Percutian Penutup Day 3 (Sungai Jahang)

Friday, January 25, 2013 0 comments
Tak habis-habis lagi entry pasal day 3 ni.. Selalunya saya habiskan satu hari dalam 1 entry aje, tapi ada seorang follower tegar saya complaint entry vacation saya panjang sangat, semua benda nak sumbat dalam satu post. Baiklah, sekarang ni saya post 1 tempat bagi setiap entry, tak mo rojakkan lagi dah.  Puashati?.. hehehe... 

Lepas pusing-pusing sekitar Adeline's Villa yang best tu, kami mengekor adik semula.  Mulanya nak ke Rumah Rehat Adeline tapi pintu pagarnya bertutup pula.  Lagipun hari dah makin suram, kami ada lagi satu tempat nak dituju ni.  Sebelum tu adik bawak kami ke kawasan sungai berdekatan villa... Gambar saya snap dari dalam kereta aje.  Dipercayai di sinilah tempat rekreasi air berlangsung, ada pelbagai tau.  Contohnya untuk rubber rafting tu, memang sesuai sangat lah.  Saya ni memang suka try benda-benda macam ni.  Tapi sejak dah berkeluarga semua aktiviti tu dihentikan seketika.  Tunggu anak-anak besar sikit baru boleh start semula aktiviti favourite zaman remaja dulu.. huhu... 

Syoknya kalau dapat main air kejap, tapi dah lewat lah...
Kemudian adik berpatah balik dan mulai keluar dari kawasan Villa mennuju ke jalan masuk tadi.  Kami hanya mengekor sebab dia just mention nak bawa kami ke sungai.  Rupanya sungai yang diperkata tu agak jauh jaraknya dan melalui kawasan perkampungan. Kami juga ada melintasi kawasan gua (gua ni boleh diteroka, staf Adeline's Villa ada mention tentang aktiviti ni).

Sepanjang jalan kami hanya menikmati suasana kampung tanpa memikirkan sangat jarak tempat yang dituju. Ye la tengah syok menjamu mata kan.. Sampailah kami melalui satu jambatan, terdapat air sungai mengalir di situ.  Terkedu seketika, cantiknya sungai ni!!!  Sungguh berbeza dari mana-mana sungai yang pernah saya jejaki sebelum ini.  Bestnyaaaa!! Tak sabar nak turun & main air...

Sungai ni dipanggil Sungai Jahang.  Ia bersambung dengan sungai dekat area villa tadi.  Menurut adik kalau join water rafting di villa, guests akan melalui kawasan inilah.  Waaahh!! Bestnya!!.  Masa kami tiba, pengunjung lain sudah mulai beredar, hari dah semakin gelap pun.  Jadi kami tak berhasrat nak bagi budak-budak ni mandi.  Cukuplah sekadar tahu kewujudan tempat ni, next time boleh datang semula... :)

Kawasan tebing yang sangat lapang & tidak curam.  Terus boleh main air.  Airnya pun amat bersih 

Saujana mata memandang... Subhanallah.. indah sungguh ciptaanNya
Cuma saya agak frust sebab semua gambar di sungai ni bergegar sakan, gara-gara saya mendukung Misha sambil snap pic.  Budak tu bukannya reti duduk diam.  Dalam hp nampak ok aje, bila transfer dalam pc.. uuwwaaa.. bergegar sakan.. huk hukk..


Tiha bergambar dengan Mak Ndak & Pak Ndak.  Ieqa tak nak pijak batu & pasir jadi dia duk jauh-jauh... (nasibla).. Kelihatan kat belakang tu jambatan yang kami lalu tadi.  


Lepas bermain air lebih kurang, kamipun berpisah di sini.  Kami ke KL & adik pula balik ke Kuala Kangsar.  Ada juga kami 'meracun' dia ajak makan capati di Kampar.  Tapi dia tak nak ikut pulak.. heheheh (she's seems very tempting sebenarnya..)...

Bagi saya gambar-gambar ni semua tak cukup menggambarkan perasaan & 'excitement' yang dirasai oleh kami pada hari ni.  Tambah-tambah saya ni bukanle photographer yang baik.  Main snap sesuka hati je jadi banyaklah moment cantik yang tidak dapat ditangkap kan.  Kalau sapa-sapa yang sukakan nature, adventures dan sebagainya, cubalah datang ke Gopeng untuk menikmati keindahan alam ini, selagi ada... (Sayangilah hutan & sungai kita.. Peace!!)

Percutian Penutup Day 3 (Adeline's Villa)

Thursday, January 24, 2013 0 comments
Setelah jenuh merentas hutan dan bukit bukau, perjalanan penuh liku, akhirnya kami sampai juga ke kawasan yang dituju.  Kami hanya mengekori adik di depan & terpaksa memberi laluan kepada mana-mana kenderaan yang datang dari arah bertentangan memandangkan jalan yang sempit.  

Bergambar di depan kawasan villa
Sebaik sampai kami disambut oleh salah seorang pekerja villa 

Kami diberi peluang meninjau dengan lebih dekat sekitar kawasan villa , memang menarik...
Challetnya berdindingkan kaca & boleh memuatkan 4 orang.

Rupa penuh villa
Dah tinjau villa di kawasan bawah, kami berjalan sikit ke bahagian belakang kerana di sini terdapat bilik-bilik yang katanya 'best view' & pastinya menjadi tumpuan guests yang biasa ke sini.
Surau & tandas juga disediakan di luar villa.
Inilah kawasannya... 





Adeline's Villa ini sebetulnya berada di lereng gunung, pemandangannya agak unik seolah-olah kita meninjau dari lembah.  Saya tak dapat nak capture pemandangan kat sini coz pakai hp aje, very limited.  But for me, it's a very cozy place to stay.  I'll definitely include this place in my vacation plan list... :)

Villa paling atas, we all tak naik sebab semuanya ada penghuni.  Tak nak ganggu ketenteraman mereka.  Kalau dari sini maybe boleh capture pemandangan yang cantik tu..




Kucing yg sangat manja & chumel... geram je rasa nak angkut bawak balik.. heheheh.. alaa.. kuci..kuci...
Sebenarnya ada a few gambar yg takde dalam ni.  Kalau rajin, nanti saya letak semula.. hehehe.. (saya kat kg ni, update kat laptop aje).  Pendek kata kawasan villa ni terjaga dengan baik dan mendamaikan.  Menurut pekerja di sini, rate yang ditawarkan ialah RM188.00 perperson inclusive foods (at least 5 times a day!!).  Yang bestnya, disebabkan kawasan villa ini di kelilingi pokok-pokok kayu & buah-buahan, jadi pengunjung boleh makan buah yang ada sepuas-puasnya.  Semasa kami sampai, terdapat selonggok durian yang diletakkan di depan villa.  Terlio toksah cakapla, tapi malu plak nak mintak.. heheheh...

Di restorannya pula mereka sibuk membuat penyediaan untuk BBQ.  Nampak meriah sekali.  Saya juga dibawa ke stor barang-barang rekreasi,  rupanya banyak sangat outdoor aktiviti yang diorang sediakan.  Tapi kena bayar asinglah ye.  Antaranya water rafting, ATV, water surfing dll.  Kita akan dibawa ke sungai berhampiran untuk buat aktiviti ni.  Di mana sungainya?? Nanti saya tunjuk ye, dalam next entry.

Oh ye, bila ditanya pasal halal, mereka mengesahkan makanan di sini mendapat status halal Jakim (saya akan double check semula kalau betul-betul nak menginap di sini nanti).  Menurutnya juga kalau kita rasa susah nak datang sendiri, mereka ada sediakan servis dengan mengambil & menghantar kita ke bandar Gopeng dengan RM10 sekepala untuk pergi balik.  Sebenarnya Adeline's Villa ni ada juga memiliki resort dekat-dekat sini juga.  Tapi saya tak masuk sebab dah lewat petang.  Resort ini lebih murah kadarnya & rumahnya pula berkonsep ala-ala rumah orang asli. Untuk malumat lanjut, boleh refer website diorang http://www.adelinevilla.com/ ... Saya nak ikut adik ke tempat lain pula ni... taa taaa..

Percutian Penutup Day 3 (Batu Gajah)

Wednesday, January 23, 2013 0 comments
Banyaknya kerbau.. dengan bangaunya... Susah dah nak jumpa benda-benda macam ni sekarang kan? 
Sambung balik pasal aktiviti selepas habis pusing Kellie's Castle last entry.  Time ni baru teringat minyak kereta dah di tahap kritikal.  Sebelum masuk simpang ke Kelli's Castle lagi minyak dah tunding dekat E.  Tapi kebetulan tak de stesen minyak plak sepanjang jalan, jadi kami pergi merayap dalam castle dulu.  Dah keluar tu kami patah balik ikut jalan masuk, singgah sebuah kedai tanya stesen minyak, sekali dia ckp.. ni kat kedai sebelah ada minyak... sambil tunding kat kedai motor.  Terus tak jadi nak bertanya lanjut, blah cepat-cepat.. lain macam je minah ni..  Nasib baik dia tak offer minyak masak kat kedai runcit yg dia jaga tu.. heheheh.  Kami tukar plan, patah balik ke Kellie's Castle & menuju ke Batu Gajah.  Setahu saya Batu Gajah ni ada bandar, mestilah ada stesen minyak kan.

Sampai di area Batu Gajah, tak disangka-sangka agak besar bandarnya.  Confirm la ada stesen minyak.  Lepas isi minyak kereta, kami pusing-pusing untuk isi perut pulak.  Last-last singgah macam dekat area foodcourt, ada jual cucur udang panas-panas.  Habis 3 ketoi kena telan.. heheh.. Saya try mee rebus & Tiha nak megi goreng.. suami & Ieqa tak nak makan.  Tengah makan, sekali adik datang.  Rupanya dah jenuh dia try reach kami dari tadi.  Clue terakhir dia dpt, kami nak pegi Batu Gajah.  Pandai pulak dia cari.. hehehehe... 

Okeh.. ni baru nak masuk bab kerbau (ye la.. gambar kerbau, tapi cerita pasal minyakla, makan la.. confius betul la kan...).  Okes, sebelum masuk ke pekan Batu Gajah kami ternampak lorong kecil melalui tepi sungai just right before jambatan ke bandar Batu Gajah.  Somehow lorong tu menarik perhatian saya sebab pastinya boleh menikmati pemandangan sungai, which is saya sangaatt sukkaa.. Jadi lepas pusing-pusing sekitar bandar Batu Gajah yg unik ni (mostly Majlis Bandaran, hospital & pejabat posnya yg masih kekal bangunan sebelum merdeka), saya ajak suami masuk ke situ. Masuk aje nampak banyak sgt group kerbau dan sahabat baiknya sang bangau tengah lepak-lepak sambil makan rumput.  Mereka hidup aman damai di sini.. ececeh.. anak-anak excited tak terkata la.  Tiapkali ada group kerbau we all berenti kejap. Kalau ada kerbau yg stare aje kat kami, saya pesan kat suami siap-siap, kalau nampak mcm nak serbu kami je, pecut cepat-cepat.. hahaha.. tau takut eekk...  Ye la.. besar-besar & gemuk kerbaunya pastu banyak lak tu.   

Adik saya pulak terlajak entah ke mana (dia leading tapi kami melencong), terpaksa berpatah balik mengikut kami..hehehe.. Kalau sapa-sapa biasa konvoi dengan kami pasti tahu tabiat kami yg suka masuk mana-mana jalan yang kami berkenan.  Jadi kalau tak sanggup, jangan itut!!.. hehehe... 


Seperti yang dijangka, sepanjang lorong terbabit memang mengalirnya Sungai Kinta.  Di sebelah kanan pula terdapat bekas-bekas lombong & padang golf (di sebalik pagar & semak).  Jauh jugalah lorong ni, saya agak pasti boleh tembus ke mainroad semula.  Jadi kami nekad untuk sampai ke hujung jalan.  Memang nyaman sangat suasana sepanjang laluan, ada la penangkap-penangkap ikan tengah memasang lukah, menjala & memancing.  Tapi nun di seberang sungai, site kami takde orang la plak jadi taklehlah nak tanya jalan ni tembus ke mana.  Until la kami stuck dekat satu lopak yg agak besar, bimbang juga sangkut dalam selut, jadi kami terpaksa berpatah balik.  Masa nak u-turn, kebetulan ada motor lalu, dapat info yang jalan tu boleh tembus ke jalan besar semula tapi tak boleh dilalui sebab air naik.  Fuhh, nasib baik tak redah.  Kalau tak.. main banjir le kami.. yieehaaa... hehehe.  Mesti tension je adik & suami dia kat belakang kami tu.

Lepas tu kami ingat nak melilau masuk lorong lain pulak (ada lagi satu lorong yg nampak best).  Tapi adik push kami cepat sikit sebab dia cakap tempat kami tuju ni masih jauh.  Bimbang tak sempat nak main sungai plak nanti.  Tambah-tambah tempat tu nun di puncak gunung.. Huuiisshh.. ye ke?  Macam best aje bunyinya.  Jommmmm kita serbuuu!!!!

Kami pun cepat-cepat pecut ke bandar Gopeng.  Sampail di bandar Gopeng, adik belok masuk ke simpang sebelah kiri di celah-celah bangunan lama bandar ni.  Saya ada nampak a few resorts meletakkan tanda arah masing-masing.  Kami pun ikut aje singnboard tu semua.  Melalui perjalanan kampung-kampung dan kemudiannya bertukar ke hutan pula.  Next entry saya try sertakan info jelas tentang resort ini ye.

Perjalanan ke resort...  selepas merentasi kawasan kampung, kami merentasi kawasan hutan pula.. 

Awal perjalanan ni banyak gunung ganang yang kelihatan...

Cantik!!
Semakin jauh kami bergerak, semakin tebal hutan yang kami tempuh.  Jalan pun semakin sempit & semakin bengkang bengkok.  Kami juga dalam keadaan mendaki.  Wonder macam mana resort ni semua terfikir nak teroka kawasan ni & macam mana diorang nak tarik pengunjung ke sini?  Ye la.. bukan main jauh dari ketamadunan manusia & susah nak reach.  Tapi tak dinafikan, ianya sangat menarik perhatian kami.

Okaylah.. nak sambung buat keje rumah lak, untuk tengok resort yg dimaksudkan kita tunggu next entry... tadaaa!!!!!!

Percutian Penutup Day 3

Tuesday, January 22, 2013 0 comments
Hari ni baru ada masa sikit nak update blog.  Banyak sangat entry tergendala.  Still coping dengan timetable baru, ye la baru first time anak masuk sekolah jadi banyak lagi benda nak kena arrange.  Tetambah Mayesha still need special attention lagi, bukannya boleh main sorg lama-lama, kejap-kejap mencari mamanya la.  The only time paling selamat, kalau dia membuta.. mcm sekarang ni la.  Malam lak sekarang ni dia bukan main susah nak tido.  Selagi saya tak tido, dia takkan tido jugak.  Jadi terpaksa la pura-pura tido sebelah dia, last-last langsung lelap (kalau dah pura-pura tido lebih dari sejam, mana nak tahan).  Sekarang ni tak berpeluang jadi batgirl macam dulu-dulu dah le.  

Third day yang tak dirancang ni kami hanya plan nak ke Kellie's Castle, pusing-pusing jap then baik KL.  Inipun teringat Tiha dok mention dia tak pernah sampai sini tiapkali tengok gambar honeymoon Baba & Mamanya dulu.  Jadi alang-alang dah kat area Perak, bolehlah bawak budak-budak ni ke sana.  

Time we all sampai cuaca agak panas terik.  Banyak juga kereta kat tempat parking, environment jauh bezanya dari last time we all datang.  Nampak banyak yang dah diubahsuai.  Macam baru siap aje.  Berkobar-kobar nak masuk ni.  Tiket RM4 seorang, kanak-kanak RM3 rasanya.. lupa plak.. hehehe..

Wahh.. makin cantiklah rupa Kellie's Castle sekarang ni..

Terasa dahaga, beli air dekat kaunter tiket.  Budak-budak ni sibuk skodeng aiskrim, Mama & Baba buat-buat tak nampak je.. hehehe
Dah isi minyak, bolehlah start berjalan.  Seperti biasa Mama dok belakang, nak ambik gambar.  Kalo dok depan tak de plak gambar family dalam picture.  Mama snap diri sendiri je kang, marah plak.. 

Castle ni  berusia lebih dari 100 tahun tau.  Owner Castle ni, Mr Kellie bina castle ni demi isterinya yang tak nak tinggal di Malaya atas pelbagai faktor antaranya cuaca.  Ye la cuaca kita kan panas, minah salleh ni jenis manja la sikit kot tu yang takleh nak adapt.  Jadi husband nya import la batu-bata dari India siap dengan 70 orang buruh untuk siapkan castle ni.   Batu-bata ini boleh menurunkan suhu dalam castle. Castle ni tak juga siap-siap sebab banyak jugaklah kes terjadi masa pembuatannya, pekerja-pekerja pembinaan pun banyak yang meninggal sebab penyakit misteri.  End up dia, Kellie pula jatuh sakit & meninggal di negara dia (Scotland i think).  Jadi tanpa berlengah lagi, si isteri pun angkut anak-anak semua balik kampung & tinggalkan castle yang separa siap ni begitu aje.  Castle ni kalau siap memang grand le, tambah-tambah untuk zaman tu.  Binaannya pun sangat kukuh, tu yang sampai sekarang pun langsung tak terjejas.
Kena paksa bergambar kat pintu masuk jap
Tiha asyik tanya.. "Kenapa castle ni buruk Baba?".. Mana taknya, dia asyik imagine castle mestilah grand macam dalam fairy tale tu.  Dia ni memang fanatik fairy tales, asyik berangan nak jadi princess aje... 
Laieqa plak.. berjalan tanpa hala tuju... langsung tak ambil pot.. hehehe... Entah faham ke tak tiapkali Mama & Baba cerita asal usul castle ni.  
Half way exploring, husband nak memerut lak.  Ieqa pun cakap nak shi-shi.. iisshh.. last-last Mama carry baby & bawak Tiha pusing castle.  Tinggallah Mama, Tiha & baby aje pusing-pusing dalam castle.  Tiha sibuk ajak panjat kat atas castle.  Ada 3 tingkat semuanya & tangganya agak curam tanpa penghadang.  Agak seriau juga sebab saya bawa baby.  Nasib baik Tiha boleh panjat sendiri, kalau tak susah juga.  Tapi tak henti-henti saya pesan dia careful.  

Atas bumbung castle.  
Dah habis explore bahagian dalam, ni bahagian belakang.  Kat luar ni ada macam taman sikit tapi cuaca panas sangat jadi saya & Tiha decided untuk turun aje. 

Bergambar sebelum balik...  
Tercapai lah hasrat sekian lama nak bawa Tiha & adik-adiknya ke Kellie's Castle.  Tapi kami agak terkilan dengan keadaan dalam castle yang langsung tak terurus.  Lalat berterbangan, bau hancing & juga najis burung merata-rata hinggakan jijik nak pijak lantai.  Saya buat-buat tak nampak aje tiapkali lalu kawasan yang penuh najis burung (siap bertimbun lagi setiap longgok, nampak sangat langsung tak dicuci).  Sedih tengok tempat yang cantik macam ni dibiarkan begitu aje.  Untuk apa tiket dikutip kalau tidak dijaga?  Kenapa tempat peranginan negara kita terlalu lemah dari sudut penyelanggaraan?  Kalau baru dibuka, memang cantik habis, datang 5 - 6 years after that, tengoklah apa jadi...

Boleh kata rasa spoil habis mood nak jalan-jalan hari ni.  Tapi tak nak le rosakkan mood budak-budak yang tengah excited ni.  Lagipun dah janji dengan adik kejap lagi jumpa dia somewhere once dia dah balik dari wedding. Tak sabar juga nak tau dia nak bawak ke mana, dari 1st day lagi dia sibuk mention pasal nak ajak ke sini.  Sementara tu jom kita isi perut dulu.  Sebelum isi perut, apa kata kita isi minyak kereta dulu,  minyak dah nak kering tu!!!! Alamakkk... kat mana stesen minyak ni????

Nasi Minyak Hentam Sajalah..

Saturday, January 19, 2013 0 comments
Saya tak berani nak kata ini resepi nasi minyak sebab saya kurang pasti betul ke nasi minyak macam ni.. hehehe.  Dulu mak saya pernah ajar nasi minyak cukup sekadar tumis rempah tumisan (kayu manis, bunga lawang & cengkih) berserta bawang dengan minyak sapi aje, nasinya pun plain aje.  Tapi bila saya belek dalam resepi sana sini ada pelbagai versi.  Jadi versi saya kali ni saya hentam sajelah, apa yang ada itulah bahannya.  Tapi sedap tau!!

First time cuba titiskan colouring.. saya lubangkan nasi dengan chopstick then titiskan pewarna.  Puashati jugakla dengan nasi yang terhasil ni.

Ini bahan-bahan yang saya campak - bawang, bwg putih, daun pandan,  bunga lawang, cengkih & kayu manis, minyak sapi, kismis & beras 
Saya kalau masak nasi yang perlu bertumis, saya terus masak direct dalam periuk elektrik itu aje.  Takdelah masak atas dapur gas then transfer atas rice cooker.  Jadi kali ni saya panaskan minyak sapi dalam rice cooker & tambah 1 sudu besar minyak & tumis segala bahan tumisan yang ada.  Dah berbau haum, saya masukkan beras, kacau-kacau sikit then masukkan air & garam.  Masukkan juga daun pandan & kacau rata.  Saya guna sukatan macam masak nasi biasa 1 cawan beras : 1 1/4cawan air.  Kalau nak letak susu gantikan separuh dari jumlah air dengan susu.  Boleh tambah kismis lagi kalau suka.  Biasanya kalau nasi baru masak saya gembur sedikit supaya nasi lerai & tidak padat.  Tapi jangan gembur lama-lama nanti hancur pula.  Kalau sukatan air terlebih nasi akan berketul & tak cantik.  Jadi kuantiti air tu penting dalam menentukan nasi nampak cukup gembur atau tak.

Alahh.. banyak sangat tips nya.  Macamlah terror sangat.  Bagi saya tip ni semua hanya panduan aje, saya sendiri pun kadang-kadang main hentam aje.  Tapi kalau dah biasa buat, secara automatik kita belajar banyak benda & dapat improve hasil masakan kita.  Jadi marilah merajinkan diri ke dapur!!

P/s : Entry pasal travel tak habis lagi, saya skip kejap.. hehehe

Percutian Penutup - Day 2

Friday, January 18, 2013 0 comments
Pagi ni adik ajak ke Lata Kekabu main air.  Sebelum tu bermalas-malasan sekitar rumah dia dulu.  Rumah adik ni special sikit... sebabnya di bina zaman penjajah dulu.. hehehe.. rumah utk staf TNB.  Yang kelakar tu rumah dia aje sebijik kat situ, siap ada jaga lagi kat depan tu.  Lokasi rumah tu dekat sgt dengan bandar Kuala Kangsar (walking distance) & di belakangnya pula Sungai Perak.  

Pemandangan belakang rumah.. 
Since rumahnya dekat dengan sungai, tiapkali balik Jengka belambak² pucuk paku diangkutnya.  Saiznya Mak aiii besar gedabak.  Memang gemuk sungguh!! Baja apa le tu ye.. hehehehe.  Dia cakap siput sedut pun banyak, tapi dia geli nak makan.. hehehehe..

Sarapan pagi ni kami ke Lenggong aje.  Adik bawak ke gerai yg terkenal dengan Nasi Lemak & Roti Canai.  Tapi kami sampai dah agak lewat, jadi nasi lemak dah licin.. boo liauu... so makan je la roti canai.  Kuahnya agak sedap.  Dah tu terus ke Lata Kekabu. Agak best Lata Kekabu ni, bolehlah jadi pilihan kami utk main air kalau kami datang area ni.  Kawasannya pun terjaga bersih.  Ada tempat untuk BBQ jugak.  Best kan?  Since masa turun dr kereta we all dah tertinggal semua brg kecuali pakaian mandi dlm kereta, maka takde le gambar.... (sowiiee...)

Lepas mandi-manda sepuas hati, adik ajak ke kenduri.  Saya tanak le pegi sbb kenduri rumah membe dia.  jadi we all bungkus nasi dekat Restoran Tasik Raban (pon dekat area Tasik Raban, Lenggong) & balik ke rumah.  Lepas makan ingat nak pusing-pusing sekitar Kuala Kangsar.  Ada dua muzium dekat area rumah adik kami nak pergi.  Malangnya elektrik pula takde.. isshh.. rosak plan.

Jadi kami melencong aje ke taman kat seberang jalan nun & pusing-pusing sekitar.  Tiha nampak bot, apa lagi, laju je dia lari ushar bot.  Rupanya ada pakej juga naik bot ni, tapi hari dah makin lewat jadi tak sempat le nak try.  We all naik aje bot ke seberang, Dataran Sayong.  Nampak dari jauh macam cantik aje, nak tengok apa yg ada kat sana.. Botnya RM1 aje.
Sungai Perak, kabus tebal di petang hari.  Dataran Sayong di seberang tu je

Tak sabar-sabar nak naik bot



Tak habis lagi menyengihnya..
Kejap aje dah sampai.  Ala.. saja nak layan budak-budak ni naik bot.
"Nampak tak rumah Mak Ndak, yg warna pink terselit celah pokok tu.."...

Tiha tengah mencari rumah Mak Ndak...

Kalau perasan boleh nampak Istana Iskandariah kat dalam kabus-kabus tu.  Istana Iskandariah  ni dekat aje dengan Masjid Ubudiah dan Istana Tanpa Paku dan satu lagi muzium. 

Lepas berlegar-legar, takde apa pun kat seberang sini.  Tempatnya cantik tapi tandas dia mak aaiii, macam hapa jee!!!  Kedai-kedai semua dah tak beroperasi.. Dahle bot tu macam tak de cadangan nak dtg ambik kami.. hehhehe.. sudahla.. mcm mana nak ke seberang sana balik ni??

Lama jugakle kami berlegar tak tau nak buat apa & berharap bot datang, tapi tak juga muncul.  Agaknya they all ingat we all memang nak ke seberang sini kot.. heheheh.. Tapi ikut kata adik bot ni akan ke sini semula kalau ada penumpang.  Masalahnya dah 2x bot lalu, tapi tak singgah pon.  Plus seberang sana dah takde orang pun.. Aiiyaakk...

Kebetulan adik nak mengajak kami makan laksa, jadi kami suruh dia datang ambik kami kat sini aje la. Frust je budak-budak ni takleh naik bot semula.

Itu je le perjalanan arini, takde apa yg menarik sangat.  Oleh kerana tak puashati tak dapat berjalan sangat hari ni, jadi kami menyambung vacation lagi sehari.  Nasib baik saya pack baju extra.  Adik pun beria-ia ajak kami ke satu tempat ni (dia pun kaki jalan jugak.. ambik kesempatan nak cari geng la ni).  Kami pun okay aje, lepas ni Tiha dah nak sekolah pun... huk huk.. (takleh merayap tak tentu hala lagi dahh!!)...