Pantai Timur Trip 2

Wednesday, December 5, 2012
Baby notti tido nyenyak malam ni, boleh Mama layan tenet kejap.  Lagipun nak perabis entry pasal pantai timur aritu.  Entry sekerat jalan je, alang² habiskan je la terus.  Banyak lagi resepi nak post dalam ni, semua dah basi pun.  Tak pe, resepinya tak basi.. kuihnya aje boleh basi.. hehehe..

Lepas keluar dari Tok Aman Bali yang best teramat tu, we all jenguk² jugak laut kat luar resort.  Kalau nak tau, view dari dalam bilik ialah tasik, manakala di luar resort pula ada pantai terbentang luas.  Since tengah panas yang amat terik, sempat snap gambar aje.  Tak sanggup nak bersidai lama-lama kat tepi pantai ni.  Rentung abis sekeluarga kang.

Ini pantainya.. seberang Tok Aman Bali Resort aje




Ok.. dah.. jom naik kereta balik.. kita pusing² kat tempat lain plak.  Then ajak suami ke Gong Kedak tengok kem TUDM yang dia pergi semalam.  Tapi takde la nampak apa pun.  Ingatkan boleh lah nampak heli or kapal terbang ke.. hehehe.. Aisehh.. Jomlah kita turun ke Kuala Terengganu pulak.

Keluar aje dari Kuala Besut, driver claim mengantuk pulak.  Isshh.. tension betul saya kalau dia cakap mengantuk.  Sebabnya... tiap² kali travel saya paksa dia tido awal takut siangnya mengantuk.  Tapi jangankan nak dengar, siap ajak tenet, lepak² minum coffee lagi kat balkoni.  Mana leh jadi! Saya pon join lah.. hehehe.. Jawabnya 3.00 - 4.00 pagi baru tido.  Esoknya macam zombie je time breakfast.. everytime keluar travel jadi camni, tapi tiapkali tu saya tertipu.. hehehe..

Last² saya offer diri drive sepanjang jalan ke arah Kuala Terengganu sambil cari tempat makan or resort yang sesuai.  Walaupun saya kurang suka memandu, tapi journey kali ni agak syok sebab jalan besar & clear plus view pantai yg cantik.   Si Tiha peneman berborak & pemerhati.  Saya ni kalau bawak kereta memang tak reti tengok sana sini, concentrate on the road aje, ye lah jarang memandu jadi takleh sambil lewa.  Safety keluarga kat tangan saya, biarlah hati² sikit daripada jadi something yang tak sepatutnya kan.

Dalam setengah jam memandu, nun di sana nampak laut membiru.  Subhanallah!!  Terpegun saya tengok kecantikan laut di sini.  Saya cakap kat Tiha, nampak aje kedai makan, bagitau, Mama nak park.  Boleh tengok pantai ni dekat sikit.  Cantik seh!! Tak sabau lah nak tengok dekat-dekat.  Rupanya kawasan ni namanya Penarik.  Sungguh menarik, sesuai dengan namanya!!  Sayangnya tempat makan yang Tiha nampak tu dah closing pun, jadi kena cari port lain.  Pastinya kat area ni jugak, sebab saya dah jatuh hati dengan kecantikan pantainya.

Kebetulan suami pun dah terjaga & volunteer drive semula.  Fuhh!! Legaa.. bolehlah saya belek pantai puas² sambil usha tempat makan.  Dah dekat pukul 4.00 ni, sudah kelaparan.. Kemudian saya ternampak sebuah kedai makan yang amat menarik. Betul² di tepi pantai.  Terus ajak suami lunch kat sini.. Terbaikk!!!.. hehehe..
Inilah kedainya, ada lagi sebiji kedai di sebelahnya (ramai yg ke sana) tapi saya berkenan yang ni jugak!!
Mood happy habis sampai takleh cover sengeh.. hehehe (airnya best, tak manis sangat.. nyaman sungguh!!)

Kat tepi tu aje pantainya... 

Siap ada hammock tu.. 

Dua-dua ni nak terlelap sebab syok lepak dalam hammock.. (nasib baik le saya pakai skirt, kalau tak boleh tumpang sekaki)..

Tengah tunggu jugak kalau ada yang tergolek.. heheheh... 

Saya singgah sebab nampak location kedai yang menarik.. tak letak high expectation.. sekali makanan sampai.. Memang memuaskan hati.  Cara serving macam restoran!! Rasanya pun tak kalah.  Tahniah kepada warung yang amat bersih & sedap.  Susah nak dapat warung yang bersih & cantik macam ni.  Pastinya saya akan datang lagi untuk dinner or lunch esok!!
Lepas isi perut, we all bergerak lagi cari any resort or hotel untuk stay another night.  Sayangnya takde satu pun resort di sekitar Penarik ni yang kami berkenan.  Sedih jugak sebab saya suka dengan pantai Penarik yang bersih.  Jauh bezanya dengan pantai di sekitar Cherating or Kemaman yang terbiar.  Di sini rumputnya terpotong rapi, tak de sampah atau baki makanan yang besepah-sepah plus kawasan pantainya amat panjang.  Jadi kita boleh pilih kawasan yang kita berkenan, tak perlu rebut pot lepak dengan orang lain.

Mungkin disebabkan kepenatan & kemalasan dah nak fikir, saya dah buat satu kesilapan yang tak dapat dimaafkan sepanjang percutian kali ni.  Really tak nak ingat lagi dah,  penginapan yang terburuk pernah saya pilih.. MERANG SURIA RESORT.  Kepada sesiapa yang mencari resort di sekitar Merang.. Jangan sesekali ke resort yang amat teruk ini.  Tiada satu pun yang positif boleh diperkata mengenai resort ni.  Really..really..really.. mengecewakan.  Anak-anak pun terkulat-kulat tengok keadaan bilik & swimming pool budak yg tak sampai sekangkang kera.  Siap penuh dengan daun kering & berkeladak lagi.  Jangan harap saya bagi diorang pijak kaki dalam tu!!! Biarlah resort ni dengan kisah dia... tak nak mention lagi dah pasal resort yang lousy macam ni.

Menjelang petang, kami bergerak naik ke Kuala Terengganu.  Ingat nak jumpa my best friend masa sekolah dulu di Paloh.  Sebelum tu singgah makan di Kuala Terengganu then tunggu husband dia datang jemput.  Frankly saya tak snap gambar sebab tengah frust, demotivated & not in the mood (pasal resort hampeh tu lah).. Nasib baiklah lepas jumpa my friend & baby barunya (suka la tu, dapat baby girl - my friend ni dah ada 3 boys sblm ni.. hehehe), semua orang nampak ceria sikit.  Agaknya dah recharge balik & happy dapat keluar dari bilik yang tak best tu.  My friend guide we all ke Masjid kristal & mention about Riyaz Hotel di Pulau Duyong.. jadi kami pun celapak le pergi ke dua² tempat tu.  Terhibur sikit kanak² ribena ni.  Tapi takde gambar di Riyaz sebab suasana agak kelam, buang karen aje kalau ambik gambar dengan camera cap ayam ni.. hehehe..

Bukti ketibaan kami di Masjid Kristal.. heheheh (ni je gambar yang terang pun.. )
Sampai aje di resort terus tido, tak nak lepak-lepak or tenet-tenet macam selalu dah.  Nak lepak apanya.. balkoni pun takde.. sliding door pun takleh bukak.. dahlah takde view apepon selain dari semak samun.  Aarrgghh!! Boleh sakit jiwa stay kat sini..  Lepas breakfast.. pack barang, trus check out.  Tak nak tunggu lagi dah!!

We all patah balik ke Kuala Terengganu singgah beli keropok lekor untuk dimakan & untuk staf-staf kesayangan yang bertungkus-lumus di Kina Cafe.  Then cari pot untuk piknik.  Stok mengunyah ada banyak ni.. lagipun baru je breakfast tadi.  Lepas lepak kat pantai, boleh singgah lunch kat D'Pantai Tom Yam semalam tu..

Laieqa yang masih was² nak pijak pasir.. tapi nampaknya semakin enjoy dengan pantai

Mama nak possing jugak, tapi gelapla pulak kan.. cuaca just nice je, tak panas.. tak hujan.. (kamera koman la tu)..

Tiha berusaha keras menyiapkan sand castle nya.. 

Ni tukang bantu ke, tukang rosak.. heheheh

Memang syoklah pantai Penarik ni..



Ieqa dah mula tumpang main pasir sekali.. hilanglah segala geli & rimas dengan pasir dia tu.. hehehe


Dekat 2 jam dia tido kat carseat dlm kereta.. agaknya syok dengar deburan ombak & tiupan angin pantai.  We all dah nak beredar baru nampak dia terjaga.  Saya bawa dia lepak-lepak sementara husband bersihkan Tiha & Ieqa 
Perut pun mula kelaparan.. dah kol 3.00 lebih baru sampai ke warung semalam.  Lama juga kami main pantai tadi.  Elok sangatlah kita isi perut...
Ieqa pulak teringin nak layan hammock.. Tiha still takut nak naik.  
Usah ditanya mana gambar makanan ye.. saya ni kalau dah lapar, boleh lupa diri sikit.  Jadi saya makan dengan lahapnya tanpa sedar dunia sekeliling.. hehehe.  Tapi kali ni servis agak slow sikit.  Mujur makanannya tetap sedap.  We all order juga udang & sotong celup tepung lepas tu.  Ni kira makanan penutup sebelum tinggalkan Terengganu le..

Kami kemudiannya menutup perjalanan kali ni menuju ke arah Kota Bharu semula.  Melalui kembali jalan kelmarin & singgah di Masjid Besut.  Jam 5.00 baru bergerak ke Pasir Putih - Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Lipis - Raub - Bentong & Kuala Lumpur.  Perjalanan agak menyilaukan sebab kawasan gelap & berselekoh ditambah pula hujan renyai.  Dahlah first time kami try jalan ni.  Deep inside berdoa agar semuanya berjalan lancar.  Esok seawal 6.00 pagi suami dah nak kena ke LCCT pula.  Sepanjang jalan saya layan borak dengan suami supaya dia tak mengantuk or boring.  Kami takleh nak enjoy apa-apa sebab agak rushing & tiada apa-apa tempat persinggahan yang menarik sepanjang jalan.  Kami dinner sekitar jam 11.30 malam di Kuala Lipis.  Hampir 3.00 pagi barulah sampai KL.  Dari Kuala Lipis ke KL, suasana dalam kereta meriah sebab Ieqa & Tiha start bok-bek² tanya itu ini.  Agaknya dah puas tido sepanjang journey tadi, dah sumbat makanan, charging balik le.  Baby lak, seperti biasalah.. membuta aje!!

2 comments:

{ Fadzillah } at: December 11, 2012 at 10:40 AM said...

Assalamualaikum....
Salam perkenalan Kina. Bestnya dapat jalan-jalan di musim cuti persekolahan bersama keluarga. Dapatlah release tension... kan.

{ Kina } at: December 11, 2012 at 8:00 PM said...

w'salam...

selamat berkenalan.. :).. best memang best, tapi bab pack dgn unpack tu yg kurang best.. hehehe.. tak jalan² ke cuti kali ni?

Post a Comment