Percutian Penutup Day 3 (Sungai Jahang)

Friday, January 25, 2013
Tak habis-habis lagi entry pasal day 3 ni.. Selalunya saya habiskan satu hari dalam 1 entry aje, tapi ada seorang follower tegar saya complaint entry vacation saya panjang sangat, semua benda nak sumbat dalam satu post. Baiklah, sekarang ni saya post 1 tempat bagi setiap entry, tak mo rojakkan lagi dah.  Puashati?.. hehehe... 

Lepas pusing-pusing sekitar Adeline's Villa yang best tu, kami mengekor adik semula.  Mulanya nak ke Rumah Rehat Adeline tapi pintu pagarnya bertutup pula.  Lagipun hari dah makin suram, kami ada lagi satu tempat nak dituju ni.  Sebelum tu adik bawak kami ke kawasan sungai berdekatan villa... Gambar saya snap dari dalam kereta aje.  Dipercayai di sinilah tempat rekreasi air berlangsung, ada pelbagai tau.  Contohnya untuk rubber rafting tu, memang sesuai sangat lah.  Saya ni memang suka try benda-benda macam ni.  Tapi sejak dah berkeluarga semua aktiviti tu dihentikan seketika.  Tunggu anak-anak besar sikit baru boleh start semula aktiviti favourite zaman remaja dulu.. huhu... 

Syoknya kalau dapat main air kejap, tapi dah lewat lah...
Kemudian adik berpatah balik dan mulai keluar dari kawasan Villa mennuju ke jalan masuk tadi.  Kami hanya mengekor sebab dia just mention nak bawa kami ke sungai.  Rupanya sungai yang diperkata tu agak jauh jaraknya dan melalui kawasan perkampungan. Kami juga ada melintasi kawasan gua (gua ni boleh diteroka, staf Adeline's Villa ada mention tentang aktiviti ni).

Sepanjang jalan kami hanya menikmati suasana kampung tanpa memikirkan sangat jarak tempat yang dituju. Ye la tengah syok menjamu mata kan.. Sampailah kami melalui satu jambatan, terdapat air sungai mengalir di situ.  Terkedu seketika, cantiknya sungai ni!!!  Sungguh berbeza dari mana-mana sungai yang pernah saya jejaki sebelum ini.  Bestnyaaaa!! Tak sabar nak turun & main air...

Sungai ni dipanggil Sungai Jahang.  Ia bersambung dengan sungai dekat area villa tadi.  Menurut adik kalau join water rafting di villa, guests akan melalui kawasan inilah.  Waaahh!! Bestnya!!.  Masa kami tiba, pengunjung lain sudah mulai beredar, hari dah semakin gelap pun.  Jadi kami tak berhasrat nak bagi budak-budak ni mandi.  Cukuplah sekadar tahu kewujudan tempat ni, next time boleh datang semula... :)

Kawasan tebing yang sangat lapang & tidak curam.  Terus boleh main air.  Airnya pun amat bersih 

Saujana mata memandang... Subhanallah.. indah sungguh ciptaanNya
Cuma saya agak frust sebab semua gambar di sungai ni bergegar sakan, gara-gara saya mendukung Misha sambil snap pic.  Budak tu bukannya reti duduk diam.  Dalam hp nampak ok aje, bila transfer dalam pc.. uuwwaaa.. bergegar sakan.. huk hukk..


Tiha bergambar dengan Mak Ndak & Pak Ndak.  Ieqa tak nak pijak batu & pasir jadi dia duk jauh-jauh... (nasibla).. Kelihatan kat belakang tu jambatan yang kami lalu tadi.  


Lepas bermain air lebih kurang, kamipun berpisah di sini.  Kami ke KL & adik pula balik ke Kuala Kangsar.  Ada juga kami 'meracun' dia ajak makan capati di Kampar.  Tapi dia tak nak ikut pulak.. heheheh (she's seems very tempting sebenarnya..)...

Bagi saya gambar-gambar ni semua tak cukup menggambarkan perasaan & 'excitement' yang dirasai oleh kami pada hari ni.  Tambah-tambah saya ni bukanle photographer yang baik.  Main snap sesuka hati je jadi banyaklah moment cantik yang tidak dapat ditangkap kan.  Kalau sapa-sapa yang sukakan nature, adventures dan sebagainya, cubalah datang ke Gopeng untuk menikmati keindahan alam ini, selagi ada... (Sayangilah hutan & sungai kita.. Peace!!)

0 comments:

Post a Comment