HFMD Day 6

Friday, December 14, 2012
Semalam masa lepak-lepak kat living dengan budak sakit (tapi dah membuas tak ingat) Mama try snap gambar lesion yang ada.  Lesion ni mengecut sikit dari semalam tapi still tak kecut sepenuhnya till today.  Kesan putih-putih tu saya sapu calamine lotion untuk bagi dia rasa selesa sikit.  Lesion yang pecah tu kebanyakkannya secara paksa, maklumlah budak buas, dia menggelupur la, merangkak la, mana tak pecah. Dalam mulut dah ok sepenuhnya kot sebab tengok dia dah tak ragu-ragu minum susu.  

Bawah jari-jari kaki & tapak kaki

Belakang betis (tumbuh sejak hari kedua) semuanya dah pecah tak tau lah secara rela or paksarela.. tapi ni antara kawasan lepuhan yang besar

Tapak kaki & tangan

Agak baru tumbuh, di ibu jari kaki

Lutut kiri, tumbuh dari day 1 & still membengkak (1 je pecah awal, time dia  menggelupur tak nak makan ubat)


Lutut kanan
Ini mana yang saya sempat snap aje.  Nampak mamanya pegang hp, sibuk nak rampas.  Budak ni suka tengok clip lagu kanak-kanak dalam hp saya.  Kat hospital dia dok melayan lagu-lagu ni la.  Nanti saya letakkan clip-clip lagu yang menarik tu dalam blog ni.  Sapa nak bolehlah try bagi anak-anak tengok.  Memang dari Laieqa lagi lagu-lagu tu jadi umpan nak bagi diorang dok diam.

Saya dah makin lega tengok Mayesha kembali ceria macam selalu.  Tapi tak berani mandikan lagi sebab takut dia pedih kalau kena air.  Setakat basuh muka, bawah leher & lap-lap sikit aje.  Sama-samalah kita berjaga-jaga & menentang habis-habisan penyakit sebegini.  Kalau boleh takde siapa-siapa lagi dah yang kena lepas ni.

2 comments:

{ Fadzillah } at: December 14, 2012 at 6:18 PM said...

Assalamualaikum... Kina.
Syukur Alhamdulillah baby Mayesha dah beransur pulih. Penyakit HFMD ni hanya serang anak-anak kecil je... ke.

{ Kina } at: December 14, 2012 at 6:31 PM said...

W'salam... ye la, syukur sangat. Penyakit ni memang ancaman untuk budak bawah 5 tahun, lagi kecil budak tu lagi teruk effect dia. Untuk 6-12 kena hati² juga la walaupun kurg risiko. Bagi dewasa, patutnya badan kita dah cukup kuat utk lawan penyakit ni..

Post a Comment