Setelah jenuh merentas hutan dan bukit bukau, perjalanan penuh liku, akhirnya kami sampai juga ke kawasan yang dituju. Kami hanya mengekori adik di depan & terpaksa memberi laluan kepada mana-mana kenderaan yang datang dari arah bertentangan memandangkan jalan yang sempit.
|
Bergambar di depan kawasan villa |
|
Sebaik sampai kami disambut oleh salah seorang pekerja villa |
|
Kami diberi peluang meninjau dengan lebih dekat sekitar kawasan villa , memang menarik... |
|
Challetnya berdindingkan kaca & boleh memuatkan 4 orang. |
|
Rupa penuh villa |
Dah tinjau villa di kawasan bawah, kami berjalan sikit ke bahagian belakang kerana di sini terdapat bilik-bilik yang katanya 'best view' & pastinya menjadi tumpuan guests yang biasa ke sini.
|
Surau & tandas juga disediakan di luar villa. |
|
Inilah kawasannya... |
|
Adeline's Villa ini sebetulnya berada di lereng gunung, pemandangannya agak unik seolah-olah kita meninjau dari lembah. Saya tak dapat nak capture pemandangan kat sini coz pakai hp aje, very limited. But for me, it's a very cozy place to stay. I'll definitely include this place in my vacation plan list... :) |
|
Villa paling atas, we all tak naik sebab semuanya ada penghuni. Tak nak ganggu ketenteraman mereka. Kalau dari sini maybe boleh capture pemandangan yang cantik tu.. |
|
Kucing yg sangat manja & chumel... geram je rasa nak angkut bawak balik.. heheheh.. alaa.. kuci..kuci... |
Sebenarnya ada a few gambar yg takde dalam ni. Kalau rajin, nanti saya letak semula.. hehehe.. (saya kat kg ni, update kat laptop aje). Pendek kata kawasan villa ni terjaga dengan baik dan mendamaikan. Menurut pekerja di sini, rate yang ditawarkan ialah RM188.00 perperson inclusive foods (at least 5 times a day!!). Yang bestnya, disebabkan kawasan villa ini di kelilingi pokok-pokok kayu & buah-buahan, jadi pengunjung boleh makan buah yang ada sepuas-puasnya. Semasa kami sampai, terdapat selonggok durian yang diletakkan di depan villa. Terlio toksah cakapla, tapi malu plak nak mintak.. heheheh...
Di restorannya pula mereka sibuk membuat penyediaan untuk BBQ. Nampak meriah sekali. Saya juga dibawa ke stor barang-barang rekreasi, rupanya banyak sangat outdoor aktiviti yang diorang sediakan. Tapi kena bayar asinglah ye. Antaranya water rafting, ATV, water surfing dll. Kita akan dibawa ke sungai berhampiran untuk buat aktiviti ni. Di mana sungainya?? Nanti saya tunjuk ye, dalam next entry.
Oh ye, bila ditanya pasal halal, mereka mengesahkan makanan di sini mendapat status halal Jakim (saya akan double check semula kalau betul-betul nak menginap di sini nanti). Menurutnya juga kalau kita rasa susah nak datang sendiri, mereka ada sediakan servis dengan mengambil & menghantar kita ke bandar Gopeng dengan RM10 sekepala untuk pergi balik. Sebenarnya Adeline's Villa ni ada juga memiliki resort dekat-dekat sini juga. Tapi saya tak masuk sebab dah lewat petang. Resort ini lebih murah kadarnya & rumahnya pula berkonsep ala-ala rumah orang asli. Untuk malumat lanjut, boleh refer website diorang http://www.adelinevilla.com/ ... Saya nak ikut adik ke tempat lain pula ni... taa taaa..
0 comments:
Post a Comment