Saya pun prefer  handle sakit dia kat rumah so that dia lebih ceria sbb kakak-kakaknya ada sekali.  Kat hospital we all kena duduk isolation room.  Bilik VIP la tu.. boleh tgk org luar ikut cermin je... everything provided dalam tu.  Mula-mula rasa syok la sbb saya bebas tak bertudung & menyusu.  Tapi kalau dah sampai 3 hari, mati kutu!!

Right now kena pantau dia betul-betul.  Syukur hari ni dia makin nak minum.  Perkara utama yg jadikan penyakit ni bahaya sebab baby refused utk makan/minum.  Bayangkan dalam mulut, lidah, kerongkong, gusi, lelangit semuanya ditumbuhi biji² kecil (ala-ala kudis buta) & akan pecah.  Saya perhati lelehan air liur yg tumpah dekat bedsheet hospital ada kesan darah & sedikit nanah.  Mana la dia nak minum.  Nak elak dia kena IV utk masukkan drip, saya paksa dia feed guna syringe.  Setiap 5-10 minit saya titiskan air kosong & susu badan.  Alhamdulillah.. teknik tu berjaya.  Tu yang pakar lepas dari hospital.

For the time being we all takkan keluar ke mana-mana elak direct contact with other kids.  Tak nak jadi penyebar penyakit pula.  Kena responsible sikit & fikir juga fasal orang lain yang akan kesusahan kalau anak diorang kena penyakit ni.  Kalau balik ke kampung, hati² sikit ye, jangan jadi macam saya. Siapa yang anaknya dijangkiti please responsible sikit.  Jangan biarkan anak² keluar ke mana-mana selagi belum betul² sembuh.

Memang kasihan tengok baby sendiri suffer macam ni.  Hopefully cepatlah anak Mama recover from HFMD ni.  Nak merangkak pun tak boleh sebab kepala lutut dia ditumbuhi blister tebal (seakan-akan kulit katak puru), jadi kalau dia paksa diri, blister tu akan pecah & nampak amat memedihkan. Mayesha ni bukan jenis suka menangis, tapi for the last 2,3 days memang merengek² aje.  Mesti tak tahan sangat dah tu.  Baby sabar sikit ye, Mama tau baby sakit, that's why Mama tak marah baby buat perangai sikit sekarang ni...


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: December 11, 2012 at 9:34 PM said...

semoga baby meisya cepat sembuh ye....

{ Kina } at: December 12, 2012 at 2:33 PM said...

thx for ur concern aisy.. today she seems active & ceria aje.. makin okla tu kot! :)

Post a Comment